Berita

Sanggup Ke KLIA Demi Sambut Kepulangan Wira Olimpik, Wanita OKU Eerah Burger Dipuji Warganet

Share

Personaliti media sosial yang juga wanita Orang Kelainan Upaya (OKU), Jaheerah Nadzri tidak melepaskan peluang menyambut kepulangan wira-wira Olimpik Malaysia, hari ini.

Jaheera yang lebih dikenali Eerah Burger hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama bapa tercintanya, Nadzri Abdul Majid.

Menerusi beberapa hantaran di platform TikTok miliknya, Eerah dilihat merakam momen di sekitar lapangan terbang tersebut bersama dengan para media dan rakyat Malaysia yang lain untuk turut sama menyambut kepulangan para atlet tanah air.

BACA: “Tak Kira Apa Yang Berlaku, Saya Tetap Akan Wakili Malaysia” -Lee Zii Jia

“Sambutan Wira Gangsa Olimpik Paris 2024,” coretnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Dalam hantaran sama, turut dilihat gadis itu berpeluang bergambar bersama para atlet, termasuk yang hadir di sekitar itu ialah hos dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna memuji semangat Eerah yang sanggup menyertai sambut wira-wira negara tersebut.

Sekadar info, Eerah mula dikenali di TikTok apabila kerap berkongsi aktiviti harian sebagai penjual burger dan solekan nipis selain beriadah ditemani bapanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Eerah Burger

Published by
Fath