Jalani Pembedahan Pembesaran Payudara Di ‘Pakar Kecantikan’ Tanpa Lesen, Punca Gadis Muda Ini Meninggal Dunia

Share

Seorang wanita warganegara Malaysia berusia 29 tahun meninggal dunia secara tragis tanpa diduga kerana disyaki mengalami komplikasi akibat pembedahan pembesaran payudara.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan

Menurut China Press, mangsa mengalami pening kepala dan sakit badan pada hari kejadian. Selain itu, kawasan pembedahan turut membengkak dan perit, menunjukkan kemungkinan terdapat komplikasi atau isu selepas prosedur pembedahan.

Merasakan bahawa simptom itu mungkin merupakan perkara normal dalam proses pemulihan, gadis muda tersebut mengambil keputusan untuk tidak mengendahkannya.

Namun pada keesokan harinya, dia mengambil keputusan untuk pergi ke klinik berdekatan untuk rawatan perubatan, di mana doktor menunjukkan bahawa kondisinya sudah menjadi lebih kritikal dek kerana dos ubat bius yang berlebihan diberikan ketika pembedahan.

Dia kemudiannya dimasukkan ke hospital dan dipindahkan ke unit rawatan rapi setelah kondisi beralih kepada peringkat kritikal. Namun malangnya, pada hari keempat setelah pembedahan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Menurut penemuan awal bedah siasat doktor forensik, dada si mati menunjukkan kehadiran bakteria yang tinggi, menyebabkan ada kemungkinan jangkitan kuman sebagai punca kematian.

Bagaimanapun, siasatan lanjut diperlukan untuk memastikan punca sebenar kematiannya.

Mangsa meninggalkan dua anak, berusia 9 dan 12 tahun, dan seorang suami yang menyalahkan pengamal kosmetik terbabit kerana beroperasi tanpa lesen. Bahkan, suaminya merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal tersebut.

Menurut suami, ibu kepada dua orang anak itu pada awalnya hanya mahu menjalani rawatan muka kerana mempunyai keraguan awal tentang pembedahan pembesaran payudara tersebut.

Bagaimanapun, dia memutuskan untuk meneruskan pembedahan payudara tersebut selepas pakar kecantikan itu menyatakan mereka sudah mendapatkan kelengkapan yang diperlukan.

Dirinya yang selama ini kerap memandu ibunya setiap hari ke Hospital Pusat Johor Bahru untuk pembersihan luka akibat jangkitan kuman di sebelah kakinya kini tidak dapat lagi berada di sisi ibu tercinta.

BACA LAGI: ‘Plot Twist Habis…..” – Jisoo BLACKPINK Rasmi Bercinta Dengan Pelakon Terkenal, Ahn Bo Hyun!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: China Press

 

Published by
Adriana Syaurah