Another week, another amazing wedding reception.
Sekiranya pada minggu lalu, tumpuan terarah kepada pasangan Noor Neelofa dan Haris Ismail yang selamat diijab kabulkan dalam dewan yang dikelilingi 4 tan bunga-bungaan serba putih.
Minggu ini pula adalah minggu istimewa buat Syamel dan Ernie Zakri yang menyambut majlis resepsi mereka setelah lebih seminggu bergelar suami isteri.
ARTIKEL BERKAITAN : Ernie Zakri Dambakan Kurung Ringkas, Namun ‘Kaya’ Sulaman – AMAZÉ – REMAJA
Diraikan dalam majlis bertemakan Black Tie mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), pasangan penyanyi berbakat itu menerima kunjungan kira-kira 250 orang tetamu. Menariknya, ia sarat dengan selebriti terkenal tanah air yang tidak mahu ketinggalan menjadi saksi momen cinta pasangan itu.
Sebut saja Black Tie, tentunya para jemputan tampil menawan dalam persalinan serba elegan.
Pengantin yang dirai, Ernie sendiri kelihatan berseri dalam persalinan ballgown rekaan AMAZÉ manakala sut rekaan Shanell Harun yang disarung oleh Syamel melengkapi Ernie.
Jom lihat interpretasi jemputan selebriti lain yang hadir mengikut tema tersebut.
Sumber Foto: Instagram Selebriti