
Ya ini merupakan kenyataan rasmi awal oleh label pengurusan EXO, SM Entertainment berkenaan perancangan Chen untuk berkahwin, tak lama lagi.
Walaupun berita ini amat mengejutkan ramai peminat sementelah tiada ura-ura yang menjurus kepada berita perkahwinan, namun SM tidak teragak-agak untuk mengumumkannya.
“Hello, ini adalah SM Entertainment. Chen EXO telah bertemu seseorang yang amat berharga dalam hidupnya untuk menamatkan zaman bujang.
“Bakal pengantin perempuan adalah dari kalangan bukan selebriti and majlis akan berlangsung secara tertutup bersama ahli keluarga saja.
“Kami meminta kamu agar menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga untuk kekalkan privasi.
“Chen bagaimanapun akan terus berkhidmat sebagai artis kami seperti biasa pada masa akan datang.”
Congrats Chen!
Blue Ivy Tonton Bola Keranjang Bersama Jay Z Jadi Perhatian, ‘Copy Paste’ Beyoncé

Anak perempuan Beyonce dan Jay-Z makin meningkat besar, rata-rata menyatakan wajah Blue Ivy mirip Beyonce berbanding Jay-Z . Blue Ivy yang kini berusia 10 tahun comel dengan rambut kerinting persis ibunya, Beyonce.
Inilah potret terbaharu yang mencuri perhatian.
Foto itu diambil ketika Blue Ivy sedang menonton perlawanan bola keranjang NBA bersama bapanya, Jay-Z. Kelihatan mereka sedang duduk di bangku hadapan dengan memakai pakaian warna yang sama iaitu hitam.
Gaya Blue Ivy kelihatan ‘wow’ dengan jaket kulit dan kasut Jordan. Dengan rambut kerintingnya, semakin terserlah Blue Ivy akan mewariskan gen glamour daripada ibu dan ayahnya.
Blue Ivy dilahirkan pada 7 Januari 2012, merupakan anak sulung pasangan hit Beyonce Knowles dan Jay Z. Malah sebelum dia dilahirkan, Blue Ivy telah “mencuri perhatian orang ramai” kerana ketika dia hendak melahirkan Blue, Beyonce telah menyewa sebuah hospital untuk dirinya sendiri. Blue Ivy mempunyai dua adik kembar, Rumi dan Sie Carter.
Dah ibu anak kan, mesti la ada persamaannya. Comel betul Blue Ivy ni…
Sumber : 1
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
[Terbaru] Ujian Ganti UPSR & PT3 Untuk Masuk Sekolah Asrama 2021, Bersedia?

Tidak dinafikan, salah satu pencapaian dalam dunia mana-mana pelajar sekolah menengah adalah penerimaan kemasukan ke sekolah asrama penuh ataupun dalam terma baharunya, Sekolah Khusus.
Namun disebabkan ketiadaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini disebabkan pandemik wabak Covid-19, Kementerian Pendidikan (KPM) semalam telah memperkenalkan cara baru untuk menaksir pelajar yang layak diterima masuk.
Jangan ingat korang tiada peperiksaan besar tahun ini, boleh senang-senang masuk ke Sekolah Khusus! Hehe..
Bagi mereka yang bercita-cita untuk menyertai Sekolah Khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD)… korang akan dikehendaki
menduduki sesi peperiksaan secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.
Sebelum itu, pelajar perlu memohon di pautan khas yang disediakan oleh KPM secara dalam talian (online). Korang boleh mengakses pautan di bawah:
Kemasukan ke Tingkatan Satu : https//:spskt1.moe.gov.my
Kemasukan ke Tingkatan Empat : https//:spskt4.moe.gov.my
Permohonan ini akan dibuka bermula 7 September sehingga 2 Oktober hadapan. Manakala semakan pusat pentaksiran pula akan diumumkan pada tarikh seperti di bawah:
Untuk pentaksiran Tingkatan Satu : 7 – 23 Oktober
Untuk pentaksiran Tingkatan Empat & Tahun Pertama Sekolah Vokasional Malaysia (SVM): 12 Oktober – 6 November
Tarikh Ujian Pentaksiran
Menurut KPM lagi, pentaksiran ini akan merangkumi TIGA bahagian, iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasaan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%).
Tarikh ujian pentaksiran ini telah ditetapkan sepeti di bawah, namun tarikh bagi setiap calon akan dimaklumkan semasa semakan pentaksiran dibuka:
Ujian pentaksiran Tingkatan Satu : 12 – 23 Oktober
Ujian pentaksiran Tingkatan Empat & Tahun Pertama Sekolah Vokasional Malaysia (SVM): 26 Oktober – 6 November
*
Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dimaklumkan menerusi portal KPM pada 1 September ini. Jangan lupa semak ya!
Turun KL Selepas 10 Tahun, Konsert CNBLUE April Ini Akan Gamit Kenangan Peminat ‘OG’ K-pop

Sebagai salah satu tunjang generasi kedua dunia hiburan K-pop, kumpulan pop rock dari Korea Selatan, CNBLUE tentunya masih berbekas di minda (dan hati) para peminat mereka.
Setelah hampir sepuluh tahun menantikan kemunculan mereka semula, akhirnya CNBLUE bakal kembali ke Malaysia pada bulan April! Ia bersempena jelajah Asia 2024 CNBLUE Live ‘CNBLUENTITY’ dan Mega Star Arena, Kuala Lumpur merupakan salah satu destinasi terpilih pada kali ini.
Kehadiran grup yang dianggotai oleh Yonghwa (vokalis utama & gitar), Minhyuk (pemain dram) dan Jungshin (pemain bass) pastinya akan menggamit semula kenangan peminat OG dan setia K-pop di Malaysia yang sekian lama masih mendengarkan lagu-lagu hit seawal era 2008 hinggalah sekarang.
ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi Lagi, CNBLUE Jonghyun Umum Keluar Band! – REMAJA
Menariknya mengenai konsert kali ini, CNBLUE bukan sekadar menghiburkan peminat dengan lagu-lagu baharu mereka kepada BOICE, malah korang juga dijanjikan lagu-lagu lama yang selama ini menjadi siulan ramai seperti I’m a Loner, I’m Sorry, Love dan Can’t Stop.
Bagi korang yang tidak sabar lagi untuk mendapatkan tiket, ia telahpun dijual sejak 29 Februari dan ia terbahagi kepada beberapa zon iaitu BOICE, THEN, NOW dan FOREVER.
Tidak kiralah korang memilih zon yang mana sekalipun, pengunjung dijanjikan akan membawa pulang barangan ‘momento’ rasmi daripada konsert tersebut seperti lanyard berlamina, poster yang telah ditandatangani dan sebahagian juga berpeluang menonton CNBLUE ketika sesi soundcheck!
Kepada yang telah mendapatkan tiket 2024 CNBLUE Live ‘CNBLUENTITY’, jumpa korang di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 20 April kelak jam 8 malam ya!
BACA LAGI: 5 Fakta Tentang n.SSign, Grup K-pop Rookie ‘Cover’ Lagu Pujaanku Oleh Masdo – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.