Berita

Sambut Ulang Tahun Ke 28, Siti Khadijah Hadiahkan Kereta Buat Ibu Bapa

Share

Aktres jelita, Siti Khadijah Halim mencuri perhatian netizen apabila menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu bapanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, pelakon drama popular From Saga With Love itu dilihat menyambut hari lahirnya di sebuah kafe bersama ahli keluarga sebelum membawa ibu bapanya ke sebuah pameran kereta jenama tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah Halim Akui Tiada Cerita Sensasi, Anggap Diri ‘Membosankan’

Dalam kejutan tersebut, Siti Khadijah menghadiahkan sebuah kereta Proton S70 kepada kedua-dua ibu bapanya, yang ternyata tidak dapat menahan air mata menerima pemberian istimewa itu daripada anak mereka.

“Hari ini adalah hari yang istimewa bagi saya sebab saya akan pickup satu hadiah yang sangat berharga dan bermakna bagi saya.

“Setiap tahun saya akan hadiahkan diri saya sesuatu. Tahun ini hadiahnya sedikit berbeza dan perasaan saya bercampur baur,” tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah Kongsi Kini Ambil Kelas Mempertahankan Diri, – “Saya Ambil Judo Dan Muay Thai…”

Tindakan Siti Khadijah tersebut sekali gus menerima pujian warganet yang rata-rata tersentuh melihat momen berkenaan dan memuji keprihatinannya dalam membahagiakan kedua ibu bapanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Siti Khadijah Halim

Published by
Fath