Hari ini kecoh di media sosial seorang ibu datang ke sebuah sekolah agama (tidak dinyatakan lokasi) dan bertindak menyuruh ustazah yang mengajar anak pendidikan agama merangkak seperti denda yang berlaku pada anaknya.
Dapat dilihat dalam video ini Ustazah tersebut merangkak dan videonya dirakam dan kemudian diviralkan di media sosial.
Perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh di fbnya yang tidak dapat menerima perbuatan dan tindakan tersebut dilakukan terhadap kerjaya guru yang sepatutnya dimuliakan.
Sejam selepas menulis dengan penuh emosi di mana beliau tidak dapat menerima perbuatan tersebut, Cikgu Fadli sekali lagi menulis dia sama sekali tidak menyangka anak murid Ustazah yang dimalukan itu turut sama merangkak, memuliakan Ustazah mereka yang dimalukukan sedemikian rupa.
Korang bacalah sendiri. Patut ke seorang ibu berperangai sedemikian hanya kerana anaknya didenda sebelum itu dan beliau membalasnya dengan perbuatan yang sama.
Anak murid muliakan guru dan sama-sama merangkak, siap bagi amaran jangan ikut Ustazah. Hadoiii..
Ini video tu, korang nilailah sendiri
https://youtu.be/AXp08OyMDYE
“Macam Mana Nak Join Persatuan Basikal?” Warganet ‘Tenangkan’ Khairy Jamaluddin Susulan Dipecat Mengejut Daripada UMNO
Dunia politik Malaysia dikejutkan susulan pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin daripada parti UMNO, lewat malam tadi.
Menurut laporan yang dipetik daripada sumber parti, keputusan berkenaan dibuat semasa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.
Sewaktu ditemui pemberita selepas mesyuarat tamat, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan tindakan disiplin yang dikenakan itu adalah mengikut saranan Lembaga Disiplin UMNO.
Keputusan pemecatan Khairy Jamaluddin yang mesra dengan panggilan KJ ini ibarat satu ledakan terhadap parti UMNO yang kini terpaksa berdepan perasaan tidak puas hati daripada para penyokong.
Malah, ramai berpendapat ia adalah satu langkah ke belakang buat UMNO apabila golongan pelapis parti seperti KJ dibuang begitu sahaja.
KJ menerusi ciapan di Twitter memaklumkan keputusan berkenaan dalam nada kesal.
“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken.”
Menjengah ke ruangan komen, warganet – tanpa mengira mereka adalah penyokong UMNO & Khairy Jamaluddin ataupun tidak – tampil memberikan kata-kata semangat buat KJ dan berharap agar perjuangan beliau demi rakyat tidak terhenti setakat di sini.
Malah, KJ yang bertindak pantas mengubah profil bio Twitter kepada ‘Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan’ juga meraih perhatian.
Sebilangan warganet bertanya bagaimana boleh mereka sertai persatuan tersebut dan sama-sama mengayuh basikal bersama menantu mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Badawi itu.
Dalam pada itu, beberapa ahli UMNO berprofil tinggi yang digantung keahliannya pada malam tadi termasuklah Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.
“Jangan Fitnah… Bersangka Baik” -Dakwa Majlis Resepsi Bertentangan Budaya & Agama, Dr. Amalina Bakri Tampil Beri Penjelasan.
Sedia maklum, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr. Amalina Che Bakri sudah pun mendirikan rumah tangga dengan suami tercintanya, Alexander Charles pada April 2021 yang lalu.
Namun begitu, mereka hanya sempat mengadakan majlis ringkas sahaja atas faktor pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di United Kingdom, pada ketika itu.
Terbaharu, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengadakan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami tercintanya selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak ‘Speaking’ Macam Mat Salleh? Ini Tip Dari Dr Amalina Bakri Yang Korang Boleh Try
Menerusi perkongsian dibuat wartawan Buletin Utama yang kini menetap di London, Haliza Hashim, dapat dilihat kemeriahan majlis tersebut yang berkonsep ‘Garden Wedding’.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir warganet yang dilihat mempertikaikan majlis tersebut dengan mendakwa ia seakan mengikut serta menyerupai budaya serta agama lain.
Hal ini kerana, mereka mendakwa terdapat seorang lelaki yang seakan-akan paderi duduk di antara pasangan ini sewaktu majlis tersebut berlangsung.
Melihat kepada beberapa komen negatif yang diberikan, pelajar cemerlang SPM 2004 itu tampil menjelaskan perkara yang sebenar dengan menyatakan bahawa majlis resepsi yang diadakannya itu merupakan resepsi biasa dan bukanlah majlis ritual agama Kristian seperti yang didakwa segelintir warganet.
Dr. Amalina juga menjelaskan bahawa lelaki yang didakwa merupakan paderi tersebut hanyalah seorang pengacara majlis bagi resepsi perkahwinannya itu.
“Ini adalah garden party weding reception untuk sebelah suami saya, bukan Christian wedding. Yang di tengah itu adalah emcee. Ibu saya bersajak dalam bahasa Melayu.
“Saya, suami dan rakan-rakan beri ucapan. Jangan fitnah, hati-hati menulis komen. Bersangka baik,” jelasnya menerusi sebuah komen.
Sekadar info, Dr. Amalina telah mendirikan rumah tangga bersama Alexander Charles pada Aril 2021 dan hasil perkahwinannya itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Arabella Mia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Haliza Hashim
Penduduk Kampung Terkejut Ketulan Beku ‘Berbau’ Jatuh Dari Langit
Selalu kita dengar bagai duit jatuh dari langit tapi lain pula apa yang berlaku di sebuah kampung kecil di English ni.
Memang ‘rare’ bila ketulan besar najis beku secara tiba-tiba jatuh dari langit. Alamak!!
Selalunya jika korang berada dalam penerbangan jarak jauh yang memakan masa belasan jam, sememangnya tidak sah kalau penumpang tidak pergi ke tandas pesawat untuk melepaskan ‘hajat’.
Namun, korang pernah terfikir tak kemana perginya semua sisa kumbahan manusia itu pergi dan dilupuskan?
Untuk pengetahuan semua tandas pesawat telah wujud sejal awal perjalanan udara diperkenalkan lagi dimana juruterbang perang kedua membuang air kecil dalam botol dan membuang air besar dalam kotak kemudian dilemparkannya keluar melalui tingkap.
Sehingga kini, sesetengah masyarakat masih percaya bahawa kapal terbang membuang najis berwarna biru yang beku ( blue ice) memalui udara.
Ini apa dialami oleh penduduk kampung apabila terdengar satu bunyi kuat kira-kira jam 10.30 malam Isnin lalu dan temui ketulan besar berkenaan di tepi jalan. Menurut laporan Portsmouth News, seorang penduduk, Louise Browne berkata ketulan tersebut berukuran kira-kira 50 sentimer persegi.
“Kami sedang bersiap untuk tidur dan tiba-tiba kami terdengar seperti ada orang membaling batu ke arah tingkap kami. Suami saya berkata ketulan ini pastu terjatuh daripada sebuah pesawat,” katanya.
Bau busuk menyelubungi kampung tersebut selepas ketulan itu mula cair dan ini meyakinkan penduduk ia mungkin terjatuh daripada tandas sebuah pesawat.
Insiden najis beku terjatuh daripada sebuah pesawat dilaporkan jarang berlaku namun ia dikenali sebagai ‘blue ice’.
Tambah Browne lagi, ketulan tersebut hampir terkena sebuah kereta.
“Nasib baik ketulan itu tidak terjatuh ke atas kereta berkenaan. Mujur juga tiada orang sedang berjalan di kawasan berkenaan pada masa itu. Jika tidak sudah pasti ia akan menyebabkan kecederaan atau kematian,” katanya kepada Latin Times.
Ini 3 fakta tentang tandas pesawat yang korang kena tahu!
- Pintu tandas pesawat sebenarnya boleh dibuka dengan mudah dari luar. Hanya dengan mengangkat tanda ‘WC’ dan tombol pintu ke posisi terkunci, pintu dapat dibuka. Tapi jangan sesekali melakukan perkara ini melainkan ada penumpang yang terkunci dari dalam dan memerlukan bantuan.
- Air dari tandas pesawat dikatakan sangat kotor. Malah, menurut artikel dari Wall Street Journal pada tahun 2002, para penyelidik mendapati air yang diuji dari 14 pesawat yang berbeza mempunyai sampel air yang mengandungi ratusan bakteria seperti Salmonella, Staphylococcus, bahkan larva dan telur serangga.
- Tandas merupakan bahagian pesawat paling kotor. Ini kerana tandas pesawat digunakan oleh manusia daripada pelbagai negara yang juga mempunyai berbeza attitude dari segi kebersihan.
Sumber : Astro Awani,