Sarawak Mula Beri Dos Vaksin Ketiga, Libatkan Remaja Bawah 25 Tahun Atau Tak?

Share

 

Setelah Malaysia mencecah 90 peratus kadar vaksinasi lengkap (telah menerima dua dos vaksin) dalam kalangan orang dewasa Ahad lalu, rakyat mula diberikan kelonggaran untuk merentas daerah (termasuk di Sabah bermula hari ini) dan merentas negeri sejak Isnin lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Ambil Tahu Syarat Wajib RENTAS NEGERI – REMAJA

Lalu, ramailah yang merasakan program vaksinasi di seluruh negara bakal tamat tidak lama lagi apabila kesemua golongan remaja bawah 18 tahun menyempurnakan program vaksinasi PICK diikuti kanak-kanak bawah 12 tahun sekiranya dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

BACA LAGI : Pra-Vaksinasi Yang Remaja Bawah 18 Tahun Kena Ambil Tahu Sebelum ‘Cucuk’ – REMAJA

Tidak sangka pula, negeri Sarawak hari ini memulakan pemberian vaksin ketiga kepada penduduk negeri itu.

Menurut data Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, seramai 122,540 penerima telah disenaraikan untuk menerima vaksin dos ketiga dan dos penggalak.

Apakah fungsi dua jenis vaksin baharu ini dan adakah ia membabitkan golongan remaja bawah 25 tahun di Sarawak?

Vaksin dos ketiga dan dos penggalak ini dalam bahasa mudah adalah sejenis pemberian dos vaksin tambahan.

Ia khas untuk golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan perubatan. Bukan itu saja, ia juga khas untuk mereka yang didapati tidak mempunyai tindak balas imun yang mencukupi pada peringkat awal semasa suntikan dua dos vaksin dahulu.

Bagi korang yang mempunyai tidak balas imun yang cukup semasa suntikan dua dos vaksin terdahulu pula jangan mendabik dada. Besar kemungkinan tidak balas imun itu dalam badan korang sudah berkurangan dari semasa ke semasa. Korang mungkin sedar akan hal tersebut jika berdepan masalah kesihatan dan badan tetap merasa ketahanan badan masih lemah. Golongan ini dikenali sebagai immunocompromise yang mempunyai sistem imun lemah akibat menghidap sejenis penyakit atau sedang menjalani rawatan perubatan. Mereka juga turut tersenarai.

Daripada 122,540 penerima vaksin dos ketiga dan dos penggalak yang disenaraikan, golongan immunocompromise ini dianggarkan seramai 11,900.

PPV di Dewan Universiti Curtin di Sarawak. Sumber Foto : Utusan Borneo

Satu lagi persoalan timbul, adakah semua warga usia emas seperti ibu bapa kita yang sudah melebihi usia 60 tahun wajib mengambilnya? Well, mereka DISARAN untuk mengambilnya demi ketahanan badan yang lebih baik. Golongan warga emas saja sudah mewakili majoriti 80,300 orang penerima manakala petugas barisan hadapan perubatan (frontliners) pula seramai 30,340. Perbandingan itu sudah cukup untuk menunjukkan betapa pentingnya dos ketiga dan dos galakan ini.

Untuk pengetahuan, vaksin yang diberikan untuk kali ketiga ini adalah dari jenis Pfizer-BioNTech. Sekiranya korang menerima jenis vaksin berbeza semasa suntikan pertama dan kedua, jangan risau.

Menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, pengambilan dos vaksin berbeza sebenarnya membawa lebih banyak kebaikan selain berupaya melawan banyak varian. Apabila dicampurkan, antibodi seseorang menjadi semakin tinggi.

Apapun, jika korang berada di Sarawak dan didapati tersenarai sebagai penerima dos vaksin ketiga atau dos penggalak, korang jangan lepaskan peluang mendapatkannya. Bukan semua orang tau

yang terpilih.

Pemberian ini boleh didapati di klinik-klinik kesihatan kerajaan terpilih, hospital swasta dan klinik-klinik swasta. Hubungi klinik atau hospital terlebih dahulu untuk menetapkan janji temu. Senarai lokasi tersebut bagaimanapun masih belum dikeluarkan dan akan dimaklumkan kementerian dari semasa ke semasa.

Dos ketiga boleh mula diambil sekurang-kurangnya 28 hari selepas korang menerima dos vaksin kedua.

Bagi yang akan menerima dos penggalak pula, ia boleh diambil sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos kedua. Maklumkan kepada ibu bapa dan kenalan yang terpilih untuk menerimanya okay!

Sumber : (1)

Published by
FZ