Isu Cikgu Azizan yang dibebas tanpa dilepaskan kerana menampar seorang pelajar berusia 11 tahun atas kesalahan menghidu gam dan cuba mempengaruhi pelajar lain menjadi topik hangat minggu ini.
Rata-rata netizen menyalahkan ibu bapa sebab terlalu memanjakan anak. Betul, tak salah kerana semua orang berhak untuk memberikan pendapat peribadi.
Namun, sebelum masing-masing menyuarakan hak khususnya di media sosial, fahami Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) yang telah meluluskan Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016 bagi tujuan melindungi kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.
Di dalam 54 artikel dan dua protokol pilihan, CRC telah menyatakan dengan terang apa yang patut dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah undang-undang antarabangsa untuk memastikan semua kanak-kanak dapat membesar di dalam persekitaran yang bahagia, penuh dengan kasih sayang dan difahami serta bermanfaat dari segi penjagaan kesihatan, pendidikan dan perlindungan.
CRC ini juga menekankan bahawa setiap kanak-kanak – tidak kira di mana mereka dilahirkan, sama ada mereka lelaki atau perempuan, kaya atau miskin – mesti diberikan peluang untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif dan mempunyai hak untuk bersuara serta pendapat mereka juga perlu didengar.
Baca pandangan Profesor Undang-Undang UKM, Prof Dato Noor Aziah Mohd Awal yang juga Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia dalam facebooknya hari ini. Beliau juga adalah wakil Malaysia ke Suruhanjaya Asean mengenai Promosi dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak.
Kes Cikgu Azizan terpapar dalam khabar2 tempatan dan media sosial. Penyokong amat gembira Mahkamah melepaskannya dan disebut sebagai suatu kemenangan besar. NUTP minta minta wujudkan Kod Etika utk hubungan ibubapa-guru supaya guru diberi perlindungan dari sebarang tindakan undang2.
Kenapa guru yg dewasa yg tugasnya termasuk melindungi kanak-kanak perlu dilindungi??
Tenggelam lah cerita kanak-kanak 11 tahun yang dicederakan dengan ditampar. Semua menunding jari kepada kanak-kanak dan ibubapanya yg membuat laporan polis atas apa yg berlaku sehingga guru ini didakwa.
Soalan saya mudah – siapa mangsa dalam kes ini?
Malaysia selepas menanda tangani konvensyen Hak Kanak-kanak telah meluluskan Akta Kanak2 2001 pindaan 2016 bagi tujuan melindungi kanak2. Siapa kanak2? Yang berumur di bawah 18 tahun. Sesiapa yg mencederakan kanak2 boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman yg membawa hukuman penjara dan denda. Tiada siapa terkecuali dari tindakan jika mencederakan kanak2. Ini bermakna ibubapa, penjaga, guru, jiran, keluarga dan lain2.
Apa-apa kecederaan fizikal mental dan seksual.
Adakah kes guru diserang jauh lebih banyak dari kes pelajar dicederakan oleh guru?
Guru adalah penjawat awam yg dilindungi undang-undang jika dia bertindak di bawah ruang lingkup bidangkuasanya. Jika guru melakukan sesuatu perkara yg di luar TOR tugasnya, maka dia tidak akan dilindungi oleh undang-undang.
Di sekolah hya guru besar dan guru disiplin boleh merontan pelajar. Merotan bukan di muka. Malah jika merotan yang mengakibatkan kecederaan, masih boleh didakwa bawah akta kanak-kanak. Peraturan sekolah juga telah ada mengawal selia kedatangan ibubapa ke sekolah.
Kita semua sebagai ahli masyarakat perlu jelas tentang isu ini. Bila kita dengar kes kanak2 dicederakan ibubapanya, kita terus kata mereka ibubapa tidak berhati perut. Kita jijik melihat bapa , bapa saudara atsu atuk merogol anak, anak saudara atau cucunya. Kita jijik melihat pedofil. Tapi bila guru cederakan murid sehingga pekak, patah atau guru rosakkan semangatnya, jatuhkan air mukanya dan sisih dia sehingga dia enggan ke sekolah, kenapa kita tidak cepat salahkan guru tetapi lebih suka salahkan kanak2 itu.
Kanak2 jika dia membunuh, merompak dan mencederakan orang, ia tetap kanak2. Perbicaraannya di Mahkamah Bagi Kanak2, prosidurnya berlainan dari mahkamah biasa. Hukumannya juga berbeza dari pesalah dewasa.
Dalam hal ini, sebagai ibubapa adakah kita melindungi anak kita? Sebagai anggota masyarat, ikhlaskah kita dalam menangani isu GURU V Kanak-Kanak. Boleh kah seorang guru tumbuk/tampar kanak-kanak kerana kanak-kanak itu berkelakuan buruk? Siapa yg patut dipersalahkan???
Serious kah kita melindungi kanak-kanak dari didera secara fizikal, mental dan seksual??
Atau kita berpendirian mudah “ asal bukan anak kita, lantaklah!! “
Saya datang dari keluarga guru. Sentiasa menghormati guru dan sangat sayangkan kanak-kanak. Namun jika guru bertindak diluar bidangkuasanya, dia bukan lagi perlu dihornati. Adil kah kita kpd kanak-kanak????
Perkasa kan guru dengan ilmu mengenai hak kanak-kanak.
Sayangi kanak-kanak kita.
Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Asean mengenai Promosi dan Perlindungan hak wanita dan kanak.
Fikir- fikirlah