Personaliti media sosial yang juga wanita Orang Kelainan Upaya (OKU), Jaheerah Nadzri tidak melepaskan peluang menyambut kepulangan wira-wira Olimpik Malaysia, hari ini.
Jaheera yang lebih dikenali Eerah Burger hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama bapa tercintanya, Nadzri Abdul Majid.
Menerusi beberapa hantaran di platform TikTok miliknya, Eerah dilihat merakam momen di sekitar lapangan terbang tersebut bersama dengan para media dan rakyat Malaysia yang lain untuk turut sama menyambut kepulangan para atlet tanah air.
“Sambutan Wira Gangsa Olimpik Paris 2024,” coretnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Dalam hantaran sama, turut dilihat gadis itu berpeluang bergambar bersama para atlet, termasuk yang hadir di sekitar itu ialah hos dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad.
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna memuji semangat Eerah yang sanggup menyertai sambut wira-wira negara tersebut.
Ads
Sekadar info, Eerah mula dikenali di TikTok apabila kerap berkongsi aktiviti harian sebagai penjual burger dan solekan nipis selain beriadah ditemani bapanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Pertandingan Barbie® You Can Be A Designer menjadikan impian enam kanank-kanak ini menjadi kenyataan.
Mereka tidak hanya memenangi peluang bimbingan sekali seumur hidup untuk belajar dari Pereka Fesyen, Kittie Yiyi, dan Penata Fesyen, Min Luna. Reka bentuk asal mereka menjadi kenyataan dan dihidupkan oleh Kittie Yiyi, Min Luna dan juga boneka Barbie® mereka.
Untuk info, pertandingan ini dibuka untuk dihantar dari 30 April 2021 hingga 7 Jun 2021. 85 penyertaan dari seluruh Malaysia dihantar dalam dua kategori umur. iaitu Kategori A (berumur 5-8 tahun) dan Kategori B (berumur 9-12 tahun).
Anak-anak yang kreatif ini menyampaikan pelbagai rekaan yang ‘wow” untuk tontonan para hakim dan menunjukkan minat dan keperibadian mereka. 20 penyertaan teratas disenarai pendek untuk Persembahan secara maya. Di mana para pereka berpeluang untuk mempersembahkan rekaan mereka ke panel penjurian. Terdapat Kittie Yiyi, Min Luna, dan Elaine Lim, Pengurus Jenama Mattel Continental Asia.
“Saya amat terinspirasi menyaksikan kanak-kanak perempuan seawal 5 tahun begitu berminat dalam rekaan fesyen. Semestinya ia mengembalikan memori ketika saya kecil dan menjahit pakaian untuk anak patung Barbie® saya. Ia satu pengalaman yang menggembirakan dapat terlibat dalam perjalanan pereka-pereka cilik ini.” kata pereka fesyen, Kittie Yiyi
Aleesya Inara, Nina, Khayrah, Alayna, Olivia, dan Umaa Meenaa yang akhirnya meyakinkan para juri dan meraih tempat teratas untuk bimbingan fesyen. Enam pereka muda itu benar-benar mewujudkan semangat Barbie® Fashion Reinvention, dengan reka bentuk menarik dan persembahan hebat mereka.
PEMENANG
Dari Kategori A,
Gaun transformasi Khayrah (8) yang diilhamkan oleh PPE adalah penghormatan tulus kepada ibu saudaranya yang merupakan barisan hadapan.
Gaun Aleesya Inara (7) yang menggembirakan, inspirasi donat dan keperibadian sebelum waktunya membuatnya menonjol.
Pakaian pantai Nina yang cerah dan berwarna-warni adalah ledakan karisma yang luar biasa.
Dari Kategori B,
Alayna (9) menceritakan kisah pertumbuhan yang menginspirasi dengan gaunnya yang elegan dan berinspirasi rama-rama
Olivia (10) mengejutkan para juri dengan bilangan inspirasi unicorn yang sangat bergaya dan praktikal.
Umaa Meenaa (11) memaparkan ciptaan cantik yang diilhami galaksi, menunjukkan penggunaan bentuk dan siluet yang mahir.
Program bersama mentor itu pada asalnya dirancang secara fizikal, bagaimanapun bagi memastikan keselamatan para pemenang dan mentor dalam tempoh pandemik COVID-19 kini, Barbie® memutuskan untuk mengadakan program tersebut secara dalam talian.
Setiap pemenang diberikan kit pereka khusus yang lengkap bagi membantu mereka menonjolkan sisi kreatif masing-masing. Sesi bersama Min Luna difokuskan terhadap menyerlahkan potensi dalaman, mencari keyakinan dan belajar berkenaan gaya peribadi. Sesi bersama Kittie Yiyi pula terarah pada selok-belok industri fesyen, dan dalam masa yang sama membantu mereka menghasilkan rekaan versi saiz anak patung Barbie® masing-masing.
Bagus kan pertandingan macam ni, boleh lahirkan ramai pereka fesyen dan didedahkan dari zaman kanak-kanak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu perkhabaran positif dari Terengganu apabila beberapa lokasi rekreasi di negeri itu kembali dibuka kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti beriadah seperti jogging dan mendaki bukit.
Menurut siaran Buletin 1.30 di saluran TV3 hari ini, antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah di Bukit Besar, Kuala Terengganu yang kembali dikunjungi setelah hampir dua bulan ditutup.
Kelonggaran yang diberikan ini adalah selepas Terengganu beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 5 Julai lalu.
Setelah penduduk di sana lama ‘terperap’ di rumah, mereka menyambut baik peluang beriadah ini untuk merehatkan minda dan mencergaskan badan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ini termasuklah sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan tiada sebarang sentuhan di antara pengunjung. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini demi menjaga keselamatan mereka.
Selain dapat mengeluarkan peluh, pengunjung Bukit Besar juga dilihat lebih segar dan lega dapat menikmati pemandangan di puncak bukit berketinggian 156 meter.
Untuk pengetahuan, Bukit Besar yang terletak di pinggir pusat bandar ini merupakan lokasi wajib kunjung penduduk Kuala Terengganu. Sebelum pandemik COVID-19 melanda, ia selalu menempatkan kanopi jualan makanan dan minuman di bahagian kaki bukit pada hujung minggu.
Dengan kecerunan bukit yang tidaklah seekstrem puncak tinggi lain seperti Bukit Tobak, Bukit Rohok dan Bukit Botok yang terletak sebelah-menyebelah, ia popular di kalangan pengunjung berkeluarga.
Setelah pengumuman mengenai pengenaan semula caj RM1 oleh bank-bank bagi transaksi mesin ATM yang melibatkan pelanggan bank berlainan akan dikuatkuasakan bermula 1 Februari 2022 di seluruh negara; seperti dijangka, bantahan pantas didengari oleh rakyat tempatan.
Tinjauan REMAJA di beberapa platform media sosial mendapati rata-rata warganet tidak bersetuju dengan keputusan yang disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap keadaan semasa.
Dengan kenaikan harga barangan runcit terutamanya sayur-sayuran yang tular sejak bulan lalu, pengangguran rakyat yang masih tiada jalan penyelesaian dek musim pandemik yang melanda sejak tahun lalu dan beberapa faktor lain yang mengekang kondisi kewangan yang selesa untuk rakyat; tidak hairanlah mereka berang dengan keputusan tersebut.
Bagi mereka, usah dipandang kecilnya nilai RM1 itu untuk sesetengah kelompok tapi seharusnya, pandanglah dari sudut kutipan bank pada setiap bulan hanya menerusi pengenalan semula caj RM1 ini.
Mengikut penilaian pemerhati, pihak bank dengan mudah mampu mengumpul lebih dari RM10 juta pada setiap bulan hanya menerusi caj mesin ATM ini dan jumlah tersebut bukanlah sedikit. Ia mampu untuk meengubah ekonomi bagi kelompok rakyat yang setiap hari perlu memerah tenaga bagi mengisi perut seisi keluarga.
Tambahan pula, tidak semua mesin ATM daripada bank pelanggan itu ada di semua lokasi. Suka atau tidak, sekiranya kita kekurangan wang tunai dalam tangan, terpaksa jugalah kita berurusan dengan mesin ATM paling hampir dengan kita dan membayar caj RM1.
Untuk pengetahuan korang, caj sistem MEPS sebelum ini telah dikecualikan oleh kerajaan pada 6 April 2020. Langkah tersebut agar rakyat tidak terbeban semasa pengeluaran wang tunai di mesin ATM berbeza semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.
Namun jika mereka merasakan sudah tiba masanya untuk caj RM1 dikembalikan semula hanya kerana PKP sudah tidak dilaksanakan, tidakkah mereka merasakan bahawa rakyat masih terbeban dengan tempias kesan daripada musim pandemik yang masih dapat dirasai. Lagipun, kebanyakan bank di Malaysia telah melaporkan keuntungan pun semasa suku ketiga 2021 berakhir pada 30 September lalu.
Sebagai contoh mengikut laporan Sinar Harian, Public Bank untung bersih RM4.28 bilion diikuti oleh Maybank (RM1.68 bilion), RHB Bank (RM635 bilion) dan Bank Islam (RM101 juta). Hhm, tak kan tak cukup lagi kan.
Diharap kerajaan dapatlah meneliti situasi semasa yang perlu dihadapi oleh rakyat sekarang dan fikirkan solusi terbaik untuk meringankan beban kami semua.
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia sekali lagi kehilangan seorang tokoh besar negara.
Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan telah meninggal dunia pada malam ini di Institut...