Sedih, tapi itulah…tak ada peluang nak menonton Westlife di hadapan mata.
Menurut kenyataan rasmi pihak penganjur iaitu MacpiePro Sdn Bhd, KESEMUA tiket bagi konsert ‘Westlife The Twenty Tour 2019 LIVE In Kuala Lumpur’ sememangnya telah habis dijual dalam tempoh 32 jam saja.
Bermakna spekulasi awal para peminat dan REMAJA sendiri pada hari Ahad lalu terbukti benar. Kami semua tidak dapat membeli tiket secara online selepas jam 11 pagi namun tidak pasti sama ada server laman web tersebut terlalu ‘berat’ dengan pengunjung ataupun tiket telah habis terjual.
“Tiket pre-sale telah habis dijual di Atria Shopping Gallery pada 13 April (Sabtu). Sepanjang tempoh 9 jam, peminat telah bermalam, beratur dan menerima goodies daripada penaja makanan dan minuman kami.
“Pada keesokan harinya, tiket mula dijual di laman web macpiepro.com dan di aplikasi MMspot. Sekitar jam 11 pagi (15 April), kesemua 14,700 tiket habis terjual untuk konsert ini.”
Hhm, nampaknya harapan dak-dak 90’s untuk melihat Westlife hancurlah..
Kami pun memahami situasi peminat kumpulan tersebut yang datang daripada generasi berlainan. Bukan saja Gen X dan Gen Y yang meminati mereka, remaja muda seperti korang pun masih mendengar lagu nyanyian Westlife.
Mungkin ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak penganjur sekiranya penyanyi sepopular Westlife datang ke Malaysia selepas ini.
Tentukan Hari Berbeza Jualan Tiket
Daripada jumlah tiket 14,000 itu, mungkin ia boleh dibahagikan kepada beberapa slot/hari berbeza. Sehari untuk 3,000 jualan tiket sebagai contoh. Dengan cara itu, peluang untuk peminat SEBENAR yang bukannya berstatus reseller mendapatkan tiket lebih cerah.
Jualan Tiket Mengikut Kategori
Selain itu, penganjur juga boleh membuka jualan mengikut kategori berbeza pada hari berbeza. Sebagai contoh yang pernah dilakukan sebelum ini, penganjur menjual dahulu tiket berharga paling rendah, kemudian yang sederhana dan akhirnya zon VIP dan Rock.
Hadkan Pembelian Tiket
Bagi setiap pembeli, mereka boleh dihadkan untuk mendapat hanya 5 tiket, sebagai contoh. Sama seperti yang pernah dilakukan semasa perlawanan bola sepak Malaysia.
Venue Lebih Luas
Akhir sekali, kami masih berpendapat penganjur wajar memikirkan faktor venue yang lebih luas seperti Stadium Nasional Bukit Jalil atau Axiata Arena, seperti yang dilakukan untuk konsert Ed Sheeran tempoh hari. Kan senang, semua orang pun selesa untuk menonton.
Jadi, korang dapat tiket Westlife ke tak?
Bagi yang gagal, korang boleh usha beberapa bandar lain di sekitar ASEAN seperti Singapura, Jakarta, Jawa Tengah, Quezon City Filipina dan Bangkok.
BACA: Tiket 2 Hari Westlife ‘Sold Out’ Dalam 24 Jam? Faktor Reseller Atau..