Jika selalunya ada kawan atau ahli keluarga yang korang kenali pergi melancong ke Yogyakarta Indonesia, mesti feed di Instagram mereka penuh dengan foto kawasan tarikan popular.
Antaranya, di Candi Borobudur, Kota Gede dan Gunung Merapi.
Ada juga antara mereka yang sempat untuk ke Pantai Parangtritis iaitu salah satu pantai yang semakin popular impak daripada scene filem Ada Apa Dengan Cinta.
Tetapi, tak ramai yang tahu bahawa di Pantai Parangtritis, selain daripada menunggang kuda, korang pun boleh cuba aktiviti sand boarding di Gumuk Pasir.
Bermula sejak tahun lalu, pengunjung Yogyakarta pasti tak lepaskan peluang untuk ke Gumuk Pasir sebelum pergi ke Pantai Parangtritis untuk melihat momen matahari terbenam.
Gumuk Pasir adalah kawasan lambakan – yes pasir – seakan gurun dan merupakan satu-satunya lokasi sandboarding yang ada di Asia Tenggara.
Berbeza dengan Pantai Klebang Melaka yang juga mempunyai lambakan pasir hasil projek menambak. Gumuk Pasir pula terhasil secara semulajadi akibat ‘aktiviti’ gunung berapi di Gunung Merapi dan Merbabu.
Tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung, cuma mereka perlu membayar Rp. 3000 untuk parkir kenderaan iaitu lebih kurang RM9.00.
Untuk bermain sand boarding pula, sewa board yang dikenakan lebih kurang dalam Rp. 100,000 atau RM29.90. Ada juga yang berkata mereka pernah menyewa board pada harga Rp. 70,000. Hhm, macam biasalah, korang pandai-pandai kena tengok penyewa mana yang lagi berbaloi dekat sana.
Pengunjung akan ditemani oleh instructor yang akan mengajar terlebih dahulu cara sand boarding. Kalau korang bertuah, instructor akan membawa ke kawasan ‘bukit’ pasir setinggi 15 meter dan jarak meluncur lebih kurang 200 meter!
Kalau yang sukakan aktiviti basah pula, di Gumuk Pasir ini mempunyai sebuah tasik yang terletak betul-betul di sebelah ‘bukit’ pasir’. Daripada atas, korang slide je sampai ke bawah dan terjun ke dalam air.
Ada part yang pasirnya kering, ada juga part yang memang dicipta khas untuk water sliding. Macam yang dicuba oleh kawan kami, Dimas ni:
Bestkan! Jadi, bagi yang merancang untuk ke Yogyakarta pada tahun ini, janganlah nak acah-acah romantik macam Rangga dengan Cinta je. Cuba tempat baru seperti Gumuk Pasir ni. I had fun, and so will you!