Hobi & Minat

Sambal Bilis Tempoyak, Lauk Paling Senang Tapi Sedap. Ini Resepinya!

Share

Musim durian yang masih berbaki ni orang jual tempoyak pun banyak.

Kalau dah buat lauk ini, tak perlu banyak menu lain. Cukup dengan ikan goreng dan kicap dah cukup mantap. Memang gerenti menambah dan licin pinggan.

Lauk ini ramai yang suka makan tapi ada juga yang tak pandai buat, walaupun tersangatlah senang. Lihat saja resepi perkongsian Tengku RosElyza Raja Muhammad

memang sempoi.

Cara buat sambal bilis tempoyak

Bahan-bahan

2 sudu besar tempoyak (fresh lagi sedap)
20-25 biji cili padi – kisar atau tumbuk)
Petai
Garam dan gula secukup rasa
Ikan bilis – kisar atau tumbuk)
Bawang merah dan putih – kisar atau tumbuk

Cara membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar atau tumbuk.

2. Bila dah pecah minyak masukkan petai kacau rata.

3. Kemudian masukkan 2 sudu besar tempoyak, tambah air sikit demi sedikit. Masukkan juga garam gula secukup rasa.

4. Masak sehingga pecah minyak dan mendidih. Bila dah pekat, tutup api. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti
Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Published by
Nana