Bukan mudah apabila seseorang itu bergelar anak kepada adik seorang superstar bernama Britney Jean Spears.
Disebabkan tekanan yang boleh dirasai itu, Maddie Aldridge mengambil jalan untuk tidak mendedahkan diri secara keterlaluan di media sosial. Baik di Instagram mahupun TikTok, kelihatannya seakan tiada akaun rasmi yang dimiliki oleh Maddie. Mungkin inilah langkah terbaik untuk ahli keluarga Spears menjauhi tekanan daripada kontroversi yang selalu melanda keluarga mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Fakta Mengejutkan Keluarga Britney Spears, Ada Sejarah Gelap?
BACA LAGI
: “Cukuplah 13 Tahun..” – Britney SpearsMengenali dari jauh insan bernama Maddie Aldridge ini, remaja berusia 13 tahun ini merupakan anak sulung kepada Jamie Lynn Spears (adik penyanyi, Britney Spears) dan Casper Aldridge. Kalau korang masih ingat padazaman kegemilangan Britney dahulu, Jamie dan Casper pernah mencetuskan berita terhangat di Hollywood setelah Jamie hamil dengan kandungan sulungnya pada usia 16 tahun. Pejam celik, bayi tersebut telahpun menginjak ke alam remaja!
Baru-baru ini, Jamie Lynn telah berkongsi foto bersama Maddie bersempena majlis graduasinya daripada ‘middle school’ di sana berserta kapsyen, “High Schooler”. Jarang-jarang sebenarnya foto Maddie muncul dalam akaun Instagram ibunya itu.
Jelas, Maddie telah membesar dengan cukup sempurna dan kini berdiri pada ketinggian melebihi ibunya sendiri! Rasanya, ketinggian Maddie juga jauh melebihi ketinggian ibu saudaranya, Britney Spears.
Terdahulu, Maddie juga pernah muncul dalam satu lagi foto Instagram Jamie Lynn bersempena pencapaian Maddie dalam acara sukan. Kongsi Jamie Lynn, anaknya itu sememangnya gemar bersukan dan bijak membahagikan masa antara pelajaran dan kegiatan aktif.
Kesemua perkembangan positif mengenai Maddie ini hadir selepas tempoh lima tahun daripada detik hitam yang pernah berlaku kepadanya.
Pada tahun 2017, Maddie terlibat dalam satu kemalangan semasa menunggang kenderaan lasak ATV di mana dia dilaporkan terperangkap di bawah air dan hampir menempah maut. Dalam satu kenyataan oleh Jamie Lynn, Maddie yang terselamat tanpa sebarang kecederaan tetap pada bahagian otak dan fizikal merupakan sebentuk ‘wake up call’ untuk keluarganya saling menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain.
REMAJA berharap agar Maddie dan adiknya, Ivey Spears terus terhindar daripada kesan populariti Hollywood yang menghantui keluarga tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.