Jika sebelum ini China dan Korea memperkenalkan penggunaan gelang tangan QR yang akan dipakaikan kepada mereka yang berkemungkinan mempunyai gejala COVID-19 dan perlu di kuarantin, kini Sarawak juga dikatakan menggunakan pendekatan yang sama bagi mereka yang menaiki kapal terbang dan mendarat di negeri tersebut.
Menurut perkongsian dari Siti Rohani Ahmat, Kerajaan Negeri Sarawak telah membuat satu inisiatif dimana mereka memperkenalkan Digital Tracking untuk mana-mana individu yang telah diarahkan menjalani self quarantine
di rumah.Sesiapa yang menaiki kapal terbang dan mendarat di Sarawak akan diberikan tag tersebut dan mereka perlu mengikuti arahan yang telah disertakan bersama Health Alert Card.
Ia direkacipta oleh Sarawak Multimedia Authority yang merupakan antara agensi Kerajaan Sarawak. Gelang tangan digital ini mempunyai dua kategori iaitu kuarantin di rumah dan kuarantin di hospital bagi memudahkan pihak berkuasa Sarawak untuk mengetahui dimanakah keberadaan mereka sepanjang dalam tempoh kuarantin tersebut.
Apa yang perlu mereka buat adalah:
1. Individu perlu menggunakan Tag tersebut selama tempoh kuarantin.
2. Di tag tersebut terdapat barcode untuk mereka scan dan mereka perlu memuatnaik aplikasi yang berkaitan untuk melaporkan keberadaan mereka.
3. GPS perlu diaktifkan semasa log in ke aplikasi tersebut.
4. Individu tersebut dikehendaki melaporkan status setiap hari jam 8.00pagi dan 8.00 malam sehinggalah 14hari.
5. Turut dinyatakan dalam pamplet tersebut hukuman yang akan diberikan jika mereka ingkar dengan arahan tersebut.
6. Tag ini hanya boleh ditanggal dan diserahkan semula ke Pusat Saringan untuk disahkan bebas daripada tempoh kuarantin.
Arahan ini dikeluarkan sebelum pihak kerajaan mengumumkan Pusat Kuarantin yang disediakan untuk mereka yang pulang dari luar negara pada April 2020.
Sarawak juga merupakan negeri pertama di dalam Malaysia yang menggunakan teknologi gelang digital setakat ini.
Walaupun kini kerajaan sudah menempatkan individu-individu yang pulang dari luar negara ke Pusat Kuarantin, namun kami merasakan bahawa inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak ini adalah satu langkah yang terbaik.
Dengan adanya teknologi seperti ini, sesiapa yang perlu dikuarantin tidak boleh melarikan diri atau bergerak bebas sepanjang tempoh 14 hari bagi menjamin keselamatan orang lain.
Syabas Sarawak.
Sumber: Metrocitytrainingcentre Sarawak & Borneo Post