Seorang anak langsung tidak menyangka, pistol yang disangkakannya adalah pistol menembak cicak sebenarnya adalah pistol sebenar sehingga mencederakan ibunya sendiri apabila dia menarik picu.
Pemuda berusia 25 tahun ini yang terlibat pistol milik bapanya yang sudah diletakkan di tempat tinggi, menarik picunya dan terus terkena bahu kanan ibunya yang patah apabila terkena tembakan tersebut.
Seorang isteri anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, cedera bahu kanan selepas anaknya tertembak menggunakan pistol suaminya, pagi tadi.
Mangsa, Noor Aidah Mat Yusoff @Ahmad, 48, dikejarkan ke Hospital Gua Musang, selepas mengadu sakit apabila peluru terkena bahunya dari arah belakang.
Suaminya, Sarjan Zulkifli Ayub berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, dia berada di rumah di Kuarters IPD, selepas pulang bekerja.
“Saya pulang kerja pada pagi tadi dan mendapati anak serta isteri tidur di dalam bilik. Saya tidak mahu mengejutkan mereka tidur dan saya tidur di ruang tamu.
“Pistol pula saya letak di atas almari di ruang dapur. Tidak sangka pula anak saya mengambilnya kerana saya sudah letak di tempat tinggi.
“Bagaimanapun, isteri saya stabil dan kini berada di Hospital Kuala Krai, untuk rawatan susulan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Taufik Maidin memberitahu, suspek yang berusia 25 tahun menyangka pistol yang dijumpai itu sebagai pistol mainan untuk menembak cicak.
Katanya, secara tidak sengaja, suspek menarik picu dan peluru terkena bahu ibunya yang turut berada di ruang dapur.
“Mangsa dipercayai patah tulang bahu akibat kesan peluru berkenaan. Namun, keadaan mangsa tidak membimbangkan.
“Kita juga turut mengambil keterangan daripada suspek berhubung kejadian itu. Kes disiasat dibawah Seksyen 37 Akta Senjata Api,” katanya.
Sumber :- SINAR HARIAN
.