Bukan satu perkara baharu untuk seseorang rakyat Malaysia memilih negara jiran, Singapura sebagai sumber menjana pendapatan mereka.
Dengan kadar pertukaran mata wang yang tinggi dari dolar Singapura ke Ringgit Malaysia, langkah mencari pekerjaan di Singapura dan kesanggupan untuk berulang-alik dari Johor pada setiap hari merupakan sesuatu yang boleh dianggap normal pada zaman ini.
Begitupun, untuk seorang jejaka tempatan dari Johor Bahru ini, pekerjaan yang dipilih olehnya di Singapura sedikit berbeza berbanding individu lain. Dikenali sebagai @ezzaiky7 di platform TikTok, dia baru-baru ini telah berkongsi mengapa dirinya sanggup bergelar seorang pengutip sampah di Singapura.
Biarpun dia mengakui kehidupan bekerja di Singapura tidaklah seindah yang disangka, dia masih bersyukur kerana kini mempunyai pekerjaan yang stabil. Ia sedikit sebanyak membuatkannya lebih bersemangat serta tidak merungut.
Seperti dijangka, ada di antara pengikutnya di TikTok yang mempersoalkan keinginannya bergelar seorang pengutip sampah. Balasnya, peratusan pekerja di Malaysia yang memperolehi gaji lumayan tidaklah tinggi dan ia selalu tertumpu kepada golongan yang mempunyai kelayakan pendidikan berprestij.
“Bekerja di (Singapura) bermakna saya perlu kuat. Saya kena hadap kesesakan trafik dan sebagainya. Tapi saya tidak merungut kerana saya bersyukur ada pekerjaan.
Ads
“Tentunya, saya ingin juga tinggal di negara sendiri dengan gaji RM8,000; RM9,000. Saya teringin juga mengalaminya,” katanya kepada rakan media.
Menjawab pelawaan seorang pengikutnya untuk bekerja di sebuah kilang tempatan di Malaysia, dia menjawab, “Saya bukan tak nak kerja kilang. Dulu saya dah pernah try kerja kilang tapi tak boleh sebab saya sudah terbiasa kerja di luar. Bila perlu duduk setempat, saya jadi tak senang duduk dan mengantuk.”
Buat masa ini, @ezzaiky7 masih bekerja di Singapura. Namun disebabkan kesibukan, masanya sedikit terbantut untuk berulang-alik dan memuatkan kandungan baharu di TikTok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bendang sawah padi yang terletak di hadapan kawasan bergambar ini memang cantik apabila tiba musim.
Sewaktu cuti sekolah mahupun hujung minggu, jalan masuknya akan penuh dengan pengunjung. Malah, ‘port’ bergambar akan penuh dengan pengunjung yang beratur.
Antara tarikan bergambar yang ada di sini adalah di piano putih, buai tergantung ala ‘sarang burung’, hammock di tepi bendang, jeti kecil di sebelah teratai dan di gazebo seperti rumah kampungnya
Walaupun berbayar tetapi apabila korang dapat menikmati suasana tenang dan mendapat foto yang cantik, semua itu sudah kira ‘belakang cerita’ kerana berbaloi.
Mereka juga menyediakan pondok luas untuk korang duduk bersama dan masak sendiri. Tapi kena bawa dapur gas mini sendiri lah ya, hehe.
Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Bagaimana, ada juga tarikh di mana kawasan ini ditutup. Untuk mendapat update terkini sebelum pergi ke sini, korang boleh mengunjungi Facebook Kampung Agong
*
Dah alang-alang ke Pulau Pinang tu, apa kata singgah sebentar ke Pulau Jerejak pula!
Menurut laporan dari The Star, Nur Hazirah Ramli baru-baru ini telah meraih RM60,000 selepas memenangi empat pingat emas dalam kejohanan boling.
Wang tersebut dirancang untuk disimpan bagi menyokong hasratnya melanjutkan pengajian dalam bidang komunikasi massa pada tahun depan.
Seimbangkan Pelajaran Dan Sukan Boling
Hazirah menyatakan niatnya untuk meneruskan pengajian sambil terus beraksi dalam sukan boling, menyeimbangkan antara cita-cita akademik dan sukan.
Kejayaan ini telah menambah semangatnya untuk cemerlang dalam kedua-dua bidang tersebut, sekali gus membuktikan kemampuan atlet muda Malaysia yang berkaliber.
Sebelum ini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada SUKMA dan Para SUKMA kali ini.
Pemenang pingat perak akan menerima RM5,000 manakala gangsa RM3,000.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saingan kejohanan badminton antarabangsa secara ‘back to back’ pada setiap minggu sekarang nyata memberikan cabaran yang cukup besar terhadap tahap stamina serta kekentalan minda para pemain kebangsaan.
Setelah kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber berakhir pada hari Ahad lalu dengan kemenengan masing-masing berpihak kepada pasukan Indonesia dan China, minggu ini mereka bersaing untuk kejohanan Terbuka Denmark pula bermula semalam.
Malaysia sekali lagi tampil mempertaruhkan skuad pemain mudanya. Biarpun semangat yang dimiliki mereka cukup memberangsangkan terutamanya apabila perlu berdepan dengan lawan yang mempunyai ranking jauh lebih baik, namun pengalaman yang lebih cetek sememangnya menjadi faktor kelemahan Malaysia.
Sebagai contoh semalam setelah mempamerkan aksi menarik, gandingan beregu wanita muda, Pearly Tan-Muralitharan Thinaah terpaksa tunduk kepada beregu handalan Indonesia Greysia Polii-Apriyani Rahayu dengan keputusan 17-21, 21-13 dan 21-14.
Perlawanan pusingan pertama yang berlangsung di Odense Sports Park itu bermula garang di set pertama. Namun memasuki set kedua, gandingan Indonesia yang juga merupakan gandingan pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu bangkit semula dan terus meninggalkan beregu Malaysia biarpun Pearly-Thinaah pada satu ketika berjaya merapatkan skor 11-10.
Kemenangan Indonesia pada set kedua membuatkan keyakinan mereka semakin meninggi hingga terus menamatkan perlawanan pada set rubber dengan skor 21-14.
Apa yang menarik tumpuan peminat sukan badminton hingga tular di media sosial adalah gaya Pearly-Thinaah yang juga mempertahankan gelanggang mereka hingga ke saat terakhir sehinggakan mengakhiri perjuangan dengan ‘posing terlantar’ di atas gelanggang.
Biarpun tewas, namun beregu Malaysia itu tetap diberikan pujian sepanjang perlawanan kerana keampuhan pertahanan serta strategi serangan mereka yang semakin baik.
Malah, rata-rata peminat badminton memberikan kata-kata semangat kepada mereka.
Thinaah, 23 mengakui banyak perkara baru yang dipelajari mereka sejak beraksi di Piala Uber dan ia merupakan pengalaman berguna untuknya serta pasukan apatah lagi apabila perlu berdepan China, Denmark, Kanada dan kini Indonesia.
Pengalaman kali pertama di Piala Uber dan kini di Terbuka Denmark secara tidak langsung telah memperbaiki teknik mereka dan pemikiran semasa di atas gelanggang agar sentiasa fokus dan tidak gentar berhadapan lawan yang lebih berpengalaman.
“Apabila turun beraksi saya mahu berikan yang terbaik. Saya nak keluarkan permainan saya. Itu yang penting. Tidak kisahlah saya bergandingan dengan siapa saja,” kata Thinaah selepas Pearly mengalami kecederaan semasa Piala Uber. Selepas ini, gandingan Pearly-Thinaah akan bertarung di Terbuka Perancis pula. All the best girls!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...