
Eww, biak lipas??
Ya, itulah realiti kondisi kebersihan yang dilaporkan oleh pihak berkuasa selepas melakukan operasi di beberapa buah restoran nasi kandar popular di Pulau Pinang.
Sebelum ini, peminat set nasi kandar pernah dikejutkan dengan penutupan cawangan Raj’s Banana Leaf di Bangsar berikutan video viral yang menunjukkan pekerja restoran membasuh pinggan dengan air lopak.
Tak lama selepas itu, 3 lagi buah restoran di Petaling Jaya ditutup selepas pihak berkuasa menemui kelibat tikus dan sarang serangga membiak yang jelas boleh membahayakan kesihatan pelanggan.
Terkini, 7 buah restoran nasi kandar dan 2 kilang memproses makanan di Pulau Pinang pula gagal dalam siasatan tahap kebersihan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Ini termasuklah 3 buah cawangan popular iaitu di Jalan Masjid Kapitan Keling, Chulia Street dan di Little India.
Lebih menggerunkan apabila sarang lipas ditemui di salah satu daripada cawangan tersebut! Super eww.

Buat masa ini, operasi restoran diarah berhenti selama 2 minggu agar pengusaha dan pekerja boleh memperbaiki tahap kebersihan dan kesihatan restoran dan makanan mereka.
Harapnya, mereka pelajari daripada kes ini. Kami masih teringin nak rasa nasi kandar, nan cheese tandoori & nasi milani korang!
Heroin Filem AADC, Dian Sastrowardoyo Kini Mula Mengajar Dan Bergelar Pensyarah

Siapa tidak kenal dengan aktres jelita negara seberang ini. Apabila bercerita mengenai filem hit, Ada Apa Dengan Cinta yang pernah ‘menggegarkan’ industri perfileman pada tahun 2002, pastinya sudah terbayangkan figura pelakon ini.
Dian Sastrowardoyo atau nama sebenarnya Diandra Paramitha Sastrowardoyo yang berjaya membawa watak sebagai Cinta menerusi karya tersebut, sekali gus nama baiknya menjadi bualan para pencinta filem sehingga ke hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Anggun Dan Ayu Pelakon ‘Layangan Putus’ Ini, Berikut Fakta Menarik Tentang Putri Marino
Terbaru, Dian mengorak selangkah kehadapan apabila berjaya menjadi seorang pensyarah.
Hal ini selepas kecoh di media sosial TikTok apabila seorang netizen Indonesia yang juga mahasiswa dari Universiti Indonesia, Fikri Ramadhani telah memuat naik momen dirinya sedang menanti giliran untuk bertemu dan berbincang tentang mata pelajaran yang diambil dengan seorang pensyarah.
Mengajar mata pelajaran berkaitan filem
Menerusi perkongsian tersebut, Dian dipercayai mengajar salah satu mata pelajaran berkaitan filem untuk mahasiswa yang mengambil jurusan diploma.
Dia dilihat sedang memberikan penerangan kepada Fikri di dalam ruang akademik. Dian malah menjadi buah mulut kerana penampilannya yang jauh dari dunia glamor, sebaliknya dilihat memakai pakaian sederhana dilengkapkan dengan beg sandang belakang.
“Dari hanya menonton di filem, kini berada di depan mata,” ujar Fikri seperti dilaporkan Kompas.
Menerusi Detik.com, Dian diketahui menjadi pensyarah jemputan yang mengajar atau membimbing mahasiswa dua kali dalam satu semester. Dia yang juga pernah menjadi lulusan dari Universiti Indonesia sebelum melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi lain itu dipertanggungjawabkan mengajar tentang filem. – Gempak
BACA LAGI : Lebih Mudah, FamilyMart Perkenal Kiosk Pintar Pertama Di Stesen Minyak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Serendah RM10 & Berusia 21 Tahun, Korang Boleh Lepaskan Taraf Warganegara & Duduk Di Luar Negara

Isi Kandungan
ToggleTentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana seorang individu melepaskan taraf warganegara dipegangnya.
Menurut peraturan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), seorang individu tidak boleh memiliki dua kewarganegaraan di mana ia perlu dilucutkan satu darinya berdasarkan Perkara 23 Perlembangaan Persekutuan.
Masa yang sama, Perkara 24(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut kerajaan Persekutuan juga boleh melucutkan kewarganegaraan Malaysia kepada individu yang telah memperoleh kewarganegaraan negara lain.
Untuk pengetahuan korang, dalam tempoh 20 tahun ini seramai 81,950 warganegara Malaysia telah melepaskan taraf warganegara dan memilih duduk di negara yang menjadi pilihan mereka dan sudah pun memperoleh taraf warganegara negara pilihan.
Ramai di antara kita tertanya-tanya bagaimana prosedur seorang individu (warganegara Malaysia) boleh melepaskan taraf warganegara dan apakah cara melakukannya.
Menurut portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum korang lepaskan warganegara Malaysia sebab rasa Malaysia tak ada salji, tak ada ladang anggur, gaji rendah, selesa bekerja di luar negara atau apa saja alasan korang untuk duduk di negara pilihan, pertamanya korang mestilah berusia 21 tahun ke atas (terkecuali bagi perempuan dan berkahwin ya).
Paling utama sebelum lepaskan taraf warganegara tu, korang wajib mendapat surat dan passport dari negara pilihan korang tu. Maksudnya jangan suka-suka lepaskan taraf warganegara sebab bosan Malaysia tak ada ladang anggur atau epal atau sebab gaji korang kecil di sini.
Kenapa usia mesti 21 tahun ke atas? Sebabnya kalau di Malaysia, korang dan boleh pilih pemimpin dengan boleh mengundi dan bebas membuat pilihan. Kalau umur belum capai 21 tahun, redha je la walau tak suka.
Menurut peraturan di keluarkan oleh JPN, bagi mereka yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih, sempurna akal dan yang telah menjadi atau akan menjadi warganegara asing boleh menolak taraf kewarganegaraan Malaysianya. Bagi perempuan yang telah berkahwin faktor umur tidak diambil kira. Nie maklumat lanjut lagi ya.
1.Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas.
2. Sempurna akal.
3. Telah memperolehi taraf warganegara negara asing atau perakuan negara berkenaan akan menjadi warganegara negara asing.
4. Mengisi Borang K dalam 2 salinan dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama (with copies of the necessary documents).
Nak ke mana lepas ada semua tu?
Pemohon dikehendaki hadir sendiri di mana-mana kaunter Bahagian Kewarganegaraan JPN atau di Pejabat Konsul Malaysia di luar negara dengan melengkapi 2 keping Borang K (asal).
1. Salinan pasport Negara asing
2. Salinan sijil warganegara Negara asing atau Salinan Surat Pengesahan yang pemohon akan menjadi Warganegara asing
3. Sijil kelahiran atau Cabutan sijil kelahiran terbaru bagi kelahiran di Malaysia atau Borang W bagi kelahiran di Luar Negara (jika ada)
4. Sijil Warganegara (jika ada)
5. Kad pengenalan (jika ada)
6. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport, berlatar belakang biru
7. Cap ibu jari kiri dan kanan pemohon
8. Borang K hendaklah ditandatangani dan disahkan dihadapan Majistret/Jaksa Pendamai/Peguamcara/Notari Awam atau Pesuruhjaya Sumpah
9. Pasport Malaysia atau lain-lain dokumen perjalanan
10. Dokumen perkahwinan (jika perempuan yang berumur bawah 21 tahun)
Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4
Bayaran murah je gais, RM10 saja
RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
Muatturun borang K di sini .
Makluman lain
Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.
Hokay, itulah saja syarat-syaratnya. Mudah sangat-sangatkan. Tapi bila dah buat keputusan jangan rasa menyesal ya. Kata orang hujan emas negara orang, hujan batu negara sendiri. Katanya lagi best hujan batu sebab kalau kena kepala berlubang, hikz. Gurau ajer…
Pilih Tak Nak Jadi Ibu! Kenyataan Gadis 22 Tahun Ini Tarik Perhatian Dunia

Dari usia kecil, kita akan tumbuh melalui alam kanak-kanak diikuti menjadi remaja. Kemudian sehabis belajar, kita akan selangkah ke alam dewasa. Jika bertemu jodoh, kita akan bergelar ibu bapa yang mana ada sebahagian dari kita menganggap ia frasa menyeronokkan iaitu punya zuriat yang lahir dari rahim kita sendiri.
Jika ramai merasa punya anak, melihat mereka membesar di depan mata adalah sesuatu yang menyeronokkan tapi ia berbeza dengan pandangan seorang gadis Ailin Cubelo Naval, 22 tahun.
Ini kerana pada usianya dia telah membuat satu keputusan berani dan telah mencetuskan kontroversi kerana membuat keputusan untuk tidak memiliki anak buat selama-lamanya.
Tindakan gadis ini membuat pengakuan di media sosial ternyata menjadi isu hangat hinggakan ia menjadi perbincangan di Amerika Latin kebelakangan ini.
Oddity Central melaporkan, remaja itu mengakui hasratnya untuk tidak mempunyai zuriat timbul kerana menjadi orang dewasa hanyalah satu bentuk pemaksaan semulajadi.
Untuk itu dia membuat keputusan untuk mengikat tiub Fallopio di saluran reproduksinya sendiri.
Sanggup ikat saluran peranakan
Tindakan itu diambil kerana ingin memastikan dia tidak akan hamil selamanya, sesuatu yang tidak disarankan pengamal perubatan.
Katanya, dia tidak mahu menghabiskan hidupnya hanya untuk membesarkan anak.
Bagaimanapun, pandangannya menimbulkan kontroversi dan menyebabkan pakar sakit puan tidak membenarkannya mengikat tiub Fallopio sebanyak dua kali.
Sebaliknya, mereka menyarankan Cubelo mendapatkan khidmat pakar psikologi.
Selepas dikecam dan hasrat itu ditolak, dia mengetahui prosedur mengikat tiub itu dibenarkan di negaranya sejak 2006.
Cubelo kemudiannya berusaha mendapatkan doktor lain dan menjalani prosedur pembedahan.
"Bagi sesetengah orang, keinginan untuk menjadi ibu adalah wajar, tetapi tidak kepada saya. Tiub saya diikat kerana tidak mahu mempunyai anak, bukan sekarang atau selamanya,"kata Cubelo kepada laman berita Argentina, Infobae. Sumber : Harian Metro, Gambar : FB Ailin Cubelo