Tahun 2018 merupakan kali terakhir Malaysia menghantar perwakilan ke pertandingan Miss Supranational yang diadakan di Poland. Diwakili oleh Sanjna, Malaysia berjaya mara ke peringkat top 25. Sekembalinya dia ke tanah air, wanita berusia 28 tahun ini kini rancak dalam dunia seni tanah air.
Untuk pengetahun pembaca, sebelum mewakili Malaysia di pentas Miss Supranational, setahun sebelum itu pada 2017, Sanjna terlebih dahulu mewakili Malaysia di pentas Miss Intercontinental. Dalam pertandingan itu dia berjaya menempatkan dirinya berada dalam kedudukan 15 peserta terbaik.
Kini aktif sebagai pelakon, Sanjna pernah membintangi filem Sangkar, Ennaval dan Nasi Lemak 1.0 disamping membintangi beberapa siri drama di stesen televisyen tempatan. Terbaharu dia telah dipilih sebagai wajah kepada pesta berlian jenama perhiasan kemas tekenal di Malaysia, HABIB.
Dalam satu acara yang diadakan di ibu kota, Sanjna telah membuat kemunculan menggayakan barangan kemas yang dihasilkan oleh jenama tersebut.
Tampil menawan dalam balutan gaun labuh rona merah yang mendakap tubuh, disudahi pula dengan solekan menawan dan dandanan rambut ponytail, aura ratunya jelas terserlah.
Berbicara lebih lanjut tentang acara tahunan yang diadakan oleh HABIB. Pesta Berlian itu menampilkan pelbagai koleksi barangan kemas yang memukau dan pasti merambangkan mata, dalam pilihan rona warna emas putih, emas kuning dan emas ros.
Antaranya merupakan koleksi Adore, Fire on Ice, Gelora, Polaris, Koleksi H, DWA, Empress dan koleksi terbaru daripada jenama antarabangsa iaitu Korloff dari Perancis. Rekaan-rekaan yang penuh teliti dan mempunyai hasil kerja halus oleh pereka barangan kemas yang berpengalaman menjanjikan keselesaan kepada si pemakai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.