Sah! Justin Bieber & Hailey Baldwin Telah Bertunang Selepas Spekulasi Semalam

Share

 

Okay, kami tersalah anggap.

 

Pada mulanya, kami menyangka bahawa model dan sosialit, Hailey Baldwin yang akan terlebih dahulu mengumumkan secara rasmi mengenai tali pertunangan yang baru terjalin di antara dia dan penyanyi, Justin Bieber.

 

BACA: Tiada Lagi #Jelena? Justin Bieber & Hailey Baldwin Dilapor Bertunang

 

Namun, yang sebaliknya terjadi apabila Justin sendiri yang menggunakan akaun Instagram-nya dan memuat naik foto serta caption paling sweet (!) sebagai tanda official kepada spekulasi yang bertebaran semalam – iaitu ada mereka on atau off sekarang.

Dalam caption panjang lebar tersebut, Justin sedar berita pertunangan ini telah tersebar lebih awal daripada yang mereka harapkan. Well, dah parents kau excited sangat post di media sosial.. Hehe.

 

 

Tulis Justin, “Plain and simple, Hailey, saya menyintai semuanya tentang diri kamu! Saya komited untuk mempelajari mengenai diri kamu selepas ini, patiently and kindly

.

“Hati saya sepenuhnya adalah milik kamu SEORANG dan saya akan sentiasa meletakkan kamu sebagai prioriti. Kamu adalah cinta hati saya dan saya tidak mahu menghabiskan hidup ini melainkan dengan kamu seorang saja.”

How sweet is that?!

 

 

Sebelum ini, Justin Bieber dikenali sebagai seorang yang – yes – kaki perempuan namun dia tidak gemar untuk mengumumkan mengenai hubungannya dengan mana-mana perempuan. Sama ada melalui media sosial mahupun melalui temu ramah bersama media.

Kecuali hubungan terbuka dia antaranya dan penyanyi serta pelakon, Selena Gomez. Namun kali ini, nampaknya Justin betul-betul bersedia untuk kekal komited kepada Hailey dan kami harapkan ia akan berkekalan!

Beberapa orang selebriti terkenal juga tak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

 

Instagram

 

Baca luahan hati penuh oleh Justin Bieber di bawah:

 

Instagram
Published by
FZ