Sebelum wujudnya Army, EXOL, VIP dan segala jenis fandom kpop yang menguasai dunia hari ini, kdrama menjadi fenomena di Malaysia. (Hari ini pun masih onz!). Cuba tanya kakak abang malah ibu anda yang gemar menonton drama Korea, pasti mereka masih ingat sekitar tahun  2000, dimana setiap jam 6 petang, semua dah ready duduk depan tv dan tonton drama siri Korea.

Sambungan Winter Sonata Bakal Menemui Anda Di Kaca TV

Ingat lagi tak dengan drama Winter Sonata yang menyebabkan semua orang adore dengan pelakon utamanya Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo? Dengar cerita, drama ini bakal kembali ke kaca tv anda! Biar betik?!

Drama yang mempunyai 20 episod ini dibawa masuk ke dalam Malaysia sekitar tahun 2002-2003 dan kdrama terus mendapat perhatian remaja di Malaysia ketika itu. Sehinggakan, ramai membeli siri tersebut yang telah dijadikan VCD dan dijual sebelum drama itu habis di kaca tv. Hebat penangan Winter Sonata ni!

Ads

Sambungan Winter Sonata Bakal Menemui Anda Di Kaca TV

Malah, jika anda bercuti di Korea Selatan, Pulau Nami telah meletakkan simbol drama ini yang menjadi salah satu lokasi pengambaran untuk sektor perlancongan. Menurut Korean Times, sambungan kepada drama ini akan menemui penonton tidak lama lagi!

Ads

Kim Yong Soo merupakan pengarah yang akan bekerjasama dengan penulis asal drama Winter Sonata Yoon Eun Kyung dan Kim Eun Hee yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan kesinambungan kisah Kang Joon-sang dan Jeong Yoo-jin.

Sambungan Winter Sonata Bakal Menemui Anda Di Kaca TV

Ads

Namun, pengarah asal Yoon Suk Ho menolak untuk mengarah drama ini ekoran dari kes kematian salah seorang pelakon utama Park Yong Ha yang mati bunuh diri pada tahun 2010. Walaubagaimanapun barisan pelakon, masih belum diketahui.

Korang ada pelakon kdrama yang best-best tak untuk pegang watak utama? Atau, korang masih nak pelakon original berlakon?

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI