Vokalis kumpulan Bunkface, Sam telah selamat mengikat tali pernikahan bersama suri hatinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi. Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Mohd Baharom, 33, bernikah buat kali kedua selepas lebih setahun bergelar duda.
Dalam hantaran di laman Instagramnya pada malam khamis sebentar tadi, Sam menjelaskan secara ringkas, “Salam Jumaat semua. Disini sam ingin kongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi. Doakan yang baik2 untuk kami. Alhamdulillah.”
Sebelum ini Sam pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang penerbit rancangan TV, Aida Azira Husin pada tahun 2015 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Januari 2019.
Sedikit trivia mengenai vokalis kumpulan Bunkface ini, dia merupakan abang kepada pelakon popular, Siti Saleha. Hasil perkahwinan sebelum ini dia dikurniakan seorang anak lelaki dan diberi nama Maleeq yang kini berusia 4 tahun. Sam dilahirkan di England dan membesar di Klang, Selangor.
***P/S – Semoga perkahwinan kedua Sam kekal ke jannah dan sentiasa diberkati Allah SWT. Tahniah Sam!
Sumber & Gambar: Instagram @sambunkface
TOP 10 Rasmi: BTS Atau Blackpink Paling Digemari Netizen Malaysia?
Isi Kandungan
Toggle
Tak sah kalau netizen Malaysia terutamanya K-poppers tidak menyebut nama kumpulan K-pop ataupun ahli K-pop di Twitter setiap hari. Tak sah juga sekiranya dunia K-pop tidak menjadi salah satu daripada 10 topik paling trending di Malaysia pada setiap hari!
Itulah kekuatan yang dimiliki oleh idol kegemaran korang di Malaysia, peminat mereka di sini tidak sesekali jemu untuk melayan perkembangan terbaru idol masing-masing di Twitter. Sekaligus melonjakkan lagi populariti yang mereka ada.
Menurut Twitter hari ini, sebarang perkembangan mengenai K-pop sejak 12 bulan yang lalu telah menerima sejumlah 6.1 bilion tweet walaupun dunia sedang dilanda pandemik Covid-19 sekarang.
Pergh, banyak tu!
Demi meraikan sambutan daripada peminat ini, tanda pagar #KpopTwitter telahpun dimulakan oleh Twitter dengan kolaborasi K-pop Radar bagi mengumumkan 10 kumpulan K-pop paling kerap disebut oleh netizen Twitterdi Malaysia pada tahun ini.
Siapa agaknya yang paling ‘berkuasa’?
10
NUEST
09
STRAY KIDS
08
ATEEZ
07
GOT7
06
SEVENTEEN
05
Tomorrow X Together (TXT)
04
TWICE
03
BLACKPINK
02
EXO
01
BTS
Sementara itu, ini adalah 10 lagu K-pop paling kerap disebut di Twitter Malaysia.
Kongsi Ketua Perkongsian K-Pop, Kim Yeon Jeong di Twitter, mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang 10 tahun ini.
Untuk meraikan sokongan peminat ini, Twitter akan menganjurkan siaran langsung ‘Decade #KpopTwitter’ di Blueroom Twitter bersama artis-artis K-pop yang memulakan trend kegilaan K-pop di seluruh dunia. Antaranya termasuklah Wonder Girls, Kihyun dan Hyunwon, MONSTA X, Stray Kids, Sunmi dan Bang Chan.
Dengar cerita, ia berkonsepkan sesi bual bicara bagi mengimbas semula perjalanan K-pop sepanjang tempoh 10 tahun lalu. Korang boleh menonton semula siaran langsung tersebut di akaun @TwitterLive atau @TwitterKorea.
Kerja 11 Jam, Upah Diterima Hanya RM30. Kita Sanggup Ke?
Jakarta sememangnya terkenal dengan kepadatan penduduknya. Dianggarkan seramai 10 juta orang menghuni kota metropolitan ini. Tidak hairanlah jalan rayanya dipenuhi kenderaan. Terperangkap dalam kesesakan jalanraya di sini lumrah dan jangan sesekali merungut.
Tidak hanya jem atau disebut macet bagi penduduknya, bunyian hon bagai irama di sini. Jangan tanya mengapa tetapi seakan menjadi budaya kerana semua kenderaan akan membunyikan hon meminta diberikan laluan.
Banyak tempat menarik yang ada di ibu kota ini. Antara yang pasti dilawati ialah Pasar Tanah Abang, pusat perdagangan tekstil terbesar di Asia Tenggara yang menjadi tarikan utama terutama bagi golongan bisnes.
Dengan kepadatan penduduk, rakyatnya sanggup melakukan apa saja termasuklah menjadi “polis traffic” tak bertauliah dan mereka akan diberikan upah sekitar RM0.50 sen untuk sekali mengangkat tangan. Ternyata berapa pun upah diberi, diterima dengan senang hati kerana mereka tahu, susahnya mencari sesuap nasi.
Kunjung Remaja ke Pasar Tanah Abang menemukan penulis dengan Alang, 21 tahun. Satu-satunya tenaga usia yang sangat muda berbanding pengangkat barang lain. Mempunyai sembilan adik beradik dan dia anak keempat.
Dia merantau dari desa kelahirannya, Semarang, Jawa menuju ke Jakarta seorang diri dan kini tinggal di rumah sewa dengan sewa bulanan RM90 sebulan bersama sebahagian rakan Porternya.
Alang terpaksa bersaing dengan 900 orang pengangkut barang yang lain dan mereka perlu berebut-rebut pelanggan kerana upah hanya akan diterima selepas barang selamat sampai ke kenderaan.
“Berapa upah sehari,” soal Remaja.
“Terserah kepada pelanggan. Ada beri 5000 rupiah. Ada 10,000 rupiah,” katanya.
Jika ditukar ke nilai matawang Malaysia 5000 Rupiah bersamaan RM1.50 dan 10,000 Rupiah bersamaan RM3.00. Ada ke remaja kita sanggup melakukannya?
Banyak bergantung kepada “rajin” mengejar pelanggan atau tidak, upah paling tinggi pernah diterimanya sejak setahun lalu bekerja ialah 100,000 Rupiah dari jam 7.00 pagi hingga jam 5.00 petang bersamaan RM30 sehari.
“Mencari wang memang susah di sini. Semua orang harus bekerja keras. Upah saya terima juga tak menentu. Kadang dapat sikit, kadang dapat banyak. Walau pun kami ada Supervisornya tapi upah kami ambil sendiri,” katanya sambil menunjukkan baju tertulis huruf J di belakang bajunya yang mana J mewakili nama Mandurnya.
Upah sedikit atau banyak, dia harus bekerja keras setiap hari selama 11 jam sehari kerana dia perlu menghantar wang ke kampung jika ada lebihan wang diterimanya.
“Kalau ada lebih, saya beri. Kalau tak harus bekerja lebih kuat,’ katanya yang agak malu-malu kala ditemuramah.
Memandangkan Pasar Tanah Abang tempat tumpuan tekstil terkenal, setiap bulan Rejab dan Syaaban, dua bulan berturut-turut ini, pasar ini akan penuh dengan pengunjung dari Malaysia, Batam, Kalimantan dan banyak lagi yang menjalankan bisnes perniagaan kain.
Kala inilah rezeki Alang dan kawan-kawan porternya sangat murah kerana ramai memerlukan tenaga kuat mereka untuk mengangkat barang.
Jangan tak percaya, dia pernah memikul berat beban 100 kg di bahunya dan upah diterimanya hanya RM10 sahaja. Pendek kata upah terpulang kepada kemurahan hati pemberinya dan mereka sesekali tidak boleh memaksa.
Ternyata, jika mahu dibuat bandingan dengan anak muda di negara ini, rata-ratanya pasti bertuah. Kerja begitu memilih, tak mahu yang susah sebaliknya lebih banyak melaram dan merempit kerana mencari keseronokan semata-mata. Paling tidak minta saja dari mak ayah dan semuanya akan disediakan. Betul tak?
“Mestilah Kenal, Saya Kat Belakang Awak Ye” -Siti Nurhaliza ‘Akui’ Aliff Syukri Penyanyi Nombor 1 Negara
Kecoh di media sosial semalam apabila pempengaruh dan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri meninggalkan sebuah komen di Instagram penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi coretan komen tersebut, penyanyi lagu hit Abang Nak Tegur itu menitipkan pujian buat idolanya selain sempat bertanyakan soalan adakah penyanyi lagu popular Nirmala itu mengenali dirinya mahupun tidak.
ARTIKEL BERKAITAN: “Nawaitu, Senyum &…” Ini Rupanya ‘Rahsia’ Siti Nurhaliza Untuk Sentiasa Dimurahkan Rezeki
“Cantiknya awak idola saya, awak kenal tak saya artis nombor 1 ini,” tulisnya di ruangan komen.
Di samping itu, coretan tersebut sekaligus menerima perhatian daripada Siti Nurhaliza yang lebih disapa Tokti dengan mengakui Aliff merupakan penyanyi nombor satu negara selain menjawab yang dirinya turut mengenali bapa kepada enam orang cahaya mata itu.
Bukan itu sahaja, penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu turut akui dia di belakang usahawan sensasi berkenaan.
“Mestilah saya kenal awak, penyanyi nombor 1. Saya di belakang awak ya,” balas penyanyi kelahiran negeri Pahang itu.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya menzahirkan rasa terhibur selain menganggap Siti ‘terpaksa’ untuk menjawab komen yang diajukan itu.
Bukan setakat itu sahaja, usahawan kosmetik itu juga menyatakan hasrat untuk berduet dengan Siti Nurhaliza pada tahun hadapan tahun depan, menerusi sebuah hantaran di Instagramnya.
Katanya, ibu kepada dua cahaya mata itu adalah penyanyi yang setaraf dan bersesuaian dengan bakat yang dimiliki olehnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Siti Nurhaliza & Aliff Syukri