Apabila menjelang Syawal, masing-masing sibuk mencari baju raya untuk mereka gayakan di pagi lebaran nanti. Tidak dinafikan, kita kini berada di musim pandemik Covid-19. Namun, raya tetap raya kan. Ada puluhan design baru baju raya pada setiap tahun, namun ia masih tidak mampu untuk mengalahkan rekaan tradisional turun-menurun dari nenek moyang kita dulu iaitu baju melayu lengkap samping buat lelaki.
Malah tidak dinafikan kebanyakkan gadis memang suka lihat lelaki berbaju melayu dan bersamping. Tapi, penulis pasti mesti ramai yang tak reti mengikat samping ni kan. Yelah bukan hari-hari kita nak pakai samping ni. Memang kekok dibuatnya.
Dengan video tutorial pakai sampin 15 saat ini, mungkin masalah pagi raya korang dapat diselesaikan. Video yang diunggah oleh akaun TikTok @shnllhrn ini mendapat 356.5 ribu tontonan dan lebih 14 ribu sukaan setakat ini.
Ads
Untuk mengetahui cara pakai sampin 15 saat tanpa bantuan orang lain, mari kita ikuti video di bawah.
Ads
Malah pereka fesyen, Shanell Harun turut berkongsi sejarah tentang samping ini.
Ads
Untuk info, gaya samping ini diikat juga mempunyai makna dan berlainan mengikut daerah. Samping atau kain dagang ialah sejenis kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja. Ia biasanya dibuat daripada fabrik songket.
Priyanka Rani Joshi, 24, telah dinobatkan sebagai Miss Nepal World 2022 dalam satu majlis yang diadakan di Godawari Village Resort dan dipancarkan secara langsung ke kaca televisyen.
Untuk memenangi mahkota yang diidamkan ramai itu, dia telah berjaya mengalahkan 23 peserta lain. Pada malam tersebut selain menjuarai Miss Nepal World 2022, gadis cantik ini turut menerima gelaran sampingan iaitu Miss Delight Award.
Priyanka berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewartawanan dan Bahasa Inggeris dari St Xavier College. Walaupun begitu, dia tidak bergelar wartawan, sebaliknya gadis cantik yang berasal dari Kathmandu ini merupakan seorang Pegawai Pemasaran di syarikat perhiasan kemas, Anita Jewels.
Ketika berada diperingkat enam peserta terbaik semua peserta telah ditanya soalan yang sama. Soalan tersebut berbunyi. Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan oleh seorang gadis atau menjadi contoh wanita yang berani pada masa hadapan?
Priyanka lantas menjawab, “Permulaan abad ke-21 memang membawa sumber perubahan positif untuk wanita di seluruh dunia. Ini bermula sebagai satu pertelingkahan, dan hari ini kita berdiri tegak. Seorang gadis memiliki kuasa yang cukup untuk mencari perubahan yang menyatukan seluruh dunia.
Kerana keindahan kewanitaan yang luhur adalah kekuatan selarinya untuk memiliki kuasa memegang dunia dalam dirinya dan saya berdiri untuk menaikkan dan memperkasakan kekuatan itu.”
Kongsi Priyanka menerusi satu hantaran di Instagram usai kemenangannya, “Perjalanan yang luar biasa sememangnya telah bermula. Ia telah menjadi sebuah perjuangan untuk mahkota kepada bermimpi untuk mencapai kejayaan.
“Berdiri bersama 23 finalis lain yang cantik setiap hari dari latihan hingga ke pentas akhir sangat memberi pengajaran dan memperkasanan. Mahkota ini datang dengan setiap tanggungjawab, saya akan mencari semua kasih sayang dan sokongan anda. Teruskan sokongan anda, perkara ini sangat bermakna bagi saya!
“Saya dengan ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah bersama dan di belakang saya melalui proses ini. Anda tahu siapa anda dan input anda amat saya hargai.”
Setakat ini dalam sejarah perwakilan Nepal di pentas Miss World, peserta dari negara ini telah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan separuh akhir sebanyak enam kali.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tuti Noor bukanlah nama asing dalam persada fesyen tempatan.
Bertahun-tahun mewarnai kempen fesyen dan pentas peragaan Malaysia dan antarabangsa, supermodel lokal berusia 33 tahun ini juga pernah membawa nama negara di pertandingan pencarian peragawati terkenal, Asia’s Next Top Model pada tahun 2016.
Di pentas antarabangsa juga, Tuti terpilih untuk melebarkan sayap ke Timur Tengah apabila berjalan untuk jenama Rizman Ruzaini di acara Dubai Fashion Week serta menjadi wajah kempen musim luruh/dingin 2024.
Jadi kita semua tahu, Tuti sudahpun melalui asam garam industri fesyen di Malaysia dengan pengalaman luas yang dimilikinya.
Peragawati dari Malaysia, Tuti Noor.
Justeru apabila Tuti menempelak beberapa jenama fesyen tempatan disebabkan isu pengambilan model berkulit putih bagi kempen koleksi pakaian Hari Raya, she knows what she is talking about and she has had enough.
Menerusi hantaran berangkai di platform Threads, beliau merasakan isu ini seakan tiada kesudahan apabila ia sering berulang setiap kali tibanya pra-musim perayaan.
Model dari Malaysia tanpa mengira latar belakang dari kaum Melayu, Cina mahupun India dipinggirkan, sebaliknya, model berkulit putih diagungkan sebagai penghias wajah kempen.
Adakah ia demi melariskan koleksi mereka? Adakah ia untuk menyamai aras kempen-kempen jenama antarabangsa? Hanya pihak jenama yang tahu.
Di mata pemain industri seperti Tuti sendiri, mereka sudah lali dengannya dan enggan lagi mendiamkan diri, melayan kekecewaan dengan isu yang sama.
“Topik ini sudah basi tetapi saya masih merasakannya lucu apabila orang luar lebih menghargai kulit sawo matang. Tidak perlu (melihat) jauh lah, lihat sahaja ke arah Indonesia. Mereka sentiasa menyokong model-model tempatan. Hasilnya tetap international!
“Terimalah, dan percayalah; #OurLocalModelsCan,” ulasnya.
Tuti di pentas peragaan Rizman Ruzaini FW 2024 sempena Dubai Fashion Week, tahun lalu.
Sambil memberikan beberapa contoh jenama fesyen dari Indonesia yang mampu menghasilkan foto-foto kempen menarik dengan menampilkan peragawati tempatan mereka, Tuti menyeru agar industri fesyen Malaysia turut bertindak sedemikian.
“Kita ada Atikah Karim, Gwen Lu, Riszman Zidaine, eh ramai lagi nak senaraikan kesemua model ini yang telah lebarkan sayap ke peringkat antarabangsa. (Indonesia) menghargai keunikan orang mereka sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak mengangkat Malaysia di mata dunia?” tegasnya.
Sebagai salah seorang peragawati yang sering membawakan mesej ’embrace your uniqueness’ di laman media sosial, mesej dari Tuti ini hadir dengan niat agar Malaysia berdiri sama taraf dengan negara-negara serantau dalam mendukung identiti fesyen negara.
Selama bertahun-tahun lamanya, pertandingan ratu cantik Miss Universe telahpun menggunakan slogan ‘Confidently Beautiful’ atau Cantik Dengan Keyakinan sebagai moto utamanya.
Malah jika korang masih ingat, pada tahun 2015, juara Miss Universe pada edisi tersebut iaitu Pia Wurtzbach dari Filipina turut menyelitkan slogan berkenaan dalam jawapan akhirnya.
Antaranya, ia berbunyi, “Saya ingin menunjukkan kepada dunia, ataupun alam semesta, bahawasanya saya cantik dengan keyakinan menyeluruh dan hati yang suci. Terima kasih,” jawabnya.
Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach.
Lantas, apabila semalam Miss Universe mengumumkan bahawa organisasi itu akan menukar slogan berkenaan daripada ‘Confidently Beautiful’ kepada ‘Beautifully Confident’, ramai yang tertanya-tanya sebab di sebalik penukaran itu dan sekiranya ada perbezaan besar antara duanya.
Iyalah, dengar macam sama. Tukarkan kedudukan perkataan sahaja.
Menurut kenyataan Miss Universe, penukaran slogan ini merupakan satu bentuk evolusi organisasi itu dalam memperkasakan wanita kuat di seluruh dunia menerusi pertandingan yang mereka anjurkan. Lantas, fokus terhadap kecantikan kini telah dialihkan kepada ‘attitude’ dan keyakinan yang ada pada seseorang wanita.
Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu.
“Seorang duta Miss Universe ialah seseorang yang berfikiran luas, inovatif, berani dan dikuasai oleh kepercayaannya sambil terus komited untuk menghormati hak, perbezaan dan maruah insan lain. Duta-duta kami membina asas kemasyarakatan yang kuat di seluruh dunia lalu memupuk rasa kekitaan,” catat CEO terbaru organisasi Miss Universe, Amy Emmerich.
Perubahan slogan ini sekaligus menutup jilid lama Miss Universe yang dahulunya terkenal dengan melantik pemenang berdasarkan rupa paras semata-mata sekitar era 2000-an sewaktu ia dipimpin oleh Donald Trump.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hey football lovers!Oh, kami tidak bermaksud all you boys yang gemarkan sukan bola sepak. Sebaliknya, kami tahu ramai peminat bola sepak yang terdiri daripada...