Santesh Ubah Imej, Judika Tak Menyesal, Fans Sedih & Sukar Terima

Share

 

Siapa sangka, daripada kedudukan teratas pada minggu pertama pertandingan, Santesh terpaksa menerima nasib disingkirkan pada minggu keenam.

 

Lumrah pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah. Namun, sukar bagi peminat Santesh dan penonton setia Big Stage 2019 untuk menerima penyingkiran mengejutkan itu.

Santesh bagaimanapun faham itulah adat pertandingan dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Seseorang pernah memberitahu saya, dalam hidup ini kita tak akan sentiasa berada di atas. Ini hanyalah kegagalan dalam sebuah pertandingan.

“Pada masa hadapan, siapa tahu jika lagu nyanyian saya pula yang tak akan diterima oleh pendengar. Saya kira saya tenang untuk menerima keputsan seperti ini,” komennya selepas konsert Big Stage minggu keenam berakhir, lewat malam tadi.

“Apapun, saya tak menyesal menyertai Big Stage kerana pengikut saya di Instagram juga telah meningkat seramai 30,000 orang. Saya juga telah menerima banyak jemputan persembahan.

“Buat masa ini saya akan berehat sebentar bersama keluarga sebelum sambung bekerja.”

*

Bagi penyanyi dari Indonesia iaitu Judika pula yang merupakan juri Big Stage, dia mempunyai expectation yang tinggi terhadap Santesh.

“Di awal pertandingan dia seorang yang sangat bagus. Tetapi semakin lama prestasinya semakin menurun berbanding peserta lain.

“Itu adalah salah satu sebab saya pertimbangkan untuk menyelamatkan Dinda (Permata) semalam. Tentunya saya akan memilih peserta yang menunjukkan peningkatan pada setiap minggu,” katanya yang tidak menyesal menggunakan imuniti miliknya semalam.

*

Bukan saja peminat Santesh sedih dengan penyingkirannya. Mereka juga terkejut dengan imej baru Santesh yang memotong pendek rambutnya.

“Kamu sangat berbakat, kamu tak patut tersingkir. Wishing you good luck for the next journey.”

“Saya tonton Big Stage 2 pun disebabkan kamu.”

” It is okay, rezeki ada di tempat lain.”

REMAJA juga percaya Santesh akan pergi lebih jauh selepas ini. All the best bro!

 

 

Published by
FZ