Aktres jelita, Siti Khadijah Halim mencuri perhatian netizen apabila menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu bapanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, pelakon drama popular From Saga With Love itu dilihat menyambut hari lahirnya di sebuah kafe bersama ahli keluarga sebelum membawa ibu bapanya ke sebuah pameran kereta jenama tempatan.
Dalam kejutan tersebut, Siti Khadijah menghadiahkan sebuah kereta Proton S70 kepada kedua-dua ibu bapanya, yang ternyata tidak dapat menahan air mata menerima pemberian istimewa itu daripada anak mereka.
“Hari ini adalah hari yang istimewa bagi saya sebab saya akan pickup satu hadiah yang sangat berharga dan bermakna bagi saya.
“Setiap tahun saya akan hadiahkan diri saya sesuatu. Tahun ini hadiahnya sedikit berbeza dan perasaan saya bercampur baur,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.
Tindakan Siti Khadijah tersebut sekali gus menerima pujian warganet yang rata-rata tersentuh melihat momen berkenaan dan memuji keprihatinannya dalam membahagiakan kedua ibu bapanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Siti Khadijah Halim
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran pelakon dan pengacara, Mira Filzah di dalam industri seni tanah air berlaku secara tidak disengajakan.
Menurut si cantik manis itu sewaktu diundang ke program Next To Neelofa yang dikeudara semalam di saluran Astro Ria, Mira mengimbas kenangan langkah pertama sebagai seorang selebriti bermula daripada percubaan di uji bakat pencarian Dewi Remaja!
Ya, pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah binti Badioezaman ini pernah menjadi peserta pertama yang hadir di uji bakat pencarian Dewi Remaja 2014/2015 di mana salah seorang juri bertugas pada waktu itu tidak lain tidak bukan adalah penyandang gelaran itu sendiri, Noor Neelofa.
“I tak tahu jika you ingat ataupun tidak tetapi I pernah pergi ke uji bakat Dewi Remaja..,” soal Mira. Melihatkan kepada reaksi Neelofa, jelas beliau tidak begitu mengingati pernah mengadili Mira yang mencuba nasib pada tahun 2014.
“Masa itu, nombor I adalah 001 sewaktu uji bakat. You tanya soalan dekat I.. fasal charity atau something. I pun jawab dan I dapat kad bintang tu. Tetapi pada waktu itu I tidak dapat Top 20 yang disenarai pendek.”
Neelofa sewaktu menjadi juri undangan di uji bakat Dewi Remaja 2014/2015.
“Jadi I pernah join (Dewi Remaja) tetapi itu pun suka-suka (memandangkan) I hanya di (kampus) UiTM Shah Alam. Bolehlah, pergi saja suka-suka. Tiada niat pun nak popular atau berlakon selepas itu. Perlahan-lahan, tawaran yang datang dekat I,” imbas Mira yang cantik mengenakan busana serba merah rekaan Davis Paul Lister (DPL) KL.
Kerjaya lakonan Mira kemudian bertitik-tolak bersama Majalah Hijabista untuk sebuah projek kolaboratif dengan jenama syampu. Ia kemudiannya dijadikan sebagai drama digital berjudul Dunia Lola.
Pada ketika itu, Mira masih memberi fokus sepenuhnya pada pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa di UiTM. Mira bukan hanya mementingkan soal pendidikan, malah dia juga ingin memenuhi hasrat ibunya yang ingin melihat Mira bergelar graduan.
Hanya sesudah menyiapkan tesis, Mira mendapat kebenaran daripada ibunya untuk menerima tawaran drama televisyen di bawah produksi Zeel Production.
Balas Neelofa, permulaannya dalam industri sedikit berbeza daripada Mira. Neelofa terpaksa ‘menyorokkan’ kelibatnya sewaktu cuba menembus masuk ke dalam industri menerusi bidang peragaan dan tentunya, pencarian Dewi Remaja 2009/2010.
“Kan masa Dewi Remaja dahulu, dia tak bagi tahu kami (adik-beradik) masuk industri seni langsung. Setiap kali bertanding dan diberikan cabaran (Dewi Remaja) ataupun perlu buat kemunculan di apa-apa acara, (saya akan beritahu) ada ‘college event daddy’. Haa begitu,” kongsi ibu kepada Muhammad Bilal itu.
Apapun, kedua-dua jelitawan ini sudah pun berjaya dalam laluan masing-masing dan mempunyai jutaan pengikut yang sentiasa penyokong hala tuju mereka baik dalam kerjaya seni mahupun dalam bidang perniagaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah lama rasanya kita tak menjejakkan kaki ke panggung wayang kerana situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara kita.
Sumber Gambar : Time Out
Tapi korang jangan risau, pihak GSC sebentar tadi telah mengeluarkan pengumuman ini yang dikongsikan melalui laman media sosial GSC di Twitter dan Facebook.
Namun, GSC hanya mengumumkan 9 lokasi panggung wayang akan dibuka semula pada 16 Disember 2020.
Pembukaan semula panggung wayang GSC ini akan bermula pada 16 Disember 2020 iaitu pada hari Rabu pada jam 6 petang. Tetapi bukan semua panggung GSC dibuka tetapi setakat ini hanya 9 lokasi sahaja dijadualkan akan mula beroperasi iaitu :
GSC Aman Central
GSC Gurney Plaza
GSC Sunway Carnival
GSC Dataran Pahlawan
GSC AEON Bandaraya Melaka
GSC Alamanda Putrajaya
GSC East Coast Mall
GSC Mentakab Star Mall
GSC CityONE Megamall, Kuching
Sebelum ini, semua panggung wayang telah memberhentikan operasi bermula pada awal November 2020 yang lepas berikutan kes jangkitang COVID-19 yang semakin membimbangkan ketika itu. Selain itu juga, ianya bagi mengelakkan kerugian besar bagi industri panggung wayang.
So, jom siapa nak belanja penulis tengok wayang ni….hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak sukakan signature dish dari restoran Ikea, Swedish Meatball yang semestinya popular di kalangan masyarakat kita.
Maka tidak hairanlah setiap kali korang berkunjung ke sana, restoran Ikea tidak pernah sunyi dengan pengunjung, malah korang perlu beratur panjang untuk membuat pembelian disana.
Nah, selepas ni kalau ada yang craving nak makan meatball Ikea tu, korang dah boleh buat sendiri di rumah kerana Ikea UK dan Ireland sudah pun berkongsi ‘secret recipe‘ untuk korang cuba sendiri.
Nah, kami telah mengolah sedikit resipi ini kerana di luar negara mereka menggunakan daging khinzir. Jadi, apa kata kita buat versi halal pula okay?
Bahan-bahan:
– 500g daging cincang
– 1 biji bawang besar yang sudah dicincang
– 1 biji bawang putih (dicincang)
– 100g serbuk roti
– sebiji telur
– 5 sudu besar susu (whole milk)
– Garam dan pepper secukup rasa
– Minyak masak
– 40g butter
– 40g tepung
– 150ml stok sayuran
– 150 ml stok daging
– 150ml thick double cream
– 2 sudu kecil kicap
– 1 sudu kecil Dijon mustard
Cara menyediakannya:
1. Gaulkan daging cincang bersama bawang besar, bawang putih, serbuk roti dan telur. Kemudian, campurkan dengan susu dan perasa termasuk garam dan pepper.
2. Bentukkan daging tersebut menjadi bulat. Tempatkan daging yang telah dibentuk ke dalam pinggan dan tutup, masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam (ini dapat membantu mengekalkan bentuk meatball apabila dimasak nanti).
3. Panaskan kuali dengan suhu sederhana, dan masak sehingga meatballs tadi bertukar warna menjadi coklat.
4. Selepas itu, masukkan meatball ke dalam pinggan dan panaskan dalam ketuhar (suhu 180c konvensional atau 160c) dan masak selama 30 minit lagi.
5. Kemudian cairkan 40g butter dalam kuali, ayakkan bersama 40g tepung tadi dan kacau sehingga 2 minit. Selepas itu, masukkan 150ml stok sayuran an 150ml stok daging dan teruskan kacau.
6. Masukkan 150ml double cream, dua sudu kecil kicap dan 1 sudu kecil Dijon mustard. Biarkan sehingga mendidih dan biarkan kuah menjadi pekat.
7. Setelah siap dimasak, korang boleh hidangkan bersama mashed potato. Ha siap!
Wah nampak menarik, bolehlah cuba untuk menu Ramadan nanti. Selamat mencuba!
Baru-baru ini, pelakon veteran, Zulkifli Ismail, yang kini berusia 62 tahun, meraih perhatian peminat apabila menyatakan bahawa beliau kini sedang menyambung pengajian di Universiti...