Travel

‘Salji’ Turun Di Avenue K Hingga Tahun Baru 2024, Jangan Lepaskan Peluang!

Share

Bagi korang yang tidak berkesempatan untuk menghabiskan cuti hujung minggu panjang sempena perayaan Hari Natal untuk ke Genting Highlands bagi merasai pengalaman ‘salji’ turun pada malam hari, jangan risau!

Ini kerana ‘salji’ turut didatangkan khas di Kuala Lumpur.

Sejak 20 Disember lalu, pusat membeli-belah Avenue K yang terletak di Jalan Ampang telahpun menawarkan pengalaman menarik bagi para pengunjungnya dengan ‘menurunkan salji’ di kaki lima bangunan tersebut selama 15 minit pada setiap malam.

Ia bersempena perayaan Hari Natal dan perayaan Tahun Baru 2024 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Tinjauan REMAJA di platform media sosial mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi laluan kaki lima (berhadapan dengan stor Sephora) di Avenue K bagi mengambil foto serta merakam video bagi hantaran Reels mahupun TikTok mereka apabila ‘salji’ turun.

Dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, ia sememangnya suatu pemandangan indah yang cukup mengasyikkan terutamanya di negara seperti Malaysia yang tidak mengalami empat musim.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Avenue K, tarikan salji tersebut akan diteruskan pada setiap malam sehingga 1 Januari 2024 di pintu masuk aras G pada jam 7.45 – 8.00 malam. Khas bagi hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan pada cuti umum pula, Avenue K menambah satu lagi slot iaitu pada jam 8.30 malam – 8.45 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Gunung Kinabalu Dihujani Salji, Kali Terakhir Dilihat Pada 1993 – REMAJA

Alang-alang sudah berada di Avenue K, jangan lupa juga untuk menyaksikan pohon Krismas tertinggi di Malaysia bertempat di hadapan kolam air pancut Suria KLCC yang terletak bersebelahan.

Two perfect OOTD spots to end your year!

BACA LAGI: Bestnya! Idol K-pop Sambut Hari Pertama Salji Di Korea Selatan, Lihat Ucapan Mereka – REMAJA

SUMBER FOTO: Facebook Avenue K & Facebook Suria KLCC

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ