Sah Mengandung, Ahli Grup K-pop Ini Nekad Tidak Pulang Ke Korea

Share

 

Bukan mudah bagi seseorang ahli kumpulan K-pop untuk membongkarkan kisah cinta mereka kepada khalayak ramai. Apatah lagi untuk mengumumkan bahawa diri mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung.

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang ‘idol’ daripada grup K-pop wanita ini setelah dia nekad untuk mengesahkan berita gembira berikut kepada umum.

Ketua grup Z-Girls iaitu Carlyn baru-baru ini telah mengumumkan bahawa perancangan asalnya untuk kembali ke Korea Selatan tidak lagi akan diteruskan olehnya setelah dia mendapati dirinya berbadan dua dan berharap untuk meneruskan kehidupan berkeluarga di negara kelahirannya iaitu Filipina.

Pengumuman itu telah dilakukan oleh Carlyn menerusi sebuah video yang menunjukkan dia sedang meraikan fasa baharu dalam kehidupannya ini bersama keluarga tercinta.

Dengan keputusan yang dibuat Carlyn ini, dia bakal menyertai beberapa ahli grup Z-Girls yang telahpun meninggalkan grup itu sebelum ini seperti Joanne (Taiwan), Perry (Taiwn), Sid (India) dan Mahiro (Jepun).

Namun berbeza dengan ahli-ahli lain itu, pemergian Carlyn lebih memberi kesan memandangkan dia merupakan ketua bagi Z-Girls. Peminat mula merasakan grup ini tidak akan bertahan lama dan mungkin sekali akan dibubarkan tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, Z-Girls merupakan sebuah kumpulan K-pop yang melakukan debut pada Februari 2019 bersama-sama grup lelaki, Z-Boys di bawah label Divtone Group.

Berlainan dengan label lain, penubuhan dua buah grup ini dilakukan dengan harapan mereka boleh mencipta grup K-pop berstatus antarabangsa apabila kesemua ahlinya berasal dari negara berbeza.

Sebagai contoh, Carlyn mewakili Filipina manakala beberapa lagi ahli mewakili negara Asia lain seperti Vanya (Indonesia), Queen (Vietnam), Priyanka (India) dan Bell (Thailand).

Sumber : (1)

Published by
FZ