Sarat Berbadan Dua, Rihanna ‘Tak Sabar’ Mahu Tukar Status Sebagai Seorang Isteri

Share

Selepas mengumumkan sedang sarat hamil cahaya mata kedua sekitar awal Februari lalu, penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Rihanna merancang untuk berkahwin bersama kekasihnya yang juga rapper terkenal, A$AP Rocky sebelum menyambut kelahiran bayi mereka itu kelak.

Menurut sumber terdekat, penyanyi lagu popular Where Have You Been itu sudah pun membuat persiapan untuk resepsi perkahwinannya selain tidak sabar untuk menukar statusnya sebagai seorang isteri.

ARTIKEL BERKAITAN : Rihanna ‘Pilih’ Pentas Superbowl Untuk Umum Kehamilan Bayi Kedua

Ketika majlis perkahwinannya nanti, Rihanna turut menjemput keluarga dan saudaranya bagi meraikan hari bahagianya yang akan diadakan di kampung halamannya di Barbados.

“Belum ada rancangan lagi tentang bila perkahwinan itu akan diadakan, tetapi ia akan diadakan sebelum bayi itu dilahirkan. Dia mengatakan sentiasa mahu berkahwin dan A$AP adalah insan selama-lamanya dalam hidupnya.

“Perkahwinan itu juga akan diadakan di Barbados kerana mereka berdua mempunyai keluarga di sana, tempat itulah yang menyatukan mereka, justeru ia sangat istimewa di hati mereka,” katanya.

Bukan itu sahaja, sumber turut mendedahkan majlis perkahwinan Rihanna akan dihadiri ramai rakan selebriti antaranya Beyonce dan suaminya, Jay-Z serta Adele

Namun, Rihanna bagaimanapun belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hal tersebut.

Terdahulu, penyanyi lagu popular Pour It Up itu pernah menjalinkan hubungan bersama penyanyi-penyanyi terkenal antarangbangsa iaitu Chris Brown, Drake dan ahli perniagaan Saudi, Hassan Jameel.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Rihanna 

Published by
Fath