Dalam Negara

Sangat Membanggakan, Cameron Highlands Tersenarai Dalam 51 Lokasi Tercantik Dunia!

Share

Malaysia merupakan negara yang bertuah kerana dikurniakan dengan pelbagai keindahan alam serta flora dan fauna yang menakjubkan. Maka, logiklah lokasi ini menjadi perhatian warga tempatan, di samping turut menjadi destinasi pelancongan utama dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Taman Bunga Tarikan Terbaru Di Cameron Highlands! Port Wajib ‘Instagram Worthy’

Maka, tidak hairanlah apabila baru—baru ini, CN Travel mengiktiraf kawasan pelancongan tanah tinggi negara, Cameron Highland sebagai salah satu daripada destinasi tercantik di dunia.

Senarai berkenaan diterbitkan oleh CN Travel pada 31 Oktober lepas. Menerusi perkongsian, mereka mengalami kesukaran untuk memilih hanya satu tempat yang indah kerana kepelbagaian diversiti yang ada di Malaysia.

“Namun begitu, (jika perlu membuat pilihan) Cameron Highland mungkin pemenangnya,” ujar CN Travel.
Tempat tarikan pelancong ini terletak di negeri Pahang dengan keluasan kira-kira 275.4 kilometer per segi.
“Di kawasan tanah tertinggi ini, anda menemui ladang teh terbesar di Malaysia. Landskap dengan bukit-bakau berwarna yang menenangkan”, kata lagi CNN Travel.
Selain daripada teh dan suhu yang dingin, pengunjung juga boleh mengunjungi taman rama-rama dan ladang-ladang strawberi yang ikonik.
Dalam senarai tersebut, Cameron Highlands bukanlah satu-satunya wakil tunggal di dari rantau Asia. Palawan dari Filipino dan Arashiyama Bamboo Grove di Japan antara destinasi Asia yang turut tersenarai.
Selain itu, CN Travel turut mengiktiraf beberapa destinasi pelancongan lain sebagai yang tercantik di dunia yang merentasi pelbagai landskap alam.
Antaranya adalah kawasan hutan hujan tropika terkemuka di dunia, iaitu Hutan Hujan Amazon di Amerika Selatan.
CN Travel turut meletakkan Angels Fall di Venuzuela, Antartika, Avenue of the Baobabs di Madagascar dan Cappadocia di Turki dalam senarai awalnya.
Untuk makluman, Cameron Highlands merupakan sebuah pekan terletak pada ketinggian 1,500 meter di celah-celah kawasan pergunungan.
Di dalamnya, wujud pelbagai tarikan yang menakjubkan seperti Mossy Forest, Taman Flora Cameron, Cactus Valley, The LakeHouse dan banyak lagi.
Oleh itu, pengunjung akan sentiasa boleh menerokai kawasan-kawasan berikut dan melakukan pelbagai aktiviti apabila berada di sana. Jadi, tidak hairanlah lokasi Cameron Highlands sentiasa dipenuhi dengan pengunjung tempatan mahupun luar negara.

BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: CN Travel

 

Published by
Adriana Syaurah