Bagi mereka yang pernah menonton rancangan realiti Kimora: Life In The Fab Lane yang pernah ditayangkan sekitar tahun 2007 hingga tahun 2011, pasti korang masih ingat akan kelibat dua orang anak perempuan Kimora Lee Simmons.
Kimora yang juga merupakan seorang bekas model terkenal, usahawan dan pereka fesyen yang mengusahakan jenama Baby Phat lebih sedekad lalu kini boleh berbangga dengan pencapaian dua orang anak daranya; Ming Lee Simmons, 21 dan Aoki Lee Simmons, 18. Dahulu, mereka hanyalah kanak-kanak kecil yang petah bercakap dan comel di hadapan skrin televisyen.
Pejam celik, Ming Lee dan Aoki Lee kini telah menginjak ke usia remaja dan mulai bijak membawa haluan masing-masing mengikut minat dan bakat mereka.
Baru-baru ini contohnya, Aoki yang juga bergelar penuntut Universiti Harvard telah meluangkan masanya daripada kesibukan belajar di kampus untuk berjalan sebagai seorang model di pertunjukan fesyen Pyer Moss sempena Minggu Fesyen Couture Paris.
Kami masih ingat keletah Aoki semasa kecil dahulu yang memang meminati fesyen dan selalu melakukan ‘catwalk’ di hadapan Kimora. Kini Aoki telah merealisasikan impiannya untuk bergelar seorang model di pentas peragaan jenama yang bukan di bawah kendalian ibunya.
Ads
Koleksi Pyer Moss ini telah mendapat perhatian ramai apabila ia merupakan kali pertama koleksi sebuah jenama fesyen milik seorang pengasas berkulit hitam iaitu Kirby Jean-Raymond dipertontonkan di Minggu Fesyen Couture Paris.
Sebagai salah seorang modelnya, Aoki diberikan persalinan pantsuit dengan corak checkered berwarna coklat dengan aksesori papan catur di atasnya blazer serta seluar yang dipakainya.
“Terima kasih kerana memilih saya, percayakan saya untuk memperagakan karya genius anda, dan kerana memberikan saya pengalaman pertama di pentas peragaan haute couture yang tidak akan saya lupakan. Saya akan sentiasa bersyukur untuk pengalaman ini,” catat Aoki di Instagram.
Biarpun ibu bapanya iaitu Kimora dan Russell Simmons kini tidak lagi bersama, masing-masing amat komited dengan soal dua orang anak mereka dan mengucapkan rasa bangga terhadap Aoki di media sosial atas pengalamannya kali ini.
Untuk pengetahuan, Aoki diterima masuk ke Universiti Harvard pada usia 16 tahun atas merit dirinya sendiri dan bukan disebabkan populariti ibu bapanya. Selain Universiti Harvard, Aoki juga menerima tawaran daripada Dartmouth College, Vassar College, Barnard College dan beberapa lagi institusi berprestij lain di Amerika Syarikat.
Sementara itu, Ming Lee pula sedang bergelar pelajar di New York University (NYU).
Selain Ming Lee dan Aoki Lee, Kimora juga merupakan ibu kepada Kenzo (anak lelaki bersama bekas kekasihnya, Djimon Hounsou) dan Wolf Lee (anak lelaki hasil perkahwinan dengan Tim Leissner). Pada tahun lalu, Kimora dan Tim telah mengambil seorang anak angkat bernama Gary yang berusia 10 tahun.
Pasangan pelakon sensasi, Janna Nick dan Dini Schatzmann kembali menjadi tumpuan malam tadi apabila memilih untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada 10 Jun, hari ini.
Janna dan Dini memilih untuk meraikan tarikh istimewa itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dalam suasana seperti majlis resepsi sebenar dengan menyertakan perarakan masuk ‘pengantin’ dan menjamu tetamu hidangan makan malam.
Malah, Janna dan Dini turut menyarungkan busana perkahwinan persis pengantin baharu dengan black tie. Janna sendiri kali ini memilih busana ballgown dempak dengan perincian sarat pada bahagian bodice dan lengkap dengan layah putih di kepala manakala Dini pula tampak segak dalam persalinan tux hitam.
Yang penting, kali ini Janna menggayakan gaun berpotongan lain berbanding yang pernah disarungkan olehnya ketika majlis terdahulu.
Dalam pada itu, Janna juga kembali mendapatkan khidmat jurusolek dari Thailand, Babara Beer. Beliau pernah merias Janna sewaktu majlis pernikahan mereka dilangsungkan di Langkawi pada tahun lalu dan ia mendapat liputan menyeluruh gara-gara nilai solekan Babara yang boleh mencecah RM10,000.
Iyalah, kahwin sekali sahaja seumur hidup. Tentulah Janna ingin mendapatkan efek ‘glass skin’ terbaik bagi hari bahagianya itu. Nampaknya kini, Janna sudahpun mendapatkan khidmat Babara sebanyak dua kali! Untung empunya badan dapat merasa sentuhan jurusolek terkenal itu.
Terdahulu, majlis perkahwinan Janna dan Dini yang berkonsepkan outdoor pernah menerima kritikan setelah ia dianggap menyerupai majlis pasangan Barat. Pelajar internet juga merasakan busana perkahwinan Janna pada waktu itu tidak sensitif dengan upacara tersebut memandangkan ia dihadiri oleh seorang ustaz ternama bagi memimpin bacaan doa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lesen memandu adalah perkara yang paling penting untuk dimiliki kerena dengan adanya dokumen ini, masyarakat kita bebas untuk memandu ke mana sahaja. Malah, sekiranya kita melancong ke luar negara, terdapat beberapa negara yang menerima lesen memandu dari Malaysia tanpa perlu memiliki lesen memandu Antarabangsa.
Walau bagaimanapun, kadar bayaran lesen memandu kini nampaknya sudah meningkat jika mahu dibandingkan dengan waktu lalu. Kalau dulu, sewaktu penulis mengambil lesen kereta manual (D) harganya baru sekitar RM600 lebih, namun kini tidak lagi ya.
Terdapat beberapa peraturan baru lesen memandu diperkenalkan. Antaranya setiap institut memandu wajib menyenaraikan harga lesen memandu terkini bagi tahun 2020, termasuk kereta dan motosikal.
Selain itu juga, khabarnya ujian tanpa penguji akan mula dilaksanakan sebelum hujung tahun ini. Wah, macam best je. Hiks!
Jom kita semak senarai harga lesen memandu mengikut kategori:
Motosikal (B2) – RM350
Kereta Manual (D) – RM1,150
Kereta Automatik (DA) – RM1,250
Di Malaysia, individu seawal usia 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc, manakala lesen memandu kereta hanya boleh diambil bila sudah genap berusia 17 tahun. Untuk lesen E (bas/lori) pula, korang kena tunggu sehingga umur 21 tahun terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, harga lesen memandu ini juga terpulang mengikut sekolah memandu dan negeri juga. Jadi, jika korang ingin mengambil lesen memandu, sila semak di sekolah memandu pilihan korang.
Bercakap mengenai Kate Middleton, Duchess of Cambridge ini antara wanita yang sering menjadi perhatian kerana kecantikannya yang luar biasa di seluruh dunia.
Walaupun usia sudah menginjak 40 tahun, Kate Middleton kelihatan cantik dan awet muda setanding korang yang berusia 20-an. Walaupun ramai yang ingin tahu dan selidik tentang rahsia kecantikannya, Kate mengejutkan orang ramai dengan rahsianya iaitu racun lebah!
Racun Lebah Kuncinya
Terkini, kajian teknologi telah menemukan bahawa bisa atau racun lebah lebah berupaya untuk meningkatkan keanjalan kulit dan memberikan wajah yang gebu. Selain itu, bisa lebah turut mendapat gelaran “jawapan alam untuk botox”, disebabkan sifatnya yang merangsang penghasilan kolagen secara semula jadi pada wajah.
Siapa sangka dalam diam isteri kepada Putera William ini merupakan peminat tegar rawatan wajah yang menggunakan racun lebah. Bagi orang biasa, ia mungkin menakutkan kerana serangga ini terkenal dengan sifat menyengatnya tetapi bukan pada Kate.
Menurut sumber, Kate perlu membayar sekitar RM1500 untuk setiap sesi rawatan wajah menggunakan racun lebah.
Memang mengerikan bila nak guna racun lebah pada wajah tetapi rawatan ini sangat berkesan dan tidak berikan kesan sampingan. Ekstrak racun yang dibuat khas ini boleh menghilangkan garis halus, menenangkan kulit, meningkatkan kolagen dan juga pudarkan parut.
Rawatan racun lebah dikatakan mempunyai kesan yang sama seperti Botox kerana ia bersifat anaphylactic iaitu melegakan dan membuat otot wajah lebih relax.
Selain daripada itu kajian juga menunjukkan racun lebah secara aktifnya boleh mengurangkan dan menghilangkan jumlah kedutan pada wajah. Bukan itu sahaja, penggunaan racun lebah juga dapat meningkatkan kecerahan wajah dan menganjalkan kulit dengan segera.
Untuk info, bukan Kate seorang, rupanya Gwyneth Paltrow dan Victoria Beckham pun gunakan rawatan racun lebah yang sama untuk kekal awet muda tau!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...