Selepas kerajaan mengumumkan kelonggaran dalam sektor sosial bagi negeri di bawah Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) tentu ramai diantara kita sudah membuat tempahan hotel kan?
Bila di hotel, mungkin kita akan bertanya salah atau tidak bawa barang dari hotel yang kita menginap? Mungkin tabiat suka bawa pulang botol kelengkapan peribadi mini ataupun uncang teh percuma yang disediakan boleh dianggap perkara biasa dan tidak menjadi isu.
Ini senarai barang percuma yang kerap diambil dari hotel dan semestinya tidak ada sesiapa akan marah.
Kelengkapan Dandan Diri (Toiletries)
Terlupa syampu atau sabun badan? Jangan risau kerana kebanyakan hotel ada menyediakan kelengkapan ini malah anda boleh minta lagi jika tidak mencukupi. Disediakan dalam bentuk kecil dan mudah dibawa membuatkan pengunjung mudah mengambilnya untuk kegunaan lain.
Buku Panduan Perjalanan, Peta
Setiap sudut lobi hotel banyak menyediakan buku panduan perjalanan mahu pun peta untuk kemudahan pengunjung. Kadang-kadang, pengunjung tidaklah terlalu memerlukan buku panduan tersebut tetapi mengambilnya kerana terdapat banyak gambar-gambar menarik dan saiznya yang comel.
Botol Mineral
Kebanyakan botol mineral yang terdapat di hotel mempunyai label hotel itu sendiri. Meski pun hanya botol air mineral, ramai yang bawa pulang. Bukan apa, biar pun rasanya sama saja tapi label itu sangat terhad!
Buku nota, poskad, pen & pensil
Nak pensil ‘berjenama’ hotel? Ambil selagi percuma asalkan tidak merosak harta benda milik hotel, sudahlah..
Selipar
Selipar nipis ini boleh dibawa balik seandainya hotel ada ada menyediakannya.
Laundry bag
Tak bawa plastik lebih untuk letak pakaian kotor? Laundry bag kan ada, ambil je.
Tisu
Kebiasaannya, pihak hotel tak akan berkira kalau korang nak bawa balik tisu yang mereka sediakan.
Minuman 3 In 1
Kalau tak minum, item ni mesti wajib bawa balik sebab nak minum kat rumah nanti.
Berus gigi, shower cap, pisau cukur & sikat
Semua peralatan yang telah digunakan boleh korang simpan. Mana tahu, berguna di hotel lain yang tak sediakan barang-barangan ni.
WiFi
Ya! Ia bukan barang tetapi ia satu perkhidmatan percuma. Hotel bajet sekali pun turut ada menyediakan perkhidmatan WiFi percuma. Maklumlah, WiFi bukan lagi satu kemahuan tetapi satu keperluan pada zaman sekarang. Biasanya, pihak hotel tidak akan mengenakan sebarang caj untuk khidmat WiFi.
Ambil selagi percuma asalkan tidak merosak harta benda milik hotel, sudahlah..
Sumber : Majalah Libur