Tidak keterlaluan jika Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilabel sebagai salah seorang ahli politik Malaysia paling mudah menggarap perhatian rakyat. Ada sahaja isu-isu semasa yang akan dikaitkan dengan namanya di platform media sosial sehinggakan ramai beranggapan Muhammad Sanusi umpama magnet kepada ‘drama’ dan kontroversi yang menyinggah di ruangan kolum media.

Terbaru hari ini, Muhammad Sanusi sekali lagi mencuri tumpuan sewaktu membuang undi sempena Pilihan Raya Negeri yang dilangsungkan serentak di enam buah negeri termasuklah di Kedah.

Kongsi seorang pengguna laman X yang dikenali sebagai @La_FarEast, beliau dilihat telah menayangkan kertas undi kepada petugas media yang sedang merakam segala aksi beliau sewaktu berada di dalam bilik mengundi.

Sanusi Jerat Diri Sekali Lagi? Kali Ini Didakwa ‘Share’ Kertas Undi PRN Kedah Yang Dipangkah

Jelas, kertas undi yang ditayangkannya itu telahpun dipangkah lalu menunjukkan pilihan beliau sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi. Perbuatan itu sama sekali melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Memetik data di bawah akta berkenaan, adalah satu kesalahan di bawah Perkara (39) untuk pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya untuk menyatakan siapa yang telah diundinya sekiranya ada prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu.

Ads

Malah, pemilih boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Sanusi Jerat Diri Sekali Lagi? Kali Ini Didakwa ‘Share’ Kertas Undi PRN Kedah Yang Dipangkah

Ini bukanlah kali pertama Muhammad Sanusi ‘menjerat diri’ dalam sesebuah kontroversi akibat perbuatannya sendiri.

Ads

Terdahulu, Muhammad Sanusi telah disaman fitnah oleh Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yious dan Berjaya Land Berhad kerana beliau menyentuh mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor atau SMG dalam ucapannya ketika ceramah kempen pilihan raya, 2 Ogos lalu.

Menurut Vincent Tan, dakwaan Muhammad Sanusi kononnya beliau dan syarikatnya korup serta merupakan kroni Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selain memperoleh tanah seluas 600 hektar secara percuma adalah satu kenyataan yang berbaur fitnah.

Muhammad Sanusi dalam pada itu berkata akan menjawab notis saman itu setelah menerimanya

Ads

SUMBER: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI