Semalam negeri-negeri di utara tanahair seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dilanda ribut kencang akibat dibadai ekor Taufan Lekima yang melanda timur Wilayah Zhejiang sebelum ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan Taufan Super Lekima ini membawa kekuatan  sekitar 290 kilometer sejam selain kelajuan angin mencapai 209 kilometer sejam dan kesannya wilayah-wilayah terbabit akan mengalami kerugian ratusan juta.

Dalam pada itu, kejadian taufan yang melanda sememangnya memberikan kesan terhadap penduduk yang berhadapan dengan risiko ini. Jika China dilanda Taufan Super Lekima, negara-negara lain termasuk Jepun suatu ketika dahulu pernah dilanda Taufan Jebi yang mana arahan berpindah dikeluarkan kepada sejuta penduduknya.

Sandy Dan Katrina, Ini Sebab Kenapa Taufan Diberi Nama Wanita

Kali ni, apa kata kalau kami kongsikan antara beberapa bencana alam khususnya taufan yang mengakibatkan ratusan ribu manusia mati dan berapa kerugian dialami oleh negara dilanda bencana? Namun masa yang sama, tentu kita tertanya-tanya kenapa kebanyakan taufan dinamakan sempena nama wanita?

Sandy Dan Katrina, Ini Sebab Kenapa Taufan Diberi Nama Wanita
Taufan amat menakutkan. Pernah direkodkan pusaran anginnya mencatat 321.8 kilometer sejam. Memang ngeri!
APA ITU TAUFAN?

Sumber dari Wikipedia menyebut, taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya meluap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.

Ads
Jom kenali jenis-jenis taufan
1. HARVEY

Taufan Harvey yang melanda Texas dikatakan taufan paling kuat pernah terjadi dalam tempoh 50 tahun kepada negeri itu. Ia mengorbankan nyawa seramai 47 orang selain sejuta penduduk terpaksa dipindahkan. Kerugian yang ditanggung mencecah antara AS$150 bilion (RM640 bi­lion) hingga AS$180 bilion (RM768 bi­lion).

Sandy Dan Katrina, Ini Sebab Kenapa Taufan Diberi Nama Wanita
Tengok bagaimana Katrina menghempas daratan2.
2. KATRINA

Sekali lagi Amerika teruji apabila taufan Katrina yang terjadi pada 23-31 Ogos 2015 melanda negara itu. Dikatakan inilah taufan yang mengakibatkan nilai kerosakan paling tinggi dalam sejarah dan paling ganas terjadi. Taufan ini mencapai kategori lima di Pantai Teluk, AS dan apabila sampai di New Orleans, paras air meningkat sehingga memecahkan sistem tebatan banjirnya sehingga 80 peratus negeri itu ditenggelami air. Taufan ini mengorbankan 1833 nyawa dan 400,000 orang kehilangan tempat tinggal. Katrina melibatkan kerugian lebih AS$120 bilion (RM512 bilion)

3. SANDY

Taufan ini terjadi pada 22 Oktober 2012  dan kembali tenang pada 2 November. Lebih kurang 12 hari taufan ini  menggulung, meski hanya kategori tiga, Sandy merupakan taufan paling ganas dalam  musim taufan Atlantik. Taufan ini menyaksikan 650,000 buah rumah musnah dan membunuh 233 orang. Nilai kemusnahan dialami sebanyak AS$75 bilion.

 

Sandy Dan Katrina, Ini Sebab Kenapa Taufan Diberi Nama Wanita
Kemusnahan nyawa dan harta benda selepas bencana
4. ETAU

Taufan ini mengakibatkan pihak berkuasa Jepun memindahkan kira-kira 100,000 penduduk di negara ini termasuk Joso yang terletak 60 kilometer di utara Tokyo, kawasan paling teruk terjejas. Ramai penduduk terperangkap dalam rumah dan terpaksa memanjat bumbung sebelum diselamatkan oleh helikopter. 800,000 penduduk diarah berjaga-jaga. Dua nyawa dilaporkan hilang  dan nilai kemusnahan tidak dinyatakan.

Ads
5. MERANTI

Kayu meranti antara jenis kayu yang mahal harganya tapi ada juga taufan dinamakan seperti nama pokok ini. Taufan Meranti dikatakan pernah membadai tenggara China dan membawa angina kencang, hujan lebat selain bekala elektrik terputus tetapi tiada kematian dilaporkan. Ribut ini dikategorikan sebagai taufan kuat. Puluhan penerbangan dan perkhidmatan keretapi dibatalkan.

Sandy Dan Katrina, Ini Sebab Kenapa Taufan Diberi Nama Wanita
Banyak rumah musnah dan nilai kerugian berbilion
6. HAIYAN

Taufan terkuat ini pernah membuat Filipina menjadi huru-hara pada November 2013. Dikenali di negara itu sebagai taufan Yolanda, ia siklon tropika terkuat pernah direkodkan. Angin berterusan mencatatkan  bacaan 240 km/j (150 bsj). Siklon ini menyebabkan kerosakan teruk di Pulau Samar dan Leyte, di mana gabenornya menganggarkan 10,000 nyawa telah hilang di bandar Tacloban sahaja. Yang pasti, sekurang-kurangnya 1,200 orang telah disahkan terbunuh. Filipina antara negara yang agak kerap dilanda taufan, lebih kurang 20 kali. Antara taufan lain pernah membadainya ialah Maring  membawa ribut selaju 100 kilometer sejam (ksj)

7. HUGO

Taufan Hugo terbentuk di timur Lautan Atlantik berhampiran Kepulauan Cape Verde pada 9 September 1989. 107 orang mati dalam kejadian ini. Hampir 100,000 orang hilang tempat tinggal. Diberitakan sebahagian besar mangsa mati akibat lemas dan terkena renjatan elektrik. Nilai kemusnahannya juga besar iaitu AS$10 bilion.

Sandy Dan Katrina, Ini Sebab Kenapa Taufan Diberi Nama Wanita
Banyak nyawa terkorban, tak kurang juga terselamat
8. MITCH

Seramai 19,325 orang mati dalam taufan ini dan kemusnahan mencecah AS$6.2 bilion. Mitch, merupakan taufan kategori lima dan menjejaskan Florifa, Honduras, Nicaragua, Amerika Tengah dan banyak lagi. Nama taufan ini kurang popular tetapi kemusnahannya cukup besar.Namun taufan paling dasyhat melanda dunia ialah Taufan Agung yang terjadi pada tahun 1780. Mengikut catatan seorang saksi kejadian, dashyatnya taufan ini hingga kulit pokok tercabut. Tiupan anginnya mencecah 321.8 kilometer sejam.

Ads

Oh agaknya sebab itu la kot nama taufan diberi sempena nama wanita.  Mungkin mereka ni ikut pepatah Melayu kita, tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia.

Samalah juga seperti wanita, kalau dah marah jangan buat main-main. Lagi-lagi bila tengah datang period?

Betul ke sis?

Hehe, jangan marah kami gurau je..

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI