Sekali lagi pengasas kosmetik, Nur Sajat mencuri perhatian netizen apabila dia menari lagu Solo yang dinyanyikan oleh Jennie Blackpink. Terkejut juga kami bila terjumpa video tersebut. Hiks!
Lebih mencuit hati lagi bila melihat tarian dan pakaian Sajat memang sebijik macam Jennie. Ha korang mampu tak menari setanding artis Kpop ni? Sajat dah pun buktikan tau. Hehe!
Walaupun mulutnya terkumat kamit sebab tak hafal lirik, kami kagum melihat keyakinannya yang cukup selamba menarikan lagu tersebut.
Kalau tak percaya korang tonton la sendiri.
Amboi jattttt…tukar career pulak ka hshshshsh 🤣 terima lah SAJAT – SOLO ! pic.twitter.com/4vxqTq84TS
— khans (@bellakhann) October 2, 2019
Amacam, onz ke tidak? Hehe!
Sumber: bellakhann
Jung Hae In Hadiahkan Jam Tangan Dan Kereta Mewah Untuk Pengurus, Tanda Terima Kasih Setia Bersama Sejak Awal Kerjaya
Baru-baru ini, pelakon popular Korea Selatan, Jung Hae In meraih perhatian apabila beliau dikatakan menghadiahkan barangan mewah istimewa untuk pengurus yang setia bekerja sepanjang kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Menerusi rancangan temu bual terkenal tvN ‘You Quiz On The Block’ yang ditayangkan pada 9 Oktober lalu, pengacara terkenal Yoo Jae Suk mengundang pelakon drama ‘Love Next Door’ itu dalam episod terbaru.
Jung Hae In (36) yang juga bakal menjadi pemain sekuel filem hits ‘Veteran’ ini difahamkan telah memulakan ‘debut’ pada usia 27 tahun menerusi drama bersiri terkenal iaitu ‘Reply 1988’ seterusnya ‘Goblin’.
Beliau mula mendapat nama dan meningkat popular selepas membintangi pelbagai drama seperti Prison Playbook, While You Were Sleeping, Something In The Rain, Snowdrop, D.P, dan sebagainya.
Dalam pada itu, dalam temubual tersebut, Jae Suk cuba ‘memancing’ Hae In dengan bertanya soalan yang berbunyi, “Saya dengar awak hadiahkan jam mewah dan kereta jenama luar negara kepada pengurus awak selepas menjadi terkenal’.
Di kesempatan itu, Hae In menjelaskan bahawa dia amat bersyukur dan berterima kasih kerana pengurus yang bekerja dengannya sangat membantu dirinya.
“Kami telah lalui banyak hal bersama dan dia (pengurus) yang banyak menguruskan semua tugas untuk saya. Pengurus juga telah bersama saya sejak debut sehingga hari ini. Jadi saya belikan dia jam tangan sebagai hadiah”
“Dia juga ada bersama saya sejak ‘rookie’ dan ada suatu masa itu saya tiada duit dan dalam bank pun akaun tinggal negatif. Jadi bila pengurus saya dapat gaji, dia selalu belikan saya ayam dan minuman, benda itu dia kerap buat sampailah bertahun-tahun,” jelas Hae In.
Tambah pelakon itu, dia terlalu bersyukur dan apabila dia sudah mula menghasilkan pendapatan lumayan dan menabung setiap hasil titik peluh, dia mahu orang pertama yang menerima hadiah darinya adalah pengurus yang setia menjaganya.
“Dia adalah orang pertama yang ingin saya berikan hadiah, bahkan sebelum ibu bapa saya. Tapi malangnya pengurus saya tolak hadiah saya dengan tegas,” kata Hae In.
Wah! Memang baik dan sangat menghargai jasa orang ya Hae In ini!
Sekadar info, Jung Hae In memulakan kerjayanya pada tahun 2013 sebagai model dalam muzik video lagu kumpulan AOA Black berjudul ‘MOYA’, kemudian bakatnya mula dikenali menerusi drama ‘Bride of the Century’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lebih Tiga Juta Masih Gagal Mendaftar Sebagai Pengundi, Alasan Utama Tak Nak Masuk Campur Politik
Rakyat Malaysia yang sempat untuk mendaftar sebagai pengundi bermula 1 Januari lepas sehingga 31 Mac ini mungkin berpeluang untuk mengundi sekiranya Pilihan Raya Umum diadakan selepas pertengahan bulan Mei.
Sekiranya mereka masih gagal mendaftar dalam tempoh masa itu dan memilih untuk menunggu sehingga bulan April hingga akhir bulan Jun, peluang mereka terpilih sebagai pengundi secara logiknya mengecil. Mereka hanya boleh berharap Pilihan Raya Umum diadakan selewat petengahan Ogos.
Penulis tertanya juga, apa sebenarnya yang menyebabkan lebih tiga juta rakyat Malaysia masih belum berdaftar sebagai pengundi rasmi?
Ini 6 alasan paling banyak diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung masalah ini.
1 Tidak Mahu Masuk Campur Politik
Ini merupakan alasan paling selalu diberikan remaja. Mereka katanya tidak mahu berpihak kepada mana-mana pihak. Bagi mereka, politik itu kotor dan hanyalah untuk orang dewasa.
Funny thing is, bila satu isu negara menjadi viral, mereka jugalah orang yang selalu ‘berperang’ di Facebook dan Twitter.
Golongan ini perlu faham, perbuatan mendaftar bukan bermaksud mereka mendaftar masuk mana-mana parti. Ia adalah untuk mendaftar sebagai pengundi dan membantu menentukan hala tuju negara. Mendaftar dan mengundi adalah salah satu tanggungjawab paling mudah yang diberikan kepada rakyat.
2 Suara Tak Pernah Didengari, Jadi Buang Masa Saja Mengundi
Alasan ini selalu diberikan oleh golongan yang gemar untuk mengikuti demonstrasi jalanan. Pada mereka, jika suara rakyat yang bersusah payah berkumpul di bawah terik matahari pun tak diterima pemimpin negara, buat apa nak mengundi. Buang masa je.
Tanggapan itu salah sebenarnya. Malaysia adalah salah sebuah negara di dunia ini yang menentukan kepimpinannya melalui proses undian dan itu adalah saluran yang betul.
Jika tidak berpuas hati dengan mana-mana calon, undi calon bertentangan.
3 Sudah Terlambat Nak Daftar
Seperti yang dikatakan di atas, masih belum terlambat untuk warga negara Malaysia berumur 21 dan ke atas untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi. Mereka masih boleh pergi ke pejabat SPR atau ke pejabat pos berhampiran untuk mendaftar.
4 Tidak Tahu Bagaimana Nak Mendaftar
Hhm, setahu penulis, sudah bermacam-macam saluran media yang digunakan oleh SPR untuk mempromosikan kempen daftar sebagai pengundi ini. Malah seawal tahun lepas lagi, SPR giat memuat naik peringatan untuk mendaftar di media sosial. Road tour juga galak diadakan di semua negeri.
Takkanlah masih tak tahu bagaimana nak mendaftar. Okay tak apa, jika korang perlukan info lanjut mengenai proses ini layari je laman web www.spr.gov.my
5 Tidak Tahu Kepentingan Sebagai Seorang Pengundi
“Alaa, kalau aku undi calon A pun, calon B guarantee menang. So buat apa aku nak susah sangat sokong calon A.”
Mesti korang pernah dengar alasan ini kan? Bagi penulis, ini adalah alasan yang kurang bijak. Kita semua pernah didedahkan dengan mata pelajaran sejarah yang banyak kali menyentuh tentang pilihan raya. Dari zaman Merdeka sehinggalah ke hari ini.
Jika proses Pilihan Raya Umum ini memang tak penting, tak adanya mereka nak lakukan setiap lima tahun sekali. Alasan ini selalu diberikan oleh golongan yang suka tunggu, lihat dan kemudiannya lantang manaip macam-macam jenis ‘reviu’ di status masing-masing selepas keputusan Pilihan Raya diumumkan.
6 Tiada Masa Untuk Mendaftar
Persoalan sebenar bukanlah tiada masa tetapi mereka yang tidak mahu mencuri masa untuk mendaftar.
Bayangkan, proses mendaftar ini hanya perlu dilakukan sekali SEUMUR HIDUP. Dan proses mengundi pula sekali dalam tempoh LIMA TAHUN. Now, you do the maths. Tiada masa atau itu hanya alasan semata-mata?
==================================
Apapun alasan yang diberikan, jumlah tiga juta belia yang masih belum mendaftarkan diri ini sangat menyedihkan. I shall reserve our commentary on #undirosak in the next entry. Buat masa sekarang, penulis ingin menyatakan bahawa belum terlambat untuk korang daftarkan diri sebagai pengundi.
Suspek Kematian Nenek Pelakon, Farhan Asri Ada Pertalian Keluarga! Sedang Dicari PDRM
Menerusi hantaran di Instagram malam tadi, pelakon baharu Farhan Asri mendedahkan pemergian neneknya, Datin Noraida Nordin pada 22 September lalu rupanya berpunca daripada kes pergelutan dan pecah masuk rumah.
Hantaran tersebut memaparkan pekeliling kenyataan media yang diperolehi daripada Ketua Polis Negeri Sembilan yang di antaranya menyebut tentang penemuan mayat seorang wanita berketurunan Melayu dalam lingkungan umur 70-an di Taman Paroi Jaya, Seremban dekat Negeri Sembilan.
Allahyarham ditemui dengan beberapa kesan kecederaan pada anggota badan manakala beberapa barangan peribadinya lesap termasuklah barangan kemas.
Susulan penerimaan hebahan tersebut daripada Ibu Pejabat Daerah Seremban, pihak Polis Diraja Malaysia atau PDRM kini sedang cuba mengesan suspek lelaki berbangsa Melayu berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Mohd Faizul Bin Mohamad Ali Kamil.
Kongsi Farhan, lelaki itu mempunyai pertalian keluarga dengan mereka dan pernah beberapa kali ke rumah neneknya untuk meminjam wang. Isteri suspek memaklumkan dia sempat pulang ke rumah mereka pada hari kejadian bagi mencuci baju sebelum kembali ke luar dalam persalinan putih. Sehingga kini, suspek masih belum ditemui.
Nenek Tidak Balas Panggilan Datuk
Disebabkan jarak kediamaan keluarga Farhan yang tidaklah terlalu jauh daripada kediaman datuk dan neneknya itu, ahli keluarganya sudah membiasakan diri untuk menelefon atau singgah ke rumah mereka pada setiap hari.
Namun pada hari kejadian, panggilan telefon mereka kepada mangsa tidak berjawab. Malah dalam rumah itu sendiri, Datuk Farhan merasa pelik apabila isterinya tidak menyahut panggilan sewaktu tiba waktu solat Maghrib. Hanya apabila jiran tiba di rumah setelah mendengar jeritan Datuknya, mereka menemui mangsa sudah terbaring di atas sofa.
Demi menyegerakan siasatan dan bagi menuntut keadilan di atas kematian neneknya itu, Farhan dan keluarganya kini mengharapkan sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut dan suspek.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
BACA LAGI : 5 Cara Nak Dapat Badan Sado Macam Farhan Asri, Mampu Tak? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.