Sambil Belajar Di Universiti Harvard, Anak Kimora Lee Simmons Sempat Jadi Model

Share

 

Bagi mereka yang pernah menonton rancangan realiti Kimora: Life In The Fab Lane yang pernah ditayangkan sekitar tahun 2007 hingga tahun 2011, pasti korang masih ingat akan kelibat dua orang anak perempuan Kimora Lee Simmons.

Kimora Lee Simmons semasa penutupan acara pertunjukanan fesyen Baby Phat pada tahun 2004 bersama-sama Ming Lee (berjalan) dan Aoki Lee yang didukungnya.

Kimora yang juga merupakan seorang bekas model terkenal, usahawan dan pereka fesyen yang mengusahakan jenama Baby Phat lebih sedekad lalu kini boleh berbangga dengan pencapaian dua orang anak daranya; Ming Lee Simmons, 21 dan Aoki Lee Simmons, 18. Dahulu, mereka hanyalah kanak-kanak kecil yang petah bercakap dan comel di hadapan skrin televisyen.

Pejam celik, Ming Lee dan Aoki Lee kini telah menginjak ke usia remaja dan mulai bijak membawa haluan masing-masing mengikut minat dan bakat mereka.

Aoki Lee Simmons, 18.

Baru-baru ini contohnya, Aoki yang juga bergelar penuntut Universiti Harvard telah meluangkan masanya daripada kesibukan belajar di kampus untuk berjalan sebagai seorang model di pertunjukan fesyen Pyer Moss sempena Minggu Fesyen Couture Paris.

Kami masih ingat keletah Aoki semasa kecil dahulu yang memang meminati fesyen dan selalu melakukan ‘catwalk’ di hadapan Kimora. Kini Aoki telah merealisasikan impiannya untuk bergelar seorang model di pentas peragaan jenama yang bukan di bawah kendalian ibunya.

Koleksi Pyer Moss ini telah mendapat perhatian ramai apabila ia merupakan kali pertama koleksi sebuah jenama fesyen milik seorang pengasas berkulit hitam iaitu Kirby Jean-Raymond dipertontonkan di Minggu Fesyen Couture Paris.

Sebagai salah seorang modelnya, Aoki diberikan persalinan pantsuit dengan corak checkered berwarna coklat dengan aksesori papan catur di atasnya blazer serta seluar yang dipakainya.

“Terima kasih kerana memilih saya, percayakan saya untuk memperagakan karya genius anda, dan kerana memberikan saya pengalaman pertama di pentas peragaan haute couture yang tidak akan saya lupakan. Saya akan sentiasa bersyukur untuk pengalaman ini,” catat Aoki di Instagram.

Biarpun ibu bapanya iaitu Kimora dan Russell Simmons kini tidak lagi bersama, masing-masing amat komited dengan soal dua orang anak mereka dan mengucapkan rasa bangga terhadap Aoki di media sosial atas pengalamannya kali ini.

Aoki kemudiannya menjadi model untuk jenama Carlton Jones di Minggu Fesyen New York pada bulan ini.

Untuk pengetahuan, Aoki diterima masuk ke Universiti Harvard pada usia 16 tahun atas merit dirinya sendiri dan bukan disebabkan populariti ibu bapanya. Selain Universiti Harvard, Aoki juga menerima tawaran daripada Dartmouth College, Vassar College, Barnard College dan beberapa lagi institusi berprestij lain di Amerika Syarikat.

Sementara itu, Ming Lee pula sedang bergelar pelajar di New York University (NYU).

Ming Lee Simmons, 21.

Selain Ming Lee dan Aoki Lee, Kimora juga merupakan ibu kepada Kenzo (anak lelaki bersama bekas kekasihnya, Djimon Hounsou) dan Wolf Lee (anak lelaki hasil perkahwinan dengan Tim Leissner). Pada tahun lalu, Kimora dan Tim telah mengambil seorang anak angkat bernama Gary yang berusia 10 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Dara HEIDI KLUM Ikut Jejak Langkah 4 Anak Supermodel Lain – REMAJA

BACA LAGI : Anak Lelaki Supermodel Mati Mengejut Sebabkan Gaya Hidup Liar – REMAJA

Published by
FZ