Sanggup Bayar Tiket Penerbangan & Tempah Hotel Demi ‘Shopping’ Raya Di Jalan TAR

Share

Dilaporkan kira-kira 210,000 orang pengunjung telah ke Bazar Aidilfitri yang terletak di Lorong Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR sejak ia mula beroperasi pada 9 April lalu.

Orang ramai dipercayai ingin ‘membalas dendam’ untuk melakukan persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini setelah dua tahun tidak dapat berbuat sedemikian akibat pandemik COVID-19.

REMAJA difahamkan, bazar yang bakal dibuka sehingga 2 Mei 2022 itu menyediakan 206 tapak perniagaan dan dibuka pada setiap hari dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam kecuali pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di mana ia dibuka hingga 2 pagi.

Tinjauan rakan media di sana turut mendapati Jalan TAR bukan sekadar menarik perhatian warga kota dan Lembah Klang untuk ‘shopping Raya’. Malahan, terdapat juga ramai pengunjung dari negeri sejauh Sabah dan Sarawak yang sanggup mendapatkan tiket penerbangan untuk ke sini!

Ini memandangkan kelengkapan Aidilfitri di sini adalah lebih pelbagai dan dijual pada harga mengikut kemampuan pengunjung. Dari yang mahal hinggalah ke yang mampu milik, semuanya ada ditawarkan.

Ada yang dilaporkan sanggup membeli tiket penerbangan bernilai hingga RM1000 dan menempah hotel di sini. Selain mendapat kepuasan kerana mendapat apa yang ingin mereka & keluarga miliki bersempena Aidilfitri tahun ini, mereka juga merasakan nilai itu lebih berbaloi berbanding melakukan persiapan di negeri mereka. Malah, suasana di Jalan TAR juga disifatkan lebih meriah dan luas.

Demi melakukan perbelanjaan bijak, ada yang telah mendapatkan tiket penerbangan ke Kuala Lumpur tiga bulan sebelum Ramadan.

Haa.. persiapan Hari Raya Aidilfitri mereka sudah lengkap. Korang pula bagaimana?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ