Arab Saudi merupakan sebuah negara pengeksport pertroleum terbesar di dunia dan tidak hairanlah jika negara ini menjadi antara yang terkaya di dunia. Lihat betapa hebatnya bumi Dubai yang juga menjadi antara sumber utama pelancongan bagi negara Islam tersebut.
Si cantik manis Tunku Affie Rania Tunku Fauzi selaku finalis Dewi Remaja 2018, turut berpeluang untuk meluangkan masa bersama ibu dan ayahnya mengunjungi Dubai pada awal tahun ini. Selain daripada tujuan untuk bercuti dan beristirahat, aktiviti melancong seperti ini juga dapat merapatkan lagi hubungan mereka sekeluarga.
“Rania memang suka pergi travel. Lagi-lagi kalau ke pulau. Dah lebih kurang enam negara yang Rania kunjungi antaranya adalah Korea, London, Australia dan beberapa negara lain lagi.
Bila pergi ke tempat orang ni, kita boleh belajar banyak benda. Dari segi budaya, gaya hidup dan paling best, bila kita dapat cuba makanan mereka,”
“InsyaAllah kalau berpeluang, Rania nak pergi banyak lagi tempat seperti Maldives dan Istanbul. Rania juga sangat tertarik dengan tempat-tempat bangunan lama dan bersejarah. Memang cantik gila,” jelasnya lagi.
Bukan tempat shopping
“Tak dinafikan Dubai is a nice place but very expensive. Matawang mereka lebih kurang dengan negara kita saja tapi harga barangan disana agak mahal. Bayangkanlah kalau harga yogurt atau aiskirm saja pun dah bernilai lebih kurang RM50,”
Berpeluang memasuki Dubai Mall, Rania mengakui dirinya agak terkejut melihat shopping mall yang sebesar itu. Kalau macam Pavilion tu lebih kurang suku saja jika nak dibandingkan dengan Dubai Mall. Terdapat banyak seksyen dan semua barang yang dijual memang boleh dikatakan mahal juga.
“Mahal gila kalau nak shopping. Don’t shop there. Haha! Tapi apa yang menariknya, bersebelahan dengan mall tersebut pula ada sebuah aquarium yang sangat besar. Ada lebih daripada 140 spesis hidupan marin yang dipamerkan dalam tangki besar yang digantung di tingkat bawah Dubai Mall. Pendek kata, bukan hanya tempat shopping, tapi dekorasinya pun menarik untuk menarik perhatian pelancong,” tambahnya lagi.
Berkelah di padang pasir
Bila dah sampai negara Arab, rugilah kalau tidak ke padang pasir. Arabian Adventures adalah antara lokasi terbaik untuk kamu menunggang unta dan memandu pacuan empat roda (4×4), menaiki belon udara panas serta berpeluang meluncur pasir menggunakan wakeboard.
Selain itu juga, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara malam kerana ada banyak persembahan menarik antaranya belly dancing dan fire dancing. Pengunjung akan dihidangkan makanan Arab yang terbaik sambil menikmati pengalaman dengan suasana yang sangat mendamaikan.
“Paling Rania tidak boleh lupa, perjalanan nak ke Dessert Safari ni. Jalan dekat padang pasir tu macam roller coaster dan semua yang ada dalam kereta pun terjerit-jerit (hehe). Rania boleh katakan ini adalah tempat paling best sepanjang kunjungan ke Dubai,”
“Lagi satu yang Rania kagum, pemandu di sini semuanya berjubah dan berserban. Memang rasa perbezaan itu kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain,”
Bersantai di bawah cahaya matahari
Dubai juga terkenal dengan keindahan pantainya. Buat mereka yang gemarkan percutian pantai, La Mer ialah lokasi terbaik kerana menawarkan pemandangan latar belakang langit bandar dan Teluk Arab. Pengunjung berpeluang mengambil gambar bangunan ikonik, Burj Al-Arab dan terus ke Sunset Beach untuk menikmati pemandangan hotel paling mewah di dunia.
“Kalau ikutkan ada banyak pantai yang cantik di Dubai ni tapi sayangnya Rania tak berpeluang untuk ke semua tempat. InsyaAllah, jika berkesempatan ke sana lagi, Rania akan melawat lebih banyak lagi pantai-pantai mereka,” jelas Rania.
Spot pelancongan Dubai yang kamu patut singgah!
1. Burj Khalifa
Bangunan ikonik yang menjadi simbol kemegahan Dubai. Dengan bayaran masuk sebanyak 505 AED seorang, kamu dibenarkan masuk ke dalam bangunan tertinggi di dunia yang berketinggian 829.8 meter dengan jumlah total 124 tingkat secara keseluruhannya.
2. Muzium Dubai
Merupakan antara muzium paling penting di dunia yang telah dibina pada tahun 1787 di Kubu Al-Fahidi. Selain mempunyai sejarah yang mengangumkan, senibina muzium ini sangat unik dan dikekalkan sehingga ke hari ini.
3. Masjid Jumeirah
Masjid yang diiktiraf sebagai masjid paling cantik di Dubai. Dibina dengan mengikut rekaan Masjid Al-Azhar di Cairo dan kelihatan 100 peratus sama dengan masjid tersebut.
4. Aquaventure Waterpark
Luangkan masa untuk beristirahat dan bersantai sambil bermain air di Aquaventure Waterpark. Taman tema air ini dibina atas sebuah pulau buatan manusia. Rasai pengalaman mencuba gelongsor air Anaconda iaitu setinggi 9 tingkat.
5. Grand Mosque Abu Dhabi
Tak lengkap kunjungan kamu ke Dubai kalau tidak singgah di Grand Mosque Abu Dhabi yang terkenal di seluruh dunia.