Sakit belakang semasa haid adalah masalah yang sering dialami oleh ramai wanita. Ia boleh mengganggu aktiviti harian dan menjejaskan kualiti hidup.
Sebagai remaja dan wanita, perlulah kita ambil tahu terutamanya bagi mengelakkan masalah kesihatan yang tersembunyi.
ARTIKEL BERKAITAN : Disangka Senggugut, Rupanya Gadis 18 Tahun Hidap Kanser Tahap Empat
Perkongsian Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Hj Ahmad ini boleh dijadikan panduan bagi wanita yang mengalami masalah sakit belakang semasa haid.
Kedatangan haid bagi wanita yang normal bukan saja dimulai dengan pendarahan haid. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut dan sakit kepala bagi kebanyakan wanita.
Selain berasa sakit di bahagian bawah perut (suprapubic), ramai wanita yang mengadu mengalami lenguh dan kesakitan pada bahagian tengah pinggang, yang disebut lower back pain.
Ia bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan darah haid dan akan hilang selepas beberapa hari. Ia tidak mendatangkan bahaya dan bukan tanda-tanda sebarang masalah besar.
Rasa tidak selesa sebegini selalunya berlaku pada peringkat sederhana, di mana seorang wanita boleh mengabaikannya. Tetapi ada wanita yang mengalami kesakitan yang terlalu kuat sehingga mengganggu aktiviti seharian.
Sakit di bahagian bawah abdomen dan sakit di bahagian belakang selalunya dianggap normal akibat pengeluaran hormon Prostaglandin yang menggalakkan pengecutan rahim untuk mengeluarkan darah haid dalam rahim.
Pengeluaran hormon Prostaglandin yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan. Dan ini menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat,tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.
Dalam kebanyakan kes, sakit yang terlalu kuat boleh jadi disebabkan oleh masalah-masalah penyakit puan yang lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman (Pelvic Inflammatory Disease), endometriosis dan fibroid.
Tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami masalah yang lebih serius adalah apabila seseorang wanita itu mengalami senggugut yang melampau pada setiap bulan, sehingga terpaksa mengambil beberapa hari cuti kerana tidak mampu melakukan kerja.
Saya menasihatkan wanita-wanita seperti ini agar menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesan masalah yang lebih serius.
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal terutama pada bahagian kemaluan untuk memeriksa rahim. Ini termasuk pemeriksaan ultrasound, bagi mendapat gambaran imej struktur rahim di dalam abdomen.
Oleh itu saya mencadangkan agar mencari doktor wanita Muslim agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan baik dan aurat dapat dijaga.
Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan rasa senggugut yang teruk. Antaranya:
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
BACA LAGI : Antara Tercantik, Pakaian Permaisuri Agong Jadi Perhatian Dunia Di Pertabalan Raja Charles III
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.