Saban tahun, pasti akan ada jualan murah atau warehouse yang dilakukan secara senyap-senyap melibatkan jenama high street.
Lebih-lebih lagi apabila kita semakin menghampiri penghujung tahun. Bagi korang yang mungkin tidak tahu, pihak RSH Malaysia telahpun memulakan jualan gudang mereka bermula hari ini sehingga hari Jumaat (7 Disember).
Ia berdasarkan paparan email yang dilayangkan oleh seorang rakan kami. Tertera tersebut lokasi, masa dan jenama pakaian yang terlibat sama.
Kalau korang merupakan peminat setia jenama seperti Zara, Massimo Dutti, Pull&Bear dan Bershka, pasti korang tahu bagaimana ‘gilanya’ harga barangan mereka jatuh semasa jualan gudang.
Lihat sajalah kepada senarai barangan yang ditawarkan ini. Baju T dijual semuran RM6 ke RM10, seluar dari RM20 manakala pakaian ‘eksklusif’ seperti blazer dan kot luar pula dijual dari harga RM40.
Kalau mengikut harga normal Zara, lebih kurang 75% diskaun atau lebih yang ditawarkan kepada pembeli yang sempat merebut peluang! Fuhh..
Setakat ini menurut pemerhatian kami, masih banyak lagi pakaian yang boleh dibeli memandangkan jualan baru bermula pada jam 9 pagi tadi.
Tapi jangan tunggu lama sangat, nanti dah habis stok baru menyesal. Hehe..