Pemuzik dan YouTuber popular Korea Selatan, Jay Kim atau nama Islamnya, Daud Kim telah mencuri perhatian ramai apabila mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah, baru-baru ini.
Bukan pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Daud Kim memberitahu dia mahu mendekatkan diri kepada yang Maha Esa selain menyifatkan Islam adalah agama yang selama ini dicarinya. Justeru, dia berasa sangat bersyukur terpilih diberi hidayah daripada-Nya.
“Saya jejakkan ke Mekah sekali lagi. Tempat ini umpama ‘rumah’ saya. Sangat menenangkan jiwa dan suci. Sebelum ini, kehidupan saya sangat teruk. Saya ingatkan diri ini orang yang paling tidak bertuah dalam dunia.
“Jadi, saya mencari-cari jalan kebenaran dan sentiasa cari jawapan sebenar. Saya akhirnya sedar, saya bukan keseorangan. Seseorang berada di samping saya membawa saya ke jalan benar. Saya dah sedar kewujudan Allah SWT. Islam beri saya jawapan terhadap segala persoalan yang bermain di minda selama ini,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, dia menitipkan harapan agar dirinya dapat terus kekal terus istiqamah menjadi muslim yang sentiasa diredai Allah dalam perjalanan perubahan kerohaniannnya.
“Jawapan mengapa saya dicipta, mengapa saya hidup. Dan akhirnya nanti, ke mana saya akan pergi selepas mati. Saya masih buat dosa (silap) namun sekarang, saya seorang Muslim.
Ads
“Saya tidak akan berputus asa memohon keampunan daripada Allah SWT. Iman saya tidak akan pernah berubah, Insya-Allah. Semoga ampunkan segala dosa saya dan bimbing saya ke jalan yang benar.
“Doa saya buat mereka yang memerlukan bantuan. Moga Allah SWT berkati hidup semua umat Islam. Sehingga kita berjumpa nanti di Jannah,” coretnya panjang menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Ads
Bagi yang mengikuti perkembangannya, Daud Kim dilihat aktif berkongsi perjalanan perubahannya menerusi platform media sosial selepas pulang daripada menunaikan umrah buat pertama kali pada bulan April tahun lalu.
Terdahulu, youtuber itu pernah dihimpit kontroversi apabila dirinya mengaku menggunakan nama Islam untuk meraih populariti di media sosial. Bagaimanapun, Daud telah membuat permohonan maaf secara terbuka seluruh dunia kerana mempermainkan Islam demi keseronokannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selama ini apabila membeli bijirin, adakah korang menggunakan kotak bungkusan bijirin tersebut atau terus membuangnya?
Tahukah korang sebenarnya kotak bungkusan bijirin itu mempunyai fungsinya yang tersendiri?
Menurut perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna di Facebook, Haatim Roslan telah pun berkongsi fungsi sebenar kotak bijirin yang mungkin ramai tidak tahu.
Ianya boleh dilipat seperti dalam gambar untuk menyimpan lebihan bijirin yang tidak habis dimakan.
Kalau korang nak lebih jelas, rasanya boleh lihat sendiri di penutup kotak bijirin tersebut kerana ia sudah pun mempunyai keratan dan hanya perlu dilipat mengikut arahan.
Ha, mudah je kan? Lepas ni tak perlulah lagi terus membuat kotak bungkusan tersebut sebaliknya boleh digunakan untuk penyimpanan lebih bijirin yang lebih praktik. Hiks!
Beberapa minggu yang mencabar bagi sebahagian besar masyarakat di Malaysia dek bencana banjir besar di beberapa buah negeri telah membuatkan ramai tampil ke hadapan bagi menyantuni mangsa yang terlibat.
Terbaru, empat orang finalis pencarian Hero Remaja 2021 telah ke empat buat daerah di Pagang sempena misi Misi Khas Bantuan Banjir Pahang yang dikendalikan oleh Skuad Hero Muda Prihatin pada 5 Januari hingga 6 Januari 2022 lalu.
Ini termasuklah di daerah Chenor, Jerantut, Temerloh dan Mentakab.
Farhan Nordin (kanan) yang pernah menyertai misi sama pada bulan Disember lalu kali ini tampil bersama tiga rakan finalis lain iaitu Alif Haiqal, Aryan Naim dan Syazani Zainal. Sumber Foto : Skuad Hero Muda Prihatin
Empat finalis terlibat iaitu Alif Haiqal, Aryan Naim, Farhan Nordin dan Syazani Zainal telah menyertai lebih 30 orang sukarelawan lain yang tampil proaktif, turun padang dan menghulurkan bantuan pascabanjir
Misi ini juga secara tidak langsung adalah peluang terbaik bagi mereka yang terlibat untuk mengajak lebih ramai remaja serta belia tempatan untuk menyertai lebih banyak misi sedemikian rupa pada masa akan datang; atas niat keprihatinan dan semangat perpaduan masyarakat di negara ini.
Kongsi Penganjur Skuad Hero Muda Prihatin iaitu Waffiy Norazmi, selain meringkan bebanan mangsa; misi di Pahang yang disertai empat finalis tersebut sedikit-sebanyak menghiburkan wajah-wajah mereka yang berada di sana yang bergelar peminat finalis Hero Remaja 2021.
Bagi misi pertama Skuad Hero Muda Prihatin ini, mereka berjaya mengagihkan bag bantuan, dapur gas dan toto kepada lebih 20 buah rumah di empat buah daerah tersebut. Kongsi Waffiy, selepas ini mereka bakal meneruskan misi tersebut di lokasi berlainan termasuk ke negeri Kelantan dan Johor yang turut terkesan dengan bencana banjir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika dunia bergelut dengan penularan pandemik Covid-19, mungkin terdapat hikmah tersembunyi untuk alam sekitar.
Sejak kegiatan manusia banyak terhenti, terdapat pelbagai berita yang menunjukkan peningkatan kualiti alam sekitar.Kebanyakan negara di seluruh dunia melaporkan perairan atau sungai mulai kelihatan bersih manakala hidupan di dalamnya mula kelihatan.
Malaysia tidak terkecuali apabila viral di media sosial apabila ramai pengguna Twitter yang berkongsi gambar Sungai Melaka yang semakin jernih hingga jelas kelihatan ikan berenang-renangan dari dasarnya setelah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih sebulan sejak 18 Mac lepas.
Sungai Melaka yang sememangnya terkenal dengan aktiviti pelancongan seperti Melaka River Cruise sebelum ini pernah berdepan dengan tahap pencemaran yang teruk hingga menyebabkan air sungai berwarna gelap, busuk dan terdapat banyak bangkai ikan ditemui terapung.
Sungai Melaka dah kembali jernih. Tahniah orang Melaka. Teruskan duduk rumah sampai bila-bila. pic.twitter.com/YXk8pzoxqN
Namun kini sejak penularan pandemik COVID-19 hingga memaksa aktiviti pelancongan dihentikan dan rakyat duduk di rumah — nampaknya memberikan satu perubahan positif terhadap Sungai Melaka yang dilihat semakin ‘sihat’, meskipun ada juga yang mendakwa situasi air jernih itu sudah bermula sejak sebelum PKP lagi.
Diharap semoga kejernihan Sungai Melaka ini akan berkekalan meskipun selepas tamatnya tempoh PKP nanti. Jangan buang sampah merata-rata dan marilah kita jaga kebersihan sungai bersama-sama!
Ya, mungkin bumi memerlukan masa ‘rehat’ dan sekurang-kurangnya ini adalah berita positif yang kita terima.
Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable”...