“Sanggup Hamil Demi Elak Period”, Isu Kemiskinan Haid Benar-Benar Berlaku Di Negara Kita

Share

Baru-baru ini, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul mengumumkan dalam Belanjawan 2022, kit asas kebersihan diri akan diagihkan secara percuma setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40.

Menurut beliau, aspek kesihatan dan kebersihan diri remaja wanita amat penting dalam mengurangkan sebarang risiko kesihatan dan keciciran di sekolah.

Foto: India.com

Sebelum ini, Ketua Pejuanita Muda Malaysia, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi

telah pun mengeluarkan kenyataan di Sinar Harian mengenai Kemiskinan Had, terutama sekali mengenai isu wanita yang kurang mampu membuat keputusan untuk hamil dengan kerap bagi mengelakkan membeli tuala wanita selama 9 bulan tanpa memikirkan kos tanggungan anak di kemudian hari.


Isu ini mendapat perhatian di media sosial yang rata-ratanya turut berkongsi situasi di mana kemiskinan haid benar-benar berlaku di negara kita.

“Berbulan saya perjuangkan isu Kemiskinan Haid ini tapi baru sekarang retweeted agak dahsyat di Twitter. Baguslah sekurang-kurangnya ramai sudah sedar isu ini realiti dan perlu ditangani,”

“Tuala wanita ini sepatutnya jadi hak mampu milik semua wanita dan percuma bagi yang tidak mampu. Murah bagi anda, mahal bagi orang lain. Apa pun saya gembira isu ini menjadi perdebatan hangat di Twitter & Instagram gara-gara kenyataan saya. Semoga menjadi asbab penyelesaian masalah bagi yang kurang mampu,”

Sumber: Dr. Nurul Ashikin

“Tidak kurang juga ramai aktivis masyarakat dan NGO yang arif mengenai period poverty juga menyokong kenyataan saya. Kita akan teruskan basmi Kemiskinan Haid,” jelas Dr. Nurul Ashikin

.

Mungkin sebelum ini ramai yang terlepas pandang tentang isu kemiskinan haid kerana tidak pernah terfikir atau melaluinya. Diharap dengan kebangkitan isu ini sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat, khususnya yang ingin memberikan bantuan kepada golongan susah. Bukan sahaja bantuan makanan dan pakaian, tuala wanita juga wajar diberikan kepada golongan miskin untuk kelangsungan hidup.

 

Published by
Noor Ain Norman