Susulan berita pemergian mantan Perdana Menteri Malaysia kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada jam 7.10 malam tadi; platform media sosial dibanjiri dengan ucapan takziah oleh rakyat Malaysia.

Menariknya, orang ramai turut berkongsi semula sajak nukilan Allahyarham berjudul Ku Cari Damai Abadi yang pernah ditulisnya pada tahun 2004.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

*

Berikut adalah bait-bait sajak tersebut:

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,

Aku cari bukan wang berjuta-juta,

Untuk hidup bergaya,

Aku cari bukan kawan-kawan,

Untuk hidup sekadar berfoya-foya,

Aku cari mana dia Al-Ghazali,

Ads

Aku cari mana dia Al-Shafie,

Kita bongkar rahsia kitab suci,

Cari pedoman

Kita bongkar rahsia sunnah nabi

Cari panduan

Aku hidup kerana Dia Rabbi

Dialah teman

Ads

Dialah wali

Dia mencukupi

Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi

*

Mengamati semula lirik sajak ini yang pernah dinyanyikan oleh lagenda rock Datuk Ramli Sarip, sememangnya ia bersifat simbolik terhadap keperibadian Allahyarham yang lebih gemar untuk bersederhana.

Selain mencerminkan aspirasi seorang insan untuk mencari makna kehidupan sebenar yang tidak 100 peratus berpaksikan kepada harta atau wang Ringgit, Allahyarham lebih mementingkan hubungannya dengan Tuhan dalam misi mencari ketenangan rohani.

Ads

Antara individu yang turut terpanggil untuk berkongsi semula sajak ini di media sosial ialah Bekas Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf, Puan Sri Diah.

Sebagai penulis senior, beliau amat mengagumi karya Allahyarham yang disifatkannya sarat dengan jiwa dan pemikiran mendalam.

“Selamat berangkat ke negeri abadi Pak Lah. Kami mendoakan Tuhan menyambutmu dengan rahmat dan keampunan-Nya,” katanya.

Sajak ‘Ku Cari Damai Abadi’ Tular, Bekas Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf Sifatkan Tun Abdullah Sarat Jiwa & Pemikiran Mendalam

Dalam pada itu, seorang lagi penulis Fakhri Fadzli pula menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemikir.

“Puisi beliau, Ku Cari Damai Abadi, merupakan prinsip dan falsafah hidup yang beliau pegang,” ciapnya menerusi laman X. Dia turut mengajak pengikutnya untuk meluangkan masa menghayati bait-bait sajak berkenaan.

Pada usia 85 tahun, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI