Selalunya bakal ibu yang sedang sarat mengandung anak sulung akan sibuk melakukan persediaan bagi menyambut kelahiran bayi mereka, tidak lama lagi.
Namun, lain pula ceritanya dengan seorang gadis Kelantan berusia 19 tahun ini yang apabila dia memutuskan untuk membuat kejutan gempak kepada suaminya berupa sebuah kenderaan mewah jenama Lamborghini yang dipercayai bernilai RM2 juta!
Usahawanita muda yang dikenali sebagai Anes Ayuni Osman itu berkata, ‘hadiah awal’ khas buat suaminya, Ahmad Weldan yang bakal berdepan malam-malam sukar tanpa waktu tidur mencukupi sebagai seorang ayah selepas kelahiran bayi mereka.
Lantas, Ayuni berkongsi pengalaman membuat kejutan tersebut di sebuah bangunan pengedar kenderaan di Kuala Lumpur pada hari Jumaat lalu. Di sana, suaminya dibawa masuk ke ruang kereta itu dalam keadaan mata tertutup sebelum dia terkejut menyaksikan model Huracan Evo berona biru firus di hadapannya.
Siap ada riben merah lagi!
@ayunieso24 #ad Bagi awl2 hadiah utk jaga sy dlm Pantang nnti 😘 Terima kasih suami , besar mana pun nilai hadiah ni takkan dapat balas kebaikan awk #fyp #ad #vitamilk ♬ Dengarkan Sayang – Kangen Band
Katanya, ini adalah satu bentuk penghargaan awal kepada Weldan yang telah menjaganya dengan cukup baik sepanjang tempoh hamil.
Demi terus mendapatkan sokongan suaminya agar turut sama menjaga anak mereka serta selalu berada di sisinya sepanjang tempoh berpantang pula selepas ini, Ayuni mendapatkan hadiah tersebut kerana dia tidak lagi boleh bergerak aktif selama beberapa minggu setelah bersalin.
Tambah Ayuni, dia ingin suaminya serba tahu dalam menjaga bayi mereka termasuklah menukar lampin terutamanya pada waktu malam. Alang-alang suaminya gemar bekerja lewat malam, apa salahnya jika suaminya mengambil alih tugasan menjaga bayi mereka.
Sedikit info mengenai pasangan muda ini, mereka telah mengikat tali perkahwinan pada Februari 2021. Ayuni yang merupakan seorang usahawanita muda pernah tular sebelum ini apabila dia menghabiskan RM50,000 untuk membeli beg-beg mewah jenama Louis Vuitton untuk bakal bayinya. (Untungnya, alahai!)
Pasangan ini juga sebenarnya sudah terbiasa memandu Lamborghini apabila suaminya mendapatkan Ayuni model Aventador SV berharga RM3 juta (OMG) hanya kerana isterinya itu ‘mengidamkannya’ semasa hamil.
View this post on Instagram
ARTIKEL BERKAITAN : Pengantin 18 Tahun Jelaskan Cara Beli Kereta Mustang Secara Cash, BUKAN Duit ‘PaMa’ Tau.. – REMAJA
BACA LAGI : Tak Boleh ‘Show-Off’, China Larang Tayang Kemewahan Di Media Sosial – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.