Pada usia semuda 18 tahun, nama penyanyi dan penulis lirik ini sudahpun dikira mahsyur dalam kalangan peminat muzik generasi Z.
Album sulung Olivia Rodrigo berjudul Sour telahpun dilancarkan pada 21 Mei 2021, kira-kira sebulan yang lepas. Namun impaknya masih dapat dirasakan hingga ke hari ini terutamanya single kedua yang dilancarkan berjudul Deja Vu.
Bercakap mengenai Sour, album tersebut merupakan projek yang langsung tidak melibatkan sebarang penyanyi jemputan (seperti yang menjadi kebiasaan dengan album debut penyanyi remaja lain) kerana Olivia ingin pendengar lagunya untuk mengenali siapakah diri sebagai seorang artis terlebih dahulu.
Satu-persatu lagu bergenre alternatif pop menceritakan tentang kehidupan dan keperibadian penyanyi yang kini menetap di Los Angelas ini. In a way, it reminds me of Taylor Swift’s debut album. Biarpun berlainan genre, mereka berdua tidak gentar menggunakan naratif diri sebagai seorang remaja untuk dikongsikan kepada dunia dalam bentuk muzik.
Daripada tajuk album saja, penulis sudah dapat mengagak Sour ada melibatkan kisah cinta Olivia.
Katanya, “Saya tertarik dengan idea bagaimana satu perhubungan cinta boleh bertukar dusta. Bagaimana seseorang yang kamu amat cintai dan percayai boleh bertukar menjadi seseorang yang kamu tidak tahan.
“Bagi saya, sebab utama saya lancarkan (Sour) adalah untuk menceritakan kekeliruan perasaan dalaman agar orang lain boleh memahaminya.”
Obviously, Sour merupakan album yang berjaya menempatkan Olivia Rodrigo sebagai penyanyi ‘breakout’ terbaru yang mempunyai masa hadapan yang cerah. Bukan saja single Deja Vu-nya menduduki carta 10 terbaik dalam Billboard Hot 100, single ketiga Olivia berjudul good 4 u juga berjaya mencapai 70 juta audio stream dan 40 juta tontonan video setelah satu minggu dilancarkan!
Nampaknya, Olivia Rodrigo bukan saja menarik perhatian ramai disebabkan kreativitinya dalam menghasilkan muzik. Malah rupa paras bintang remaja ini juga menjadi faktor ‘plus point’ sehingga ada yang menyamakannya dengan Miss Universe 2018 dari Filipina, Catriona Gray!
“Ya saya pernah terdengar (komen ini) dan ia adalah ‘gila’. Beliau mempunyai suara yang sedap didengar dan kadangkala saya juga mendengar nyanyiannya. (Catriona) tentunya merupakan seorang jelitawan yang hebat, saya suka sekali menontonnya.
“Orang selalu menyamakan saya dengannya, dan guys, dia ialah salah seorang wanita tercantik yang pernah saya temui. Jadi setiap kali sesiapa berkata sebegitu, I’m like, ‘Really? That’s crazy!’”
Olivia juga tidak menolak peluang sekiranya ada mana-mana penerbit filem yang inginkan mereka berdua ditampilkan sebagai pasangan adik-beradik. *Make . That . Happen . Thank . You*
“Of course! Catriona boleh menjadi kakak saya dan kami boleh menjadi orang yang sama tetapi berbeza usia,” ulasnya semasa sidang rasmi bersama penggiat media di Asia Tenggara, baru-baru ini.
Menurut laporan media di ABS CBN News, Catriona juga telah memberikan respon mengenai komen yang membandingkannya dengan Olivia.
“I was super fangirling. Saya amat terkejut.. saya hanya bayangkan seseorang yang telah berjaya melancarkan muzik (seperti Olivia) tidak akan membaca segala komen di media sosial. Tapi (Olivia) juga nampaknya telah melihat beberapa ciapan yang membandingkan kami berdua.”
“Saya amat berbesar hati mendengarkan komennya mengenai saya. Dan dia juga bercakap tentang muzik saya, that was crazy,” kata Catriona yang juga baru melancarkan singleRYF. berjudul
Beliau turut tidak menolak kemungkinan berkolaborasi bersama Olivia dalam sebuah single pada masa akan datang.
Untuk pengetahuan korang, Olivia berasal daripada keluarga mirip Catriona. Dia dilahirkan dan dibesarkan di California oleh ayah berdarah Filipina dan ibu berdarah Jerman-Irish. Manakala Catriona pula dilahirkan dan dibesarkan di Australia dan mempunyai ayah berdarah Scottish manakala ibunya pula dari Filipina.
*
Dengarkan album Sour oleh Olivia Rodrigo di Spotify dan di platform penstriman lain seperti iTunes, Amazon, Apple Music, Deezer, YouTube Music dan Tidal.