Bukan Aisar Khaledlah namanya jika tidak tular di media sosial.
Semalam merupakan tarikh istimewa buat Aisar apabila hari kelahiran ke-23 pempengaruh muda ini telah disambut dalam satu acara mini bersama para pengikut serta peminatnya.
Aisar Khaled.
Bertempat di tanah lapang berdekatan pusat membeli-belah Setia City Mall di Setia Alam, ternyata Aisar merupakan salah seorang pempengaruh yang benar-benar telah mengecapi populariti luar biasa apabila sambutan tersebut berjaya mengumpulkan dua ribu orang pengikut.
Khabarnya, kawasan tersebut siap perlu dijaga oleh pegawai kuatkuasa lagi, wah!
Aisar yang kini terkenal dengan kandungan digital menyampaikan bantuan rawak kepada orang ramai (sama ada yang memerlukan mahupun sebagai kepada sesiapa sahaja mengikut mood Aisar pada waktu kejadian) serta kandungan jenis eksperimen sosial turut menerima layanan istimewa ibarat buat konsert mini.
Ads
Di tengah-tengah orang ramai yang mengerumuninya semalam, Aisar telah dijulang tinggi menggunakan kren agar orang ramai di sana lebih mudah untuk melihatnya. Memang persis buat konsert sendiri lah di situ.
Selain dinyanyikan dengan lagu sambutan hari kelahiran, rupa-rupanya Aisar juga telah lama merancang untuk menghadiahkan beberapa barangan menarik kepada mereka yang hadir. Lah, dia yang sambut hari jadi orang lain pula dapat hadiah. Hehe.. bak kata tagline beliau sendiri, “Niatku Hanya Untuk Berkongsi Rezeki”.
Antara barangan yang dibawa pulang oleh peminat bertuahnya termasuklah sebuah kenderaan model Perodua Axia, sebuah motosikal jenama Modenas, wang tunai dan beberapa lagi hadiah kecil lain.
Ads
Bertuahnya!
Apapun, moga-moga perkongsian Aisar dan pasukannya kepada para pengikut yang cukup ramai ini akan dibalas dengan rezeki dari Ilahi.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupa-rupanya, bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa sahaja yang ‘meminati’ kreadibilit Dr. Noor Hisham ini.
Umum sedia maklum bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak COVID-19 ketika ini.
Seperti yang dikongsikan di laman Facebook Mafas Hasan, seorang kanak-kanak telah menghantar surat ucapan kepada KP Kesihatan tersebut dan mendapat reaksi yang positif! Comel!
SURAT DARI LARA UNTUK KP KESIHATAN
Di laman Facebook, tular sepucuk surat yang ditulis oleh seorang kanak-kanak perempuan diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Lara Khadijah McAfee yang berusia sembilan tahun turut menghasilkan seutas rantai tangan sebagai terima kasih kepada Dr Noor Hisham.
“Saya tinggal di Kuala Terengganu dan merupakan murid di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman. Saya membuat gelang untuk dipakai rakan-rakan sebagai tanda persahabatan.
“Dan saya membuat gelang ini untuk Dr sebagai terima kasih atas usaha dalam membantu rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan selamat ketika pandemik Covid-19 ini,” tulisnya.
RESPON SURAT BALAS DARI KP KESIHATAN
Lebih terharu apabila surat bertarikh 19 Mac lalu itu dibalas Dr Noor Hisham semalam yang turut berterima kasih atas kesudian kanak-kanak tersebut menghargai usaha kerja kerasnya selama ini.
“Terima kasih untuk surat dan gelang yang diberi. Cucu saya memakai gelang tersebut dan dia amat menyukainya!
“Kata-kata kamu sangat baik namun saya tidak melakukan semua itu keseorangan. Saya bertuah mempunyai ‘frontliner’ hebat yang membantu negara kita.
“Rakyat Malaysia seperti kamu sudah membantu dengan memainkan peranan duduk di rumah. Teruskan berbuat demikian dan sama-sama kita melawan Covid-19,” katanya.
Posting dimuat naik di laman Facebook Buletin TV3 itu mendapat perkongsian lebih 2,000 kali dan 8,000 tanda suka serta pelbagai reaksi netizen yang turut memuji sikap rendah diri Dr Noor Hisham.
5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima dan lanjutan daripada generasi sebelumnya, 1G ke 4G. Namun begitu, teknologi 5G ini mempunyai keupayaan yang berbeza berbanding teknologi sebelumnya.
Antara sifat utama 5G adalah seperti berkelajuan yang tinggi, kadar lengahan yang rendah (1 milisaat) dan mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi.
Berdasarkan laporan dari SpeedCheck, Korea Selatan menduduki tempat pertama di dunia daripada segi kelajuan muat turun. Kelajuannya mampu mencapai sehingga 449 Mbps, iaitu kelajuan muat turun median bagi 5G.
Keputusan ini diperoleh berdasarkan ujian yang dilakukan sepanjang tempoh antara Februari sehingga Mac 2021. Manakala Malaysia mempunyai kelajuan muat turun 4G sekitar 10.343 Mbps sahaja.
Melalui akses ke internet berkelajuan tinggi ini, bermakna lebih ramai rakyat Korea Selatan yang dapat menikmati manfaat 5G menerusi muat turun fail besar yang lebih pantas, penstriman video berkualiti tinggi, permainan dalam talian bebas lag, dan sebagainya.
Gambaran di bawah menunjukkan antara negara-negara yang mempunyai kelajuan muat turun 5G terpantas.
Hm, nampaknya negara kita masih jauh untuk menandingi negara-negara tersebut dalam mendapatkan kelajuan capaian internet. Maka, tidak hairanlah ramai yang bergelut sewaktu sesi PdPR kan?
Setiap pelajar mempunyai cara mereka sendiri untuk mendapatkan ketenangan agar lebih fokus untuk belajar. Ada yang suka belajar dalam keadaan senyap dan ada juga yang suka mendengar lagu.
Itulah yang dikongsikan oleh Tee Ker Yin, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Melaka. Peminat tegar grup Super Junior dan juga muzik K-pop ini mendapat keputusan sangat cemerlang iaitu 11A+.
Super Junior
Keputusan SPM yang dikeluarkan semalam menyaksikan Tan Ker Yin menjadi salah seorang pelajar paling cemerlang di sekolahnya. Berkongsi kegembiraannya, Tan Ker Yin berkata, “saya mendengar muzik daripada artis K-pop terutamanya dari Super Junior sambil membuat latih tubi dan mengukangkaji pelajaran. Selain itu saya menumpukan sepenuh perhatian ketika guru mengajar di dalam kelas”.
Pelajar yang turut aktif dengan aktiviti luar seperti kelas renang dan taekwondo ini sedang menjalani kursus A-Level di sebuah kolej swasta dan merancang untuk melanjutkan pelajarannya di United Kingdom dalam jurusan Sains.
Woahh, hebatnya peminat K-pop ini!
Kamu jadikanlah kecemerlangan Tan Ker Yin sebagai contoh. Dia telah buktikan minat kepada muzik tidak menghalangnya untuk berjaya dalam pelajaran. Jika muzik dapat membantu kamu lebih fokus ketika belajar, go for it! Namun jika ia menggangu tumpuan lebih baik cuba cara lain.
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...