Saifuddin Nasution, Zamry Abd Kadir & Tengku Zafrul, Kalah Bertanding Namun Tetap Jadi Menteri? Ini Cara Mereka Dilantik

Share

Semalam telah diumumkan barisan kabinet kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seramai 28 jawatan kementerian telah diagihkan dan salah satu portfolio iaitu Kementerian Kewangan turut digalas oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu.

Dalam pengumuman tersebut tiga personaliti menjadi perhatian apabila mereka diangkat untuk mengepalai kementerian. Ini disebabkan mereka sebelum ini telah kalah dalam pilihan raya umum ke-15 yang lalu.

Mereka adalah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang akan menerajui Kementerian Dalam Negeri, manakala bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diangkat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pula diberikan portfolio untuk mengepalai Kementerian Luar.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini masing-masing bertanding di parlimen Kulim, Kuala Selangor dan Lumut.

ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower: Ini 5 Wanita Yang Dipilih Untuk Menjadi Menteri Dalam Kerajaan Perpaduan

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, isu ahli politik yang kalah bertanding dan diangkat sebagai menteri bukanlah asing sebenarnya. Walaupun mereka kalah bertanding, namun kepakaran yang dimiliki mereka menjadi satu aset besar kepada negara.

Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana ahli politik yang kalah bertanding boleh diangkat sebagai menteri?

Oleh itu sebelum menerima watikah pelantikan menjadi menteri, Saifuddin Nasution, Zamry Abd Kadir & Tengku Zafrul terlebih dahulu akan diangkat menjadi Ahli Dewan Negara sekaligus bergelar senator yang akan turut bersidang di Parlimen.

Prof Adjung Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

Selain mereka bertiga, terdapat seorang lagi figura yang akan diangkat sebagai Menteri, walaupun begitu beliau bukanlah ahli pilitik. Personaliti tersebut adalah Prof Adjung Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah. Beliau akan memegang jawatan sebagai Menteri Agama dalam kerajaan perpaduan ini selepas mengangkat sumpah sebagai senator.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen