Adakala ketika bangun dari tidur, akan ada rasa tidak selesa terutama di bahagian leher. Ada mengaitkannya dengan “salah bantal”dan sebagainya. Walau sedikit urutan sudah dilakukan termasuk menyapu minyak panas tetapi rasa sakit itu menjalar ke belakang badan hingga menimbulkan rasa tidak selesa.
Apa rawatan terbaik untuk atasi masalah ini?
Dalam satu perkongsian artikel ditulis oleh Doktor Mohd Ramzdhan bin Mohd Madsar di page DoktorOnCall mengenai sakit tengkuk selepas bangun dari tidur, bagi individu yang alami masalah yang sama, ini keadah rawatannya.
Jelas Dr Mohd Ramzdhan, berdasarkan gejala sakit tengkuk selepas bangun dari tidur, ia berkaitan dengan otot leher yang terseliuh yang disebabkan oleh posisi tidur yang tidak betul memandangkan anda menjelaskan bahawa ia berasa sakit selepas bangun daripada tidur. Ia adalah sesuatu yang dianggap tidak serius tetapi anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih berguna untuk mengurangkan kesakitan tersebut.
Kesakitan tengkuk boleh berlaku di mana sahaja di bahagian leher anda, dari bahagian bawah kepala sehingga ke bahagian bahu. Ia boleh merebak ke bahagian belakang atau lengan. Ia mungkin mengehadkan pergerakan kepala dan leher anda. Kesakitan tengkuk kebiasaannya berlaku pada warga tua, berumur lebih daripada 50 tahun.
Leher mempunyai banyak pergerakan dan menyokong berat kepala. Walaubagaimanapun, kerana ia kurang dilindungi berbanding daripada bahagian tulang belakang yang lain, leher boleh terdedah kepada kecederaan dan gangguan lain yang boleh menyebabkan rasa sakit dan menyekat pergerakan. Bagi kebanyakan orang, sakit leher adalah keadaan yang sementara dan ia akan hilang beransur-ansur. Untuk lain-lain penyebab, ia memerlukan diagnosis dan rawatan perubatan untuk melegakan gejala tersebut.
Apakah penyebab sakit tengkuk?
Kecederaan dan Kemalangan:
Ads
Kebanyakan kesakitan tengkuk disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang membuatkan leher terseliuh. Posisi duduk yang tidak betul, melukis di siling, atau tidur dengan leher yang terpusing adalah beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan sakit leher. Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh menyebabkan ketegangan leher, atau kekejangan otot leher.
Whiplash adalah kecederaan yang biasa berlaku semasa kemalangan. Ini biasanya dipanggil hyperextensi atau kecederaan hyperfleksi kerana kepala dipaksa bergerak ke belakang atau ke hadapan dengan pantas melampaui gerakan normal leher. Pergerakan yang tidak normal ini mempengaruhi otot dan ligamen di leher. Otot bertindak balas dengan mengetat dan mengecut. Ini menyebabkan keletihan otot yang membawa kepada rasa sakit dan kekejangan.
Umur yang meningkat:
Gangguan degeneratif seperti osteoartritis, stenosis tulang belakang, dan penyakit cakera degeneratif boleh mempengaruhi tulang belakang.
Osteoarthritis adalah gangguan sendi menyebabkan kemerosotan tulang rawan secara progresif. Tubuh bertindak balas dengan membentuk tulang baru yang disebut ‘osteophytes’ (taji tulang) yang mempengaruhi pergerakan sendi.
Stenosis tulang belakang menyebabkan foramen, laluan neural kecil, menjadi semakin sempit yang mungkin boleh memampatkan dan memerangkap akar-akar saraf. Stenosis boleh menyebabkan sakit leher, bahu, dan lengan dan rasa kebas apabila saraf ini tidak boleh berfungsi dengan normal.
Penyakit degenerative disc disease (DDD) boleh menyebabkan cakera intervertebral menjadi kurang terhidrat, menyebabkan cakera menjadi kurang keanjalan dan ketinggian . Dari masa ke masa, cakera boleh membesar atau menembusi menyebabkan kesakitan bahagian anggota tangan, kesemutan, dan kebas.
Kehidupan Seharian:
Ads
Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula. Tekanan dan ketegangan emosional boleh menyebabkan otot mengecut menyebabkan rasa sakit dan kejang.
Penyakit Lain:
Walaupun sakit leher biasanya disebabkan oleh ketegangan, kesakitan yang berpanjangan atau defisit neurologi mungkin merupakan petanda kepada sesuatu yang lebih serius. Gejala-gejala ini tidak boleh diabaikan. Jangkitan tulang belakang, tekanan yang berat terhadap tulang belakang, tumor, patah tulang, dan gangguan lain boleh berlaku. Jika kecederaan kepala berlaku, kemungkinan besar leher juga boleh terjejas, jadi, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Apakah gejala sakit tengkuk
Ads
Kesakitan tengkuk biasanya dikaitkan dengan sakit yang lenguh-lenguh . Kadang-kadang rasa sakit di leher bertambah buruk dengan pergerakan leher atau apabila kepala berpusing.
Gejala lain yang berkaitan termasuklah:
Rasa kebas, kesemutan
Rasa sakit yang tajam
Kesukaran untuk menelan
Rasa berdenyut-denyut
Bunyi yang menggelegak di kepala
Pening
Keletihan
Bengkak kelenjar
Sakit kepala
Kesakitan di bahagian muka dan bahu
Gejala-gejala ini berlaku disebabkan oleh saraf-saraf yang terlekat dan terhimpit di leher. Bergantung kepada keadaan, kadang-kadang kesakitan leher diikuti dengan sakit belakang di bahagian atas atau lebih rendah, seperti yang biasa berlaku bagi keradangan tulang belakang yang disebabkan oleh ‘ankylosing spondylitis’.
Apakah rawatan sakit tengkuk
Jenis rawatan yang anda perlukan bergantung kepada sama ada sakit leher anda disebabkan oleh aktiviti, kecederaan, atau penyakit yang lain. Kebanyakan sakit tengkuk yang disebabkan oleh aktiviti yang berat boleh dirawat di rumah.
Untuk sakit leher yang berlaku secara tiba-tiba:
Gunakan pad pemanas pada tetapan rendah atau sederhana selama 15 hingga 20 minit setiap 2 atau 3 jam. Cuba untuk mandi dengan air suam untuk satu sesi tertentu dengan pad pemanas. Anda juga boleh membeli tuaman suam yang boleh digunakan sehingga 8 jam. Atau anda boleh cuba pek ais selama 10 hingga 15 minit setiap 2 hingga 3 jam. Tidak ada bukti kukuh yang menyatakan bahawa haba atau ais boleh membantu. Tetapi anda boleh cuba untuk melihat jika ia boleh membantu.
Ambil acetaminophen (seperti Tylenol). Ibuprofen atau ubat anti-keradangan yang lain juga boleh membantu melegakan kesakitan.
Elakkan kecederaan pada leher anda dengan menukar aktiviti dan tabiat, seperti bagaimana anda duduk atau tidur dengan lebih selesa dan sempurna.
Cuba melakukan senaman atau terapi manual untuk membantu anda menggerakkan kepala dan leher anda dengan lebih mudah. Berjumpalah dengan ahli terapi fizikal, pakar Chiropractor, atau doktor osteopati untuk jenis rawatan ini.
Untuk merawat sakit leher yang kronik, doktor mungkin akan memberikan ubat untuk melegakan otot leher anda. Atau anda boleh mendapatkan ubat-ubatan untuk melegakan kesakitan dan membantu anda tidur. Di samping itu, anda juga boleh cuba untuk pergi mengurut atau melakukan yoga untuk melegakan tekanan di bahagian leher.
Pembedahan jarang dilakukan untuk merawat sakit tengkuk. Tetapi ia boleh dilakukan jika sakit anda disebabkan oleh masalah perubatan, seperti tekanan pada akar saraf tulang belakang, tumor, atau penyempitan saluran tulang belakang.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.
Rujukan
1. Neck Pain, Mayo Clinic
2. Neck Pain: Possible Causes and How to Treat It, Healthline
3. Why Does My Neck Hurt?, WebMD
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak cukup dengan masalah facial, nampaknya ‘jerawat’ pun boleh tumbuh pada bahagian punggung sehinggakan kulit boleh bertukar merah.
Memanglah tak ada siapa yang nampak. Namun, korang sendiri akan merasa tak selesa dan ia kadangkala menyakitkan jika korang duduk.
Ini dia 4 fakta mengenai simptom butt acne ini.
01
Ia Bukanlah Jerawat ‘Jerawat’
Nama je butt acne, tetapi ia bukanlah jerawat sebenar. Fuhh, nasib baik.
Kalau tak dah ‘berkerak’ punggung hiks!
Jerawat muka muncul jika liang pori tersumbat dengan minyak, sel kulit mati atau bakteria secara keterlaluan dan berterusan. Berlainan dengan butt acne, ia berpunca daripada folliculitis – iaitu folikel rerambut yang meradang.
“Mungkin ia berjangkit dengan bakteria, yis atau kulat pada folikel. Nampak kecil tetapi kalau digaru, boleh merebak teruk,” kata pakar, Dr. Rhonda Klein.
02
Mandi Selepas Bersenam
Okay, tapi macam mana nak hilangkan butt acne dengan cepat. Apa kata korang jaga kebersihan dengan cepat-cepat mandi selepas bersenam atau seharian berpeluh di luar.
Jangan tangguh atau buat-buat malas, kalau tak bakteria akan mudah menjangkiti folikel. Semasa mandi, gunakan span atau loofah untuk membantu proses exfoliation sel kulit mati.
03
Jangan Picit!
Do Not Pop Them. Ya, tangan tu gatal je nak garu dan picit, tetapi lebih baik korang control sikit tangan tu okay.
Sekali lagi, rasa malas menjadi punca butt acne. Basuh pakaian yang telah diserap peluh, jangan disangkut dan dipakai semula pada keesokan hari.
Bagi korang yang rajin bersenam, selain menukar pakaian pada setiap hari selepas bersenam, korang boleh jadikan ini sebagai rutin. Lapkan segala perkakas, mesin bersenam, yoga mat dan sebagainya dengan kain bersih sebelum menggunakannya.
05
Gunakan Produk Yang Betul
Clean & Clear merupakan antara jenama produk yang berkesan untuk butt acne.
Nak hilangkan butt acne dengan cepat? Gunakan produk yang betul. Selalunya, produk itu akan menyebut mengenai pencegahan acne. Ia mengandungi Benzoyl Perozide yang membunuh bakteria.
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Bercakap mengenai pemilihan warna rambut, tentunya salah satu elemen paling penting yang membantu impresi pandang pertama orang lain terhadap diri korang.
9 Warna Rambut Untuk Kulit Sawo Matang, Brown Chesnut Trend 2024!
Memilih warna rambut bukanlah perkara mudah, jika tersalah pilih warna sebenarnya boleh membuatkan penampilan anda kusam atau pucat. Apabila memilih warna rambut, warna kulit adalah satu pertimbangan.
Untuk wanita berkulit cerah, ia mungkin sesuai dengan semua warna rambut. Tetapi bagaimana dengan kulit coklat?
Supaya anda tidak tersilap atau menyesal, anda perlu mengetahui terlebih dahulu tentang warna rambut yang sesuai untuk kulit coklat sebelum membuat keputusan. Berikut adalah senarai warna rambut yang sesuai untuk kulit sawo matang:
Chesnut brown
Chesnut brown merupakan salah satu warna rambut yang bakal popular tahun ini. Warna rambut berasaskan coklat adalah kegemaran pada tahun 2024 dan sesuai untuk kulit coklat.
Ash Brown
Warna ini agak popular kerana penampilannya yang semula jadi dan elegan. Coklat abu adalah gabungan coklat muda dan kelabu dan menghasilkan warna terang. Warna ini akan mencantikkan kulit coklat.
Coklat Ungu
Gabungan dua warna iaitu coklat dan ungu akan membuatkan penampilan anda kelihatan manis dan bersinar. Kecerunan warna yang cantik ini menambah dimensi pada rambut anda dan akan memberikan kesan yang lebih meriah. Sesuai untuk anda yang ingin tampil berbeza tetapi tidak berlebihan.
Merah Maroon
Tak silap warna rambut maroon sesuai untuk mereka yang berkulit coklat. Menggabungkan lebih banyak warna gelap akan menjadikan wajah anda lebih cerah. Warna ini juga akan menjadikan penampilan anda sebagai pusat perhatian.
Natural Black
Hitam adalah salah satu warna rambut yang paling klasik dan sesuai untuk semua jenis warna kulit, termasuk tan. Hitam akan menjadikan kulit coklat kelihatan lebih cerah dan lebih elegan.
Light Golden Brown
Bagi anda yang pertama kali mewarnakan rambut, anda boleh mencuba warna ini. Coklat keemasan muda adalah campuran coklat muda, coklat gelap dan berambut perang. Dengan penggunaan teknik yang betul, penampilan anda akan lebih menyerlah tetapi tidak terlalu mencolok.
Burgundy
Ungu gelap bercampur merah ini akan menjadikan penampilan anda lebih anggun. Burgundy adalah salah satu warna rambut yang sesuai untuk kulit coklat. Anda boleh menggunakan teknik ombre atau mewarna serlahkan untuk mendapatkan penggredan warna yang cantik.
Kelabu
Kelabu adalah warna rambut yang elegan dan sesuai untuk wanita jika ingin kelihatan moden. Warna kelabu akan menjadikan kulit coklat kelihatan lebih cerah dan menawan.
Hitam Kecoklatan
Jika anda bosan dengan warna rambut anda yang hitam, anda boleh cuba mewarnakan rambut anda dengan gaya bayalage. Dengan mewarnakan hujung dan beberapa helai rambut menggunakan coklat muda, penampilan anda akan lebih segar tetapi masih kelihatan natural.
Ini adalah warna rambut yang disyorkan untuk kulit sawo matang. Antara warna di atas, mana warna fav yang korang ingin cuba tahun ini? Tren datang dan pergi. Namun, stail peribadi seseorang akan kekal selamanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pekerjaan sebagai seorang pramugari dan pramugara sememangnya satu pekerjaan yang disukai ramai. Mana taknya, mereka boleh mengembara keseluruh dunia menaiki pesawat moden, mengenali lebih ramai orang di atas sana sambil bekerja.
Selain memastikan keselamatan setiap orang yang terbang dalam pesawat, paling menarik menjadi anak kapal ini ialah kita akan sentiasa kelihatan cantik didepan penumpang, tambahan lagi dengan baju pakaian seragam untuk syarikat penerbangan yang unik.
Memang salute lah untuk semua pramugari dan pramugara di serata dunia!
Baru-baru ini hampir 20 tahun tidak menukar pakaian seragam, syarikat penerbangan British Airways kini memperkenalkan seragam jumpsuit baharu untuk kru kabin wanita, lapor NDTV.
British Airways uniforms
Pilihan Buat Yang Bertudung
Menariknya, syarikat tersebut menyifatkan pakaian seragam itu sebagai ‘airline first’ dan turut menyediakan seragam pilihan tunik dan tudung buat kru kabin wanita yang bertudung.
Reka bentuk pakaian seragam itu direka oleh pereka fesyen Britian, Ozwald Boateng selama lima tahun dan telah ditangguhkan selama dua tahun kerana wabak Coronavirus yang melanda negara.
Pakaian seragam itu juga menyediakan alternatif buat kru kabin lelaki yang boleh memilih untuk memakai sut tiga helai yang dipadankan bersama, manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar selain daripada jumpsuit.
Difahamkan, pilihan tunik dan tudung juga telah dicipta oleh syarikat penerbangan global untuk anak kapalnya.
Tukang jahit Savile Row Ozwald Boateng telah mereka sut tiga helai untuk pekerja lelaki BA
Menjelang musim panas, seramai 30,000 kakitangan barisan hadapan akan dilihat dengan pakaian seragam baharu bermula dengan jurutera dan pengendali darat.
“Pakaian seragam kami mewakili ikonik jenama kami, yang akan membawa kami ke masa hadapan, mewakili yang terbaik dari Britain dan membantu kami menyampaikan perkhidmatan British yang hebat untuk pelanggan kami,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle.
Menurutnya, lebih 1,500 rakan sekerja di seluruh syarikat penerbangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian, daripada bengkel reka bentuk kepada maklum balas prototaip dan percubaan pakaian.
Kitar Semula Pakaian Seragam
Bukan itu sahaja, kesemua pekerja diperlukan untuk memulangkan semula pakaian seragam lama kepada pihak atasan untuk tujuan mengitar semula atau didermakan kepada orang ramai.
Kira-kira 90 peratus daripada seragam itu adalah campuran fabrik yang diperbuat daripada polyester kitar semula. Boateng sangat berhati-hati dalam mencipta koleksi unik, mencari inspirasi daripada syarikat penerbangan itu dan kakitangannya.
Corak gelombang udara yang muncul pada jaket, kemeja, butang dan tali leher pada koleksi diilhamkan oleh pergerakan udara di atas sayap pesawat.
Semua pakaian menampilkan fabrik jacquard dengan variasi speed marque ikonik syarikat penerbangan itu. Sementara itu pada bulan November, syarikat penerbangan United Kingdom tersebut membenarkan semua kakitangan untuk memakai maskara, bulu mata palsu dan anting-anting serta membawa aksesori termasuk beg tangan mengikut peraturan baru yang dikemas kini.
Wah, agak-agaknya bila syarikat penerbangan di Malaysia nak tukar pakaian seragam meraka. Mungkin lelaki akan bertanjak pula selepas ini…hehe
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...