Terharu betul bila pertama kali tengok foto kanak-kanak ini. Rasa geli hati pun ada tengok telatahnya dengan rakan-rakan.
Di beberapa buah negara sekarang musim sejuk melampau sedang melanda begitu hebat. Malah di Amerika Syarikat sudah ada beberapa kes kematian kerana sejuk melampau.
Ini pula kisah seorang kanak-kanak di China yang menjadi tular kerana fotonya yang diselaputi ais ketika ke sekolah. Dengan cuaca seperti benua Artik, kanak-kanak yang dikenali dengan nama Wang Fuman ini berjalan sejauh 4.5 kilometer dalam suhu -9°C untuk sampai ke sekolah!
Foto: AsiaWire
Ads
Menurut media tempatan, People’s Daily Online, pelajar tahun 3 yang bersekolah di Zhuanshanbao Primary School di Xinjie, Ludian. Dia sebelum ini memang sudah diketahui umum berjalan setiap hari pada jarak tersebut untuk ke sekolah. Wow, what a champ!
Fotonya yang tular tersebut menunjukkan rambut Wang Fuman diselaputi ais sehinggakan mencuit hati rakan-rakan sekelasnya. Menurut gurunya, hari tersebut merupakan hari pertama peperiksaan dan cuaca telah turun sejuk secara mendadak.
Sampai dah bertukar warna biru tangannya sebab sejuk. Foto: AsiaWire
Wang Fuman juga merupakan seorang pelajar yang sangat bijak terutamanya dalam subjek Matematik. Dan dia juga difahamkan datang dari keluarga susah dan tinggal bersama nenek dan seorang kakak. Ibu bapanya pula terpaksa berhijrah ke kota besar lain demi mencari rezeki.
Ads
Netizen tempatan rata-ratanya melahirkan rasa kagum dengan keazaman dan kesungguhan Wang Fuman demi mengejar pelajaran.
Semoga keazaman pelajar cilik ini menjadi sumber inspirasi kepada korang semua untuk tidak berasa putus asa. Ketahuilah sesusah mana pun kita masih ada lagi yang lebih menderita. Berjuanglah untuk mendapatkan pendidikan sebaik mungkin kerana dengan ilmu korang boleh berjaya dunia dan akhirat di masa akan datang.
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memutuskan untuk menutup perkhidmatan tambah nilai Touch n Go di semua lorong keluar plaza tol di lebuh raya seliaan mereka.
Ramai yang menganggap keputusan ini bakal menyusahkan pengguna jalan raya sekiranya tiada perkhidmatan tambah nilai di laluan tol.
Namun begitu, PLUS telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan ujian di 10 sistem plaza tol terbuka pada 1 Januari 2020 nanti, sebelum ia akan diperkenalkan di semua plaza tol tertutup menjelang 1 April 2020.
Untuk pengetahuan korang, sistem plaza tol terbuka adalah dimana pengguna membuat pembayaran tol yang tetap, manakala sistem plaza tol tertutup adalah pembayaran tol berdasarkan jenis kenderaan dan jarak laluan.
Usaha ini melalui kerjasama dengan CIMB, dimana kedua-dua pihak akan menawarkan lebih pilihan pembayaran untuk pengguna plaza tol, sekali gus untuk memudahkan urusan pembayaran.
Pengguna jalan raya juga dikatakan boleh memautkan tag TNG RFID mereka kepada platform pembayaran lain, termasuk akaun bank, kad kredit, kad debit, selain memautkan ia kepada dompet digital TNG.
Seorang lelaki berusia 61 tahun menarik perhatian orang ramai kerana mengaku ingin melepasi usia 110 tahun dan mengamalkan pelbagai kaedah untuk hidup lebih lama termasuk mengambil ratusan vitamin.
Dave Pascoe yang berasal dari negeri Michigan, menggelarkan dirinya ‘biohacker’ yang taksub kepada penambahbaikan badan menggunakan sains dan teknologi.
Pascoe berkongsi rahsia tampil awet muda termasuk dia mengamalkan diet dan senaman yang ketat.
Lelaki itu berkata, dia juga makan 158 vitamin setiap hari agar dapat hidup mencapai usia 110 tahun.
”Matlamat saya adalah untuk menjadikan kesihatan saya selari dengan jangka hayat saya. Saya berharap dapat hidup sekurang-kurangnya sehingga umur 95 tahun.
“Jika umur saya boleh pergi lebih jauh, saya mahu melepasi usia 110 tahun,” katanya.
Baginya, pelbagai jenis senaman merupakan bahagian penting dalam rutin harian termasuk berjalan kaki atau berjoging. Dia juga menghabiskan masa di sauna dan bermeditasi untuk berehat.
Tambah Pascoe lagi, dia membelanjakan sekitar AS$30,000 (RM143,505) setahun untuk semua vitamin dan produk penjagaan kulitnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Mail Online.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini, dua perempuan pasangan lesbian menjalani hukuman sebat enam kali di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu selepas didapati bersalah melakukan hubungan sejenis dalam kereta pada April lalu.
Terdahulu tertuduh berusia 22 dan 32 tahun, yang didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah, mengaku salah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam kereta di Dataran Arena Square, Dungun, 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu.
Hukuman terhadap pasangan “kekasih” ini sepatutnya dilakukan lebih awal sebelum ini namun ditangguhkan kerana masalah teknikal. Dalam penghakiman 28 Ogos lalu, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Nurul Huda Abdul Rahman berkata, hukuman enam sebatan yang diperintah terhadap pasangan terbabit terpaksa ditangguhkan susulan isu teknikal membabitkan pihak yang menjalankan hukuman. (Sumber Harian Metro)
Pada masa sama, Nurul Huda menasihatkan pasangan itu supaya hadir seawal 10 pagi iaitu sebelum hukuman dijalankan (3 September).
Pasangan lesbian menjalani hukuman sebat hari ini selepas hukuman ditangguhkan sebelum ini. Kredit gambar Harian Metro
Mungkin pertama kali di Malaysia melibatkan pasangan lesbian, hukuman sebat ke atas pasangan Lesbian Gay Biseksual & Trangender (LGBT) ini sebenarnya adalah isu yang sudah biasa dilakukan di beberapa buah negara atau daerah seperti Acheh, Brunei, dan Arab Saudi.
REMAJA senaraikan kes-kes sebat melibatkan pasangan LGBT yang pernah terjadi dan bagaimana undang-undang syariah itu adalah acuan terbaik dalam membentuk hati golongan yang “tersasar” dari landasan agama.
Gay ini adalah pasangan pertama disebat di Acheh pada 2017. Kena 83 sebatan setiap seorang
Kes 1
Gay disebat 83 kali Polis agama di Indonesia menyebat dua lelaki kerana seks dengan 83 sebatan ke atas mereka di hadapan orang ramai yang menyaksikan pelaksanaan hukuman yang diarahkan oleh mahkamah syariah. Selepas menguatkuasa undang-undang Islam di daerahnya mulai 2014, Acheh dikatakan mula melaksanakan hukuman itu tiga tahun kemudian dengan pasangan berusia 23 tahun dan 20 tahun adalah pertama disebat di khalayak ramai.
Apa reaksi orang ramai? Ramai yang bersorak dan merakamkan perbuatan tersebut sehingga viral di media sosial. Lebih 1000 orang hadir dan semua bersorak di sebalik teriakan kesakitan lelaki yang disebat. Kes ini tidak habis begitu sahaja biar mendapat tentangan dari Human Right yang menyifatkan undang-undang ini agak kejam dan bersifat memalukan!
Rakan2 yang menyaksikan pasangan gay ini bernikah di Arab Saudi turut ditangkap pihak polis kerana bersubahat
Pasangan gay “nikah” kena tangkap di Arab Saudi
Awal tahun ini, kesemua tetamu yang menghadiri satu majlis pernikahan pasangan gay di Arab Saudi ditangkap pihak berkuasa selepas video itu viral di media sosial. Dalam video itu memaparkan pengantin lelaki berjalan menuju ke pengantin perempuan sambil tetamu menabur sesuatu (seperti kertas). Akibatnya mereka dikenal pasti dan ditangkap.
Arab Saudi sememangnya tegas dalam undang-undang Islam mengenai isu melibatkan LGBT ini. Tidak terkecuali Brunei yang turut mengamalkan hukum hudud di negara mereka sebagai penegak syiar Islam.
Di sebalik isu sebat melibatkan pasangan lesbian ini, carian REMAJA mendapati Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengecam keputusan Mahkamah Syariah Terengganu pada 12 Ogos 2018 yang menjatuhkan hukuman enam sebatan masing-masing kepada dua wanita serta denda sejumlah RM3,300 kerana cuba melakukan hubungan sejenis di Dungun.
“Hukuman sebegitu adalah menghina, merendahkan dan seolah-olah suatu usaha tindakan memalukan wanita-wanita itu dan keluarga mereka.
“Ia sekali gus bertentangan dengan nilai martabat manusia, dan tidak selari dengan komitmen menjaga maruah seseorang seperti yang dianjurkan dalam setiap agama,” ujar Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali ismail dalam satu kenyataan hari ini.
Suhakam juga menegaskan, hukuman sebat dalam keadaan apapun melanggar larangan mutlak penyeksaan dan hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghina di bawah undang-undang antarabangsa.
Apa kata korang? Adakah hukuman sebat ini benar-benar memberi pengajaran atau boleh menginsafkan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...