Saingan Semakin Sengit, Azra Tinggalkan Dewi Remaja Selepas Cabaran redONE

Share

 

Pejam celik, kita sudahpun tiba di episod kelima pencarian Dewi Remaja 2019.

 

8 orang finalis berentap sebentar tadi dalam cabaran yang memerlukan daya kreativiti dan pemikiran pantas mereka. Pada minggu ini, mereka diuji mengenai skil untuk menjadi seorang duta dan penyampai maklumat kepada followers mereka di luar sana. Maklum sajalah, sesiapa yang menyertai pencarian Dewi Remaja akan pantas disambar oleh jenama besar di luar sana.

Contohnya dapat kita lihat pada Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna Nasir dan ramai lagi finalis Dewi Remaja yang dilantik sebagai duta jenama. Bukan mudah ya untuk seseorang mewakili sesebuah produk dan jenama.

Mereka terlebih dahulu perlu ‘study‘ dari A-Z mengenainya. Setiap posting yang dimuat naik di media sosial juga perlu sesuai dengan apa yang ingin ‘dijual’ oleh selebriti tersebut.

Lalu, kami merasakan cabaran pada minggu ini amat bersesuaian dengan rakan telekomunikasi Dewi Remaja 2019, iaitu redONE. 2 orang wakil redONE pada episod kelima ini terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Jualan redONE, Encik Ben Teh dan Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus.

8 orang finalis perlu betul-betul memahami pelan data RM8 oleh redONE dan mempersembahkan idea mereka bagi sebuah iklan 30 saat mengenai kelebihan pelan data tersebut.

Nyata sejak awal, dua peserta yang betul-betul menyerlah adalah Dian Fernandez dan Shatirah Amanda yang mempunyai jalan cerita yang kuat untuk idea iklan mereka.

Peserta lain seperti Shaza Bae dan Nynaa Harizal pula mempunyai hasil iklan yang memuaskan.

Mereka yang berada di kedudukan empat terendah pula terdiri daripada Ash, Azra, Syamira dan Adriana.

Juri jemputan, Fizo Omar (pemenang tempat kedua Hero Remaja 2007/08) dan Encik Farid Yunus (redONE) melihat jalan cerita yang mereka gunakan seakan ‘tidak sampai’ atau tidak betul-betul kena dengan jiwa penonton di luar. Mesej pelan data redONE juga kurang menyerlah pada iklan tersebut.

Akhirnya, peserta berhijab Azra, 19 tahun dipilih sebagai finalis kelima meninggalkan pencarian Dewi Remaja 2019.

Menurut Azra, dia redha dengan keputusan tersebut dan perjalanannya dalam pencarian ini telah banyak memberikan pendedahan baru dalam bidang yang berbeza dengan bidang yang diambilnya sekarang di UiTM Seremban.

*

Apa pendapat korang, setuju dengan keputusan pada episod kelima ini?

 

Published by
FZ