Travel

Santorini Cameron Highland Tutup Selamanya, Dirobohkan!

Share

Tarikan terbaru di Tanah Tinggi Cameron Highland ala Santorini telah di robohkan baru-baru ini.

Sebelum ini tempat yang terinspirasikan pulau Santorini ini menjadi tarikan pelancong dan anda akan berasa seperti berada di sana dimana elemen reka bentuk tarikan ini menyerupai seni bina di tempat ikonik tersebut.

Malangnya, menurut laporan Sinar Harian Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mengambil tindakan meroboh sebuah pusat pelancongan yang dibina secara haram di Cameron Highlands pada Isnin.

MDCH dalam kenyataan melalui Facebooknya menjelaskan, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 70 (1) Pembinaan Tanpa Kelulusan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Menurutnya, operasi bermula jam 9 sehingga 11.30 pagi itu diketuai Yang Dipertua MDCH, Azmil Hadid Maznan.

Jelasnya, tindakan penguatkuasaan itu sebagai peringatan kepada semua pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan supaya mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan.

Malah, operasi itu juga berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

BACA: “Gangsa Je Pun…” Netizen Kena ‘Bantai’ Akibat Pertikai Kemenangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik Di Sukan Olimpik – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Sinar Harian

Published by
Nana