Vokalis kumpulan Bunkface, Sam telah selamat mengikat tali pernikahan bersama suri hatinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi. Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Mohd Baharom, 33, bernikah buat kali kedua selepas lebih setahun bergelar duda.
Dalam hantaran di laman Instagramnya pada malam khamis sebentar tadi, Sam menjelaskan secara ringkas, “Salam Jumaat semua. Disini sam ingin kongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi. Doakan yang baik2 untuk kami. Alhamdulillah.”
Sebelum ini Sam pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang penerbit rancangan TV, Aida Azira Husin pada tahun 2015 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada Januari 2019.
Sedikit trivia mengenai vokalis kumpulan Bunkface ini, dia merupakan abang kepada pelakon popular, Siti Saleha. Hasil perkahwinan sebelum ini dia dikurniakan seorang anak lelaki dan diberi nama Maleeq yang kini berusia 4 tahun. Sam dilahirkan di England dan membesar di Klang, Selangor.
***P/S – Semoga perkahwinan kedua Sam kekal ke jannah dan sentiasa diberkati Allah SWT. Tahniah Sam!
Sumber & Gambar: Instagram @sambunkface